Followers

Monday, May 31, 2010

Aidit Belajar Bercakap

Semalam buat pertama kalinya CS ajar Aidit bercakap...wah comelnya suara dia...maklumlah Aidit ni jenis cepat berjalan tapi lambat bercakap..sebelum ni dia pandai sebut cicak dengan Citam...itupun dia sebut Cita jer..'m' dia dah buang ke mana...

Selain dari tu dia hanya bercakap bahasa jerman dia di mana hanya dia je yang faham...kalau nak susu dia sebut 'sss..' je..dah macam ular, sambil tangannya menunjuk2 ke dapur...air pun dia boleh sebut tapi ada pause kat tengah..'aa...ir'...

Semalam Aidit cakap Ibu, Abang, mama, papa, dan beberapa perkataan lain..walaupun ada kejanggalan cara dia menyebut tapi it was so cute...setiap kali dia dapat ikut CS akan gosok kepala dia dan cakap "Pandai!!!" 

Monday, May 24, 2010

Cyberview Lodge Resort

Semalam jamuan Hari Guru diadakan... CS bawa semua kanak2 ini dan bapa mereka makan..suppose kena bayaran juga tapi memandangkan tak semua guru hadir , maka free la mereka sume...yeay!!!

Yang CS suka kat situ, makanan dia ok la... pastu pemandangan nya pun cantik...dan seperti yang dapat dilihat ada kolam untuk diorang mandi-manda...tuala disediakan ya..baju je kena sedia sendiri...


Friday, May 21, 2010

Resepi Kerang Seafood

CS tak tau nape nama dia ada 'Seafood' tapi CS dah tengok orang masak (ada kelas memasak kat sekolah tadi lepas sekolah abis..hehe...program sembunyi2 dengan member2) dan dah rasa ..memang sedap makan panas-panas ..nak resepinya?


  • 2 kg kerang
  • cili api RM2
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 6 batang serai
  • sos tiram
  • kicap manis
  • asam jawa
  • bahan perasa
Cara membuatnya:
  1. Celur kerang dan kopek kulitnya sebelah saja..
  2. Blend 1 bawang besar, halia, serai, cili,bawang putih
  3. Bawang besar 1 lagi hiris bulat2 jek
  4. Tumis bahan di blend hingga wangi
  5. Masukkan sos tiram, kicap manis, asam jawa, sedikit air dan bahan perasa
  6. Masukkan kerang, kacau2 hingga mesra semua bahan,  siap!!!


Thursday, May 20, 2010

Dulu dan Sekarang

Gambar kenangan...dulu VS sekarang...







Wednesday, May 19, 2010

Cantik Tak???

Buat beberapa hari CS terpanjat-panjat kat dapur tu...hehe..konon2nya nak hias birai tingkap dapur tu ..nampak kosong jer, so CS pun belilah bunga2 ni dan campur2kan warnanya...ermm..cantik tak?
Nota 1 : CS dah buat make over dengan pokok2 yang CS tanam, pokok ulam raja, kunyit dan pandan yang CS letak kat depan rumah dah alih ke balakang..pastu replace dengan pokok bunga yang lain...nanti CS upload yek..

Tuesday, May 18, 2010

Citam Ada Adik

Wah!! Tetiba pulak Citam dapat adik ya? Mana datang?...

Kitaorang memang kesian kat Citam sebab dia takde kawan bergurau ..sebab tu dia asyik belasah kaki and tangan kitaorang untuk diligan dan digigit...kalau dia buat kat CS memang la CS akan jerit ..."Sakitlah Citam!" tapi memang dia tak peduli punya.....

Jadi suatu petang HD kata kat depan kilang ada anak kucing mengiau2...dia pun bawa balik...CS bagi nama dia Comel..tapi Comel pun tak tahan kena buli dengan Citam... Citam ni peramah, nak gurau2 je..Comel lak sombong..kalau tengah makan gosok2 kepala pun marah...disebabkan saiznya yang kecik tu maka dia tak tahan dibuli oleh Citam..sebab tu kewujudannya di rumah tu kadang ada kadang tak ada...

Dia selalu pegi merayau mana entah pastu balik sekali-sekala nak makan...kadang CS ingat orang lain dah amik dia tapi kadang dia balik lak...CS biarkan jer..tak nak paksa..manalah tau dia pun tak happy duk rumah ni sebab kena buli jek..



Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru

Hari ni di sekolah CS ada sambutan hari guru...di sini CS ingin menyampaikan ucapan terima kasih CS pada guru2 yang pernah mengajar CS suatu ketika dahulu.
1. First untuk cikgu sekolah rendah yang pernah berjasa memberi tunjuk ajar pada CS dan sanggup beri kelas tambahan waktu malam hingga akhirnya CS dapat 5A dalam UPSR  (tahun 1987) dan  atas saranan guru CS dapat pula masuk SM Sains Johor.
2. Secondly pada guru2 sekolah menengah iaitu SMSJ Kluang. Di sini lah CS bertungkus lumus belajar dan survive hingga ke akhirnya hingga mendapat 13 Aggregat dalam SPM (tahun1992).  
3. Dengan berbekalkan sijil SPM itulah CS mengorak langkah masuk Matrikulasi UKM di Sekolah Tengku Muhamad Faris Petra. Terima kasih juga pada guru2 yang mengajar walaupun masa tu tak perform sangat..tak tau kenapa..duduk kelas hujung jadi tak pandai lak...Masa tu ambil Matriks Sains Ekonomi

4. Terima kasih juga pada cikgu matrikulasi di Kuala Pilah. Masa tu kelas KK13... pun masa tu rasa tak pandai jek, sebab kelas lain pure sains , kelas lain ada Biologi tapi kelas CS tukar dengan Ekonomi...yang lain subjek Fizik, Kimia, B.Inggeris dan Matematik..tapi dari situ CS mengorak langkah pula ke UKM dan masuk ke Fakulti Pengurusan Perniagaan yang CS perasan gah dapat masuk fakulti bussines...

Waktu tu dah perasan bakal kerja dengan kompeni besar2...last2 selepas CS merasa kerja sebagai kerani akaun dan eksekutip akaun, rupa2nya CS tak tahan duduk di bidang tu lama2...CS cepat bosan dengan environment dan kerja yang sama tiap2 bulan...

5. CS belajar lagi kat Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit ...tahun 2001...jadi la cikgu pulak...hmm sekarang dah 8 tahun CS jadi cikgu...walaupun ada ketensionan tetap ada kepuasan kerana dapat mencurah bakti kepada masyarakat...juga dapat kenal ramai orang dan pelajar bersilih ganti... 
Inilah hadiah hari guru yang CS dapat di sekolah hari ni.

Nota 1 : Sekarang sedang menunggu hari nak jamuan makan di Hotel CyberView...23hb ni..CS mungkin bawa Haikal, Aiman & Anis...Aidit tinggal kat taska sekejap, HD ada futsal sebab tu dia tak dapat jaga Aidit.

Thursday, May 13, 2010

Aidit Dah Jadi Abang

Semenjak dua menjak Citam ada ni, Aidit dah naik pangkat la jadi abang...sebagai bukti dia tak nak naik kereta dia...dia nak naik basikal, so yang paling sesuai dengan dia basikal Anis la...memandangkan dia tak pandai kayuh kadang2 CS tolak atau pun naik dengan orang lain... 

Habis kereta kecik tu sapa naik???..Haa..jangan tak percaya, Citam yang naik, walaupun tak boleh gerakkan, Citam akan baring atas tu tau!!! Serius , tak tipu punya!!



Monday, May 10, 2010

Anis's Birthday

 
Hari ni hari lahir Anis yang ketiga...CS doakan dia sihat,panjang umur dan perjalanan hidupnya yang dipermudahkan....kek ni HD yang beli dan hantar kat taska..CS dapat tengok gambar je la kot...sebab mesti diorang dah habis makan waktu CS ambil dia nanti..

Takpelah..yang penting Anis dapatla merasa dirinya diraikan..takde la asyik nyanyi untuk birthday orang lain jer...





Friday, May 7, 2010

Buzzzy...

Satu sebab CS menyepikan diri seminggu ni adalah kerana hambatan kerja yang melampau dek kerana kena menghantar semua buku latihan kat orang atas...ni first time kena camni ni... sampai tak tidur malam dibuatnya.. kat sekolah menimbun buku.. kat rumah pun sama ... semata2 nak kejar due date...

Tapi selepas berhempas pulas menanda habis buku latihan untuk 2 buah kelas : dari 5 buah kelas yang CS ajar(3 buku untuk seorang pelajar  x 80 pelajar = 180 buah buku)...dah di postphone pula ke bulan 6...haish.. dahlah CS sanggup tak balik Segamat sebab nak siapkan kerja ni..pastu sekarang tak diterima pulak sebarang penghantaran...nasib2x...

Nota 1 :Ha..tengok? Kerana ketidakstabilan masa rehat dan tidur dek ketekunan bekerja  cikgu Matematik pun tak pandai darab dah ...3 x 80 = 240...ya murid-murid!


Saturday, May 1, 2010

Off to PD

Minggu ni CS seharusnya balik Segamat....tapi memandangkan ada kerja yang perlu CS selesaikan minggu ini makanya CS pun menundakan kepulangan itu...untuk menenangkan jiwa CS ajak HD pegi PD...sekejap pun jadilah... tak mandi pun...main2 air jek...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...