Followers

Monday, August 29, 2011

Raya Dengan Lens 50mm 1.8D

Ni la  bunga yg CS tempah

Sukee sangat colour dia

Aimi yg gerak2 je masa tangkap gambar

Nampak tak chicken pox atas kepala tu?

Aidit tengah makan biskut raya

My dear hubby..tq yang..

Tahun ni CS tak heran dengan baju raya
Yang CS heran kan adalah kamera ini
Dengan lens yang yg baru ni
Suka, suka,suka...

Saturday, August 27, 2011

Bunga Hiasan

ini...

campur ini...
jadi ini!!!

 Hari ni CS tambah koleksi bunga plastik kat rumah
CS suka..suka..sukaaaa.. sangat...
Siap tempah lagi ikut citarasa CS

Tuesday, August 23, 2011

Nak Belajar

h

Hasrat CS sekarang adalah
Nak sangat belajar edit gambar guna photoshop
Setakat sendiri tekan sana tekan sini
Tak nampak pun cantiknya
Jeles tengok orang lain yg pakai DSLR juga

Mana nak belajar photoshop dekat2 sini je ye?
Kalau kat Kl or Subang or Petaling Jaya
Memang CS fail!!



Saturday, August 20, 2011

Haikal vs Aiman

Aiman, senyum biar nampak gigi jer..takyah bagi nampak gusi!!
Abang yang malu2 bila suruh posing
Sapa hensem?

Haikal dan Aiman
Kadang bergurau2 mesra
Kadang bergaduh2 'mesra' gak
Aiman lebih mengalah kepada Haikal
Haikal pulak perlukan Aiman sebagai peneman

Siang takut,malam takut,pagi takut,petang takut
Pendek kata sepanjang masa lah takut
Takut nak masuk bilik air
Takut nak ambil baju dalam bilik
Takut nak pergi dapur

Nasib baik Aiman baik hati
Ditemankan jugak abangnya yang seorang tu
Walaupun selalu gak Aiman kena marah
Dek abang kesayangannya itu



Teknik Bokeh

Dah 2 hari CS tak sekolah
Sebab jaga Aimi yang kena chicken pox
Taska dah bagitau masa Aidit kena hari tu
Tak nak hantar nanti jangkit kat budak lain

So tadi chicken poxnya nampak makin tambah
Sian kat Aimi
Entah apa lah dia rasa
kalau Aidit dulu
Siap gesel2 kat kusyen
Sampailah tertidur
Gatal sangatla agaknya

Hari ni CS ulangkaji buku D90
Cari maklumat dalam internet gak
Hari ni dah berjaya
Amik gambar teknik bokeh
Itu yang CS baca la..
Inilah mangsanya..

Bear busyuk Anis yg selalu pakai baju Aimi

Anis @ Kakak yg memang suka posing

Ok..1,2,3 Senyummm...

Senyum Kakak!!!

"Gambar sayalah..gambar saya" (Ini bukan bokeh tapi menyelit)



Friday, August 19, 2011

CBR900


Inilah motor HD yang dah nak kena jual tu
Sebab dia nak beli yg lain pulak
Ada tak sesiapa nak beli
CS tolong promote kat sini
Kot laa boleh dapat persen...=P

CS merasa naik 2 kali
Pastu tak nak dah
Takut sangat kalau eksiden
Camana la nasib budak2 nanti
Kalau ibu & ayah terlantar sebab jatuh motor...

Thursday, August 18, 2011

Yippeee!!!!!

HD kan nak tukar motor kesayangan dia
Kepada yg lebih mahal
So dalam usaha dia nak membodek mengambil hati CS
Maka dicapaikan impian CS
iaitu?????...
Nikon D90!!!!
Yippeee...
Walaupun tak pandai nak guna photoshop
Dapat tangkap gambar yang perasan cantik cukup ler...
Aimi yang comot dan nak kena chicken pox keesokannya

HD yang amik masa layan diorang main bunga api

CS first time amik ..tergayat2 lagik

CS amik gak..

Pun CS yang amik..cantik tak???


Tuesday, August 16, 2011

Bertemu Jua...

Selama ni CS menangis sendiri depan laptop
Bukan sikit2
Kadang bercucuran
Bila baca tentang kisahnya di blog moon

Di sekolah
Bila terjumpa Zila
Iaitu kawan baiknya
Semasa posting cikgu
Di Johor
Namanya akan tersebut di bibir kami

Kisahnya memang cukup menyentuh
Apatah lagi mengenangkan baby Rafiq
Yang tidak berupaya mendapat kasih ibu dan ayah sejati
Walaupun mereka masih ada di dunia ini

Tentunya CS membayangkan Rafiq seperti Aimi
Yang perlukan peluk cium ibu dan ayah
Sayangnya ibunya sedang diuji
Dengan kanser otak 

Dan ayahnya pula
Harus menyara kehidupan mereka
Yang memerlukan perbelanjaan yang banyak
Maka Rafiq terpaksa dititip ke kampung
Menerima kasih sayang datuk dan neneknya

Dan
Bila Zila menyatakan hasrat untuk menziarahi
CS bercadang untuk mengirim sesuatu
Yang tak seberapa
Untuk kegunaan membeli apa2

Tetapi bila Zila mengajak CS pergi bersama
CS tak mampu menolak
Betapa tidak
Inilah peluang bertemunya
Kerana CS pun hari2 mengikuti perkembangannya

Maka selepas habis sekolah
CS menuruti Zila dari belakang
Sampai di sana
Ibu dan suaminya menyambut
Dan tangannya CS sentuh
Betapa selama ini CS hanya membayangkan
Apa yang diceritakan
Tapi kali ini CS dapat menyentuh tubuhnya
Merasai genggamannya
Dan mendengar batuk dan gerakan mulutnya
Yang seperti mahu berkata2

Sebelum CS pergi
CS mampu bersendiri dengannya
CS ucapkan semoga dia sembuh
Kerana apa yang CS fikirkan masa itu
Kasihannya si comel Rafiq....
Dan air mata pun mengalir laju
Kali ini di depan sekujur tubuh itu yg layu

Norma,
CS doakan moga ada keajaiban..



Thursday, August 11, 2011

Cempedak Goreng

Hari ni CS goreng cempedak
Cari2 resepi yang best kat internet
Dan yang CS guna resepi dari periuktanah memang menjadi
Tq sebab sudi berkongsi resepi
Untuk CS selalu tengok2 gak :)

Cara yg dikongsikan adalah :
Ikut nisbah 1 : 1 : 3
1 sudu tepung beras
1 sudu tepung Adabi
3 sudu tepung gandum

Hasilnya....
Walla....tepungnya memang rangup
Dan sedap dimakan panas2
Apatah lagi di kala berbuka puasa

Tuesday, August 9, 2011

Tolong!!!

Boleh tak sesiapa tolong CS?
Dah berapa kali godeh
Masih tak berjaya
Camne nak bagi gambar kat linkwithin tu keluar?
Grrrr....


Saturday, August 6, 2011

Cerita Puasa

Tahun ni CS cergas sikit la
Banding puasa tahun lepas
Tahun lepas kan CS tengah loya2
Masa tu peknen Aimi

So tahun ni CS memasak hari-hari
Sebab macam malas nak bersesak2
Kat bazar ramadhan
apatah lagi HD pun 2 kali
Beli kuih tapi dah tak sedap
sebab dia guna kelapa
dan dah buat dari tengahari lagi kot
so dah masam...

Haikal setakat ni puasa masih full
Aiman sehari je kot full
yang lain dah berlobang2
ada dia makan tengahhari
ada dia makan waktu dah pukul 4
tapi sahur di tak pernah miss lagi

Yang penting baju raya dah settle ~ yahooo!!!
Tak macam tahun2 sebelum ni
Bulan posa la baru nak cari baju
Letih la jawapnya
Tahun ni dah beli awal2
Terima kasih kat kedai2 yang buat offer raya awal2



Wednesday, August 3, 2011

Aidit Yang Sweet

Aidit adalah seorang budak yang sweet
Ala-ala bersopan-santun dan baik budi
Walaupun cakapnya masih pelat2 lagi

Kadang CS faham sangat apa dia cakap
Kadang tak faham lansung apa dia cakap
Apa yang sweet tentang dia?

Dia suka minta izin
Contohnya kalau nak tengok tv
"Ibu, caye(saya) nak tengok tv ,oleh(boleh)?
"Boleh"

Mestilah itu jawapan yang dia dapat
Bila dia bodek dengan bahasa sopan santun gitu

Pastu dia pun suka ikut sembahyang
Dia akan lari masuk bilik air
Tapi sebelum masuk dia berenti dulu

Sebab dia angkat tangan dan baca doa
Pastu basuh muka je
Dan pergi kat sejadah
Sembahyang dia senang saja
Berdiri pastu sujud terus..(hihi..)


Satu lagi yang suwweet adalah
Masa di meja makan
Dia tak akan lupa baca doa
Baca sendiri dan sapu kat muka
Oh, so swweeet...

Nota 1 : Aidit tengah tak handsome. dia kena chicken pox..bintik-bintik satu badan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...