Followers

Monday, September 6, 2010

Biskut Sarang Semut


Inilah biskut pertama yang CS buat, macam la nak buat banyak jenis kan? Saja je buat syarat..biar bebudak ni rasa sikit suasana nak menyambut raya..dalam planning nak buat 3 kan? yang dah jadi sekarang 2 je..satu lagi cam terbengkalai je..yang kedua dah buat cornflakes madu..yang agak2 tertunda tu popia mini..bukan apa CS dah beli dah kulit popia tapi cam tebal je kalau guna yang paling lebar..bila goreng tak berapa rangup..


Thursday, September 2, 2010

Surah Amalan Semasa Mengandung

CS nak kongsikan surah -surah yang elok untuk dibaca semasa pregnant ni..Mungkin semua orang pun patut amalkannya untuk mendapat zuriat yang baik..sebab CS kadang rimas juga tengok budak yang hiper hingga tidak boleh dikawal, melawan ibu masa masih kecil lagi (bukanlah lawan cakap tapi jelir lidah, tunjuk penumbuk masa dimarah ataupun tidak peduli langsung larangan ibu bapa)

Surah yang CS amalkan adalah seperti berikut:-
1. Surah Al-Baqarah - Semoga mendapat keberkatan sepanjang mengandung dan bersalin nanti
2. Surah Yusof - Mudah-mudahan dapat anak yang cantik,bijak dan sempurna
3. Surah Maryam - Semoga diberi kekuatan seperti Maryam semasa melahirkan nanti
4. Surah Luqman- Semoga mendapat anak yang baik, beriman dan mendengar kata
5.Surah Yassin-Mendapat fadhilat daripada surah yang mulia ini
6. Surah Taubah-Semoga Tuhan ampunkan dosa2 dan kurangkan kesakitan semasa nak bersalin

Setakat mengandung 5 kali ni, InsyaAllah inilah surah yang CS amalkan..walaupun bukan baca hari2 tapi CS akan pastikan seminggu 2-3 kali membaca surah ini...Alhamdulillah berkat bacaan surah2 ini CS mendapat zuriat yang sempurna , baik dan mendengar kata, (bukanlah dengar sangat- biasalah budak)..tapi sekurang-kurangnya mereka tidak hiperaktif hingga tidak boleh dikawal..

Nota 1 : CS kalau bersalin memang senang, pagi pergi sekolah, petang pukul 4.30 dah beranak..
Nota 2 : Masa bersalin Haikal je susah..sebab anak sulung kot..
Nota 3 : Diorang ni paling suka mintak izin kalau nak buat apa2..nak tengok tv, main kat luar, main komputer, sampaikan CS pun tak terlayan..dah kalau nak kencing pun siap cakap ,"Ibuuu, May I go to toilet?"( Ni Aiman yang selalu buat sebab dah terbiasa mintak izin kat teacher)..tapi bagus juga mintak izin takdelah CS tak tau apa diorang nak buat..
Nota 4 : Paling tak tahan lagi, buat salah pun bagitau..tu saja nak buat CS marah je la kan...ni Anis selalu buat "Ibuuu, Anis kacau Aidit"..
Nota 5 : Banyaknya nota...

Wednesday, September 1, 2010

Menjelang Syawal

Sekarang ni sume orang mesti tengah bersiap-siap nak menyambut raya kan?...CS lum settle lagi bab baju,...pastu planning masa cuti seminggu adalah nak buat kuih raya..almaklumlah cuti sekolah  kan lama..tapi tak pasti la planning menjadi ke tidak...pertama nak buat biskut corn flakes la..satu yang bubuh madu jek..satu lagi yang bubuh tepung, pastu popia mini..hikhik ntah larat nak duduk gulung pun tak tau lagi..dan satu lagi sarang semut...ini jer yang ada dalam senarai menunggu..harap2nya semua tercapai...

Friday, August 27, 2010

Semakin OK

Alhamdulillah..keadaan CS dah makin ok...dah tak rasa sejuk sangat dan dah boleh cergas di dapur...hari ni masak sup tulang, petola masak air, sambal ikan, dan sirap laici..siap ada bubur gunting lagi tu...nasib baik ada bibik yang boleh tolong basuh peralatan yang CS dah guna...dia tak masuk campur hal memasak, sebab CS pun tak suka orang2 kat umah ni makan air tangan bibik jek..




Nota 1 : Haikal puasa penuh lagi, Alhamdulillah

Friday, August 20, 2010

Silence

Salam, lama rasanya CS tak update kan?kan?kan?...nape ek? sebabnya CS sekarang tengah mengalami sindrom kemabukan dan kepeningan.yes! It's going to be number five!...hinggakan nak tulis pun tak lalu..dan kerana kelamaan ini sampaikan nak sign in pun dah lupa email dan password...panik la juga sekejap..
Sampai di sini dulu...bye! Selamat Berpuasa..

Monday, July 26, 2010

Why They Lie?

Semalam CS ada di Segamat... cuba nasib nak makan durian kat kampung..malangnya dah abiss...sebab abang CS cakap memang ada sikit je dan banyak ditebuk tupai pun...jadi untuk hilangkan kempunan HD singgah di depan masjid ...kat situ ada orang berkopiah yang jual durian..mungkin atas dasar kepercayaan dan nak cepat HD percaya je cakap orang tu bahawa semua durian tu ok...dari luaran memang ok, takde kena tebuk...tapi nak kopek sikit punya liat...dah tu paling mengecewakan semuanya mentah rasanya 20% jer boleh makan..itupu yang isi nipis2 je....
 
CS kesian dekat budak2 ni (anak sendiri dan anak saudara) yang setia menanti ..hai!!! kenapalah macam gitu punya perangai manusia... mereka tentu lebih arif tentang durian tu... kami ni lain la..sesekali je pegang durian...adakah kepuasan bagi mereka dapat wang dengan kekecewaan orang lain...Ya Allah jauhkanlah kami dari sikap mementingkan diri seperti mereka..

Nota 1 : Dah beberapa kali terkena , tapi tetap terkena lagi...

Sunday, July 11, 2010

Ikan Siakap Stim + Terubuk Bakar

Ini menu semalam...siakap stim dan terbuk bakar..memang puas hati lah...siakap tu sesuai untuk budak ni makan, sebab tak banyak duri (?) ..HD kata tulang ya...resepi siakap stim ni adalah seperti berikut :
Bahan-bahannya : 
  • Ikan siakap
  • Asam limau
  • Asam boi putih
  • Serai
  • Halia
  • Tomato
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili api + cili merah
  • garam
Cara membuatnya : Semua bahan di atas dihiris nipis dan digaulkan, pastu tabur atas ikan dan dikukus...bila ikan dah agak masak , tuang sikit air panas supaya ia berkuah sikit...hmmm..sedap dimakan panas2...
Terubuk bakar lagi senang...lumur dengan garam dan kunyit...pastu bakar la..CS buat 2 versi satu dalam aluminium foil, satu lagi bakar direct....yang bungkus tu CS yang request ya..sebab suka dia lembab sikit...tapi memang leka la memakannya maklumler kena berhati2 supaya tak tercekik duri @ tulang...:)

Sambal pencicahnya pula CS buat camni
  • Kicap manis
  • Asam limau
  • Cili api
  • Bawang merah
  • Tomato
  • Garam 
  • Gula

Nota 1 : Kalau la hari2 ada orang bagi siakap free best nih, ...siakap ni pekerja HD yang dapat masa memancing
Nota 2 : Sedang berangan2 kalau lah ada pengukus yang besar mesti lebih menyelerakan  ikan tu dipandang..sekarang ni guna rice cooker je..kena la potong dua ikan tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...