Followers

Tuesday, April 27, 2010

Story of Citam

Sekarang ni lepas sekolah je kena pikir hal Citam gak..maklumla dia tinggal sorang2 eh sekor2 kat rumah...tapi seb baik dia pandai kluar untuk mem'buang'... tak macam awal2 dulu masuk rumah je 'haruman' yang tak menyenangkan menyambut CS tatkala masuk rumah...satu kerja gak nak mop lantai..seb baik CS rajin mengemop ni..hiii..puji diri sendiri lak..

Awal2 dulu pun tak tau nak bagi makan apa kat dia... mula2 CS masak nasik la pagi2 spesel untuk dia...gaul dengan bilis..tengok2 dia asyik muntah je...beli Friskies gak pun tak laju sangat tengok dia makan...bahan 'buangan' dia pun cair jek dan badannya kurus dan susut..alahai sian dia..rindu susu mak dia kot...
So HD pun telefon la kakak ipar kat Kuala Kangsar nun iaitu tempat Citam diambil semata2 nak tanya nak bagi Citam makan apa..hik2..maklum la first time jaga kucing...kalau jaga anak dah 4 kali dah pengalaman..

Hoho..rupa2nya Citam kena bagi makan ikan rebus...jadi sekarang ni kat peti sejuk kena ada stok ikan untuk Citam...sampaikan Anis pun bila tengok CS siang ikan untuk makan tengahari kitaorang dia boleh tanya.."Ibu, itu untuk Citam ke?"..Ish3x.... 

Nota 1 : Bila siang Citam duk dalam rumah, bila malam dia duduk luar rumah...ha kenapa?
Nota 2 : Jawapannya : Sebab dia suka kacau orang tidur...dia akan gigit kaki, telinga dan main2 rambut ....Siapa2 pun boleh jadi mangsa...kalau Aidit yang kena lagi la kesian...merengek2 dia dalam keadaan matanya pejam kemengantukan.

Sunday, April 18, 2010

Upin, Ipin & Aidit

Inilah gayanya Aidit tengok Upin dan Ipin.... khusyuk dan tawaduk...dengar muzik permulaan cerita dia dah berjoget depan tv...

Cerita Untuk Beberapa Hari

1. Aidit & Anis Tak Sihat
Hari Khamis Anis muntah2....masa dalam kereta dia dah cakap dia muntah kat taska...pastu masa kat rumah pun dia muntah sampai 3 kali...paling maksimum dia muntah atas badan CS yang tengah duduk tengok tv...adooyaaii...terus CS bawak dia gi klinik

Masa kat klinik doktor kata ini disebabkan virus..dan ia boleh berjangkit..cirit-birit pun boleh kena...masa tu CS terpikir adakah Aidit akan kena juga sebab sebelum ni dia pernah kena sampai seminggu...Sampai je rumah CS tengok Aidit dah cirit...

Dan perut Aidit pun dah meragam sampai la hari Sabtu , hari ni dia belum buang apa2 lagi...harapnya dah ok..

2. HD pergi Pangkor
HD pergi Pangkor dengan kawan2 je..tinggallah kami kat rumah...pegi Subuh2 Sabtu dan balik hari ni...Haikal merajuk dan menangis masa cakap kat telefon dengan HD...CS jeles gak ...tapi nak buat camne kan?
Gambar ini sekadar gambar hiasa..HD lum balik lagik

Nota 1 : Sebagai ganti tak dapat ikut, HD janji kat Haikal nak gi Sunway Lagoon...betul ke niii????(Ayat macam tak berapa nak percaya..hik2x)


Wednesday, April 14, 2010

Aiman Cedera

Benda ni dah berlaku sejak Jumaat lepas sebenarnya...Aiman telah accident dengan kawannya semasa berlari2 menghantar pinggan ke belakang di tadikanya... dua2 terbalik  dan dua2 luka kat dahi dan dua2 pun bertampal kat kepala..tapi kalau ikut cerita teacher dia, luka Aiman lagi besar sebab dia terhantuk kat longkang,... ouchh!!!

Masa CS basuh baju dan seluar dia memang ada banyak darah...camana la dia nangis waktu jatuh tu...sebab masa CS sampai kat klinik dah berjahit dah dahinya...mm tak hensem lah lepas ni sebab ada parut atas kening...ada bekas jahit...
Nota 1 : Dulu masa Haikal kat tadika dia pun pernah cedera gak.. jari tersepit pintu bila kawan dia tutup pintu tu semasa tangannya sedang memegang daun pintu...ouchh lagi!!(eh berapa banyak pintu daaa..)
Nota 2 : Waktu tu nampak jarinya bengkak sikit dan kulitnya tersiat..sampai kena x-ray lah! Tapi nasib baik tak patah...doktor bagi ubat je...


Monday, April 12, 2010

Ahli Keluarga Baru

Kepulangan HD dari Perak membawa satu episod baru... kami dah ada haiwan peliharaan yang menuntut penjagaan terutamanya makan dan minumnya memandangkan dia pun di peringkat umur kanak2 lagi yang sepatutnya masih bergantung pada ibunya... siannnnn dia kan...

Antara Tom, Hitam, Chapalrela (heheh...) kami dah pun pilih nama dia Citam...tapi CS macam dengar Aiman panggil Ciktam jek...so sekarang dah menjadi tanggungan lah nak pastikan makan, susu dia, seb baik dia tak pakai pampers kan..
Nota 1 : Antara 4 orang kanak2 kat umah ni yang paling tak boleh dikawal Aidit lah...dia akan cekik kucing tu masa nak mengangkatnya
Nota 2 : Yang spesel tentang Citam ialah dia tak takut orang, suka bermain dan manja

Saturday, April 10, 2010

Kurma Telur Ayam

Hari ni HD and PIL balik Perak sebab ada kematian..kami tak ikutlah sebab tak sempat la nak ikut dengan panggilan ad-hock di pagi hari...sekarang tengah fikir nak masak apa...so setelah mengambil kira bahan2 yang ada kat rumah dah kemalasan nak ke kedai maka keputusan yang dibuat adalah masak kurma telur plus kentang...

Nota 1 : Dikala ini Aidit sedang menidurkan diri... satu faktor lagi merencatkan hasrat nak ke kedai...malas nak kacau dia

Tuesday, April 6, 2010

Balik Kampung...Oooo Balik Kampung!!!!

Tiadalah tempat yang boleh memberikan ketenangan fikiran melainkan kampung CS sendiri... sejuk airnya, dingin udaranya di waktu pagi dan kehijauannya di balik pokok2 getah yang sedang menghijau...cewahhh!!! melebih2 pulak...maklumla sawah takde, pokok getah je ada... kali ni balik dengan DMax dapatlah diorang main basikal kat Segamat...
Nota 1 : Diorang dah semakin membesar, dah boleh duduk2 berbual di tepi jalan, takde nak berkepit celah ketiak mak...


Saturday, April 3, 2010

Tak Perasan

Haha..gambar ni diambil tanpa keperasanan CS..tapi orang lain cam ready je plak ek? CS yang tak peka dengan persekitaran kot... ni masa nak mengiringi pengetua bersama paluan kompang sempena majlis persaraannya... gambar ni di publish di facebook dan CS pun dah menciloknya pulak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...