Followers

Friday, December 30, 2011

Anis Buat Lawak

Anis dah buat satu lawak yang buat CS terguling2
Dari petang sampai malam CS tergelak2 bila ingat
Nak tau apa lawak dia
Dia main PS2
Yang macam orang bertinju2 kat gelanggang tu
CS dengar dia main macam beriya2 je
"yah! yah! yah!"
CS pun pergi kat dia
CS tanya "kakak yang mana satu?"
Pastu CS tengok rupa2nya yang tengah tersepak2 angin sorang2 kat tepi gelanggang tu yang Anis control
Maka terpecah lah gelak CS waktu tu jugak
Sampai nak pecah perut @ cramp urat perut gak masa tu
Wahahahahhhahahah...

Monday, December 26, 2011

Aidit yang Bersopan Santun

Aidit kan kecik lagi
So lum terpengaruh dengan anasir2 luar
Jadi bahasanya masih bersopan santun lagi
Dia suka bahasakan diri dia dengan 'saya'
Contohnya "Ibu,saya nak kencing boleh?"
Ha, tengok? nak kencing pun mintak izin lagi
kalau masa tu CS ada dalam bilik tengah lipat baju
Dia akan carik jugak sambil terkepit2 tahan kencing
kalau bergaduh pun, bila kena marah dia akan defend diri dia
"kakak buat saya! saya tak buat pape pun!!"
Sambil muka muncung2 macam kat bawah ni


Friday, December 23, 2011

Pokok vs Konkrit

Antara pokok dan binaan konkrit
Yang mana memberi ketenangan?
Bagi CS dua2 pun menjadi halwa mata
Yang bisa menenangkan dan juga mengkagumkan









Thursday, December 22, 2011

Me And My Little Princess


Tengok ini budak sangat happy
Macam paham je kalau ambik gambar kena sengih
Abang2 dan kakak tengah mandi manda
Sebab saya budak kecik maka saya duduk manja2 dengan ibu sahaja...

Aidit & X-ray

Semua nampak ke di sebalik gambar gelap tu
Ya, itu x-ray jari2 Aidit
Kerana dia memang spesis yang tak duduk diam dan suka memanjat2
Jadi dia sudah jatuh
Jari kelingking dia sudah biru dan merah
Dan dia asyik cakap sakitt!!!
So kitaorang dengan cemasnya bawa dia ke klinik
Sesudah x-ray doktor kata tak ada apa...Alhamdulillah




ini sekadar gambar hiasan sebab masa ni dia lum jatuh lagi

Wednesday, December 21, 2011

Aimi dah Duduk dan Merangkak

Sekarang Aimi dah 10 bulan
Dah boleh duduk walaupun kadang2 tergelebak ke belakang jugak
Hari ni pun dah nampak dia merangkak dua tiga step




Tuesday, December 20, 2011

Jalan-jalan di Genting Highland


Sempena cuti sekolah
Dan sempena nak bagi diorang happy2 sebelum bersunat
Maka depa dibawa ke Genting Highland
Nak bagi rasa naik cabel car
Yang kitaorang tak dapat naik masa di Langkawi






Sunday, December 18, 2011

Durian oh Durian

Hari ni HD pegi Perak
Sebab nak ambik durian kat rumah BIL
PIL CS pun memang tengah berada di sana
Harap2 dapat banyak
paling penting dapat buat tempoyak
Coz selalunya yang beli kat sini
Dimakan habis
Tempoyak yang beli mahal dah la sikit je
Dan kadang tu tak tergamak nak beli pun ada



Selective Colour

CS dah jumpa 2 cara untuk buat selective colour guna photoshop
Dalam Youtube pun ada ditunjukkan
CS beli mouse semata2 nak guna Photoshop
Malangnya setelah sekian lama CS tak guna mouse jadi kekok nak klik & drag



oh,gambar ni hanya black &white yang CS saja masukkan









Friday, December 16, 2011

Family Tree


ini rajah pokok family CS
nampak apa kesilapan?
gambar Aimi tak ada
itu gambar baby lain
huhu..nantilah ibu dah print ibu letak ya

Aidit vs Ultraman

Aidit ada banyak Ultraman
tapi ini yang Aiman & Haikal punya
Biasalah dia kan adik
Dah ada yang besar pun
Yang abang2 punya tetap di'rampas'






Wednesday, December 14, 2011

Rimlighting

CS sekarang suka godeh mode Manual
Sambil ikut saranan cikgu yang suh explore hari2 sampai pandai
hari ni cuba teknik rimlighting
yang maksudnya lebih kurang adalah
gunakan cahaya dari arah belakang yang jadi outline pada subjek


M 1/20 f1.8 ISO 400 50mm

ini sekadar imej yang menonjolkan emosi seorang kanak2 yang kebosanan sebab tak dapat main basikal atau badminton sbb masih berpantang...hihi


Sunday, December 11, 2011

Masuk Alam Dewasa


Ya..dua orang budak ini baru lepas bersunat
Yang nombor satu tu meraung2 time sunat
Macam potong takde bius
CS risau takut doktor bagi bius tak cukup
(HD kata doktor tambah bius jadi 3 sebab dia meraung2 tu)

yang nombor dua tu nangis la masa mula2 nak masuk bilik

Lepas kena pujuk ngan HD baru dia nak
Pastu kat dalam bilik tu senyap jek
Pengsan ker???
Keluar2 je muka selamba jer...
Ish bagi orang suspen je la...

Persembahan Masa Konvokesyen

Tiap-tiap kali pun kena pegi konvo
Sebab diorang terlibat persembahan
kalau tak pergi Haikal buat muka tak puas hati...
Dia nak jugak kita tengok dia buat persembahan
CS plak buat kali pertama jadi fotografer yg belum mahir
Ada gak orang  lain yang pakai DSLR Nikon & Canon
Saya budak baru belajar Manual
So salah2 tu tetap la ada kan?
Takpe CS..usaha tangga kejayaan




penyokong kena pakai baju melayu gak
Budak yg kena jemur sbb ayah dah penat nak dukung dia
Aiman sepatutnya jadi cam pengganas yg tembak2..end up dia cuma cangkung  kat situ sengih2 jer..apadaaa...anak sapa la ni..


Dah boring ya bang??? tiap2 tahun kena attend camni..tiap2 tahun dukung baby baru hihi...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...