Followers

Showing posts with label Aiman. Show all posts
Showing posts with label Aiman. Show all posts

Tuesday, November 26, 2013

Konvokesyen PJIK 2013

Aiman dapat hadiah untuk subjek tertinggi
Haikal dan Aiman buat persembahan nasyid
Senyum seorang ustaz
Yeay dah konvo!!! Tahun depan darjah satu...

 Dengan Teacher Miza




 Fuh !! Aidit jadi ketua tu!!!



Ya...ya...gambar tak sharp oleh Haikal...

Monday, November 5, 2012

Gambar Raya Haji

Sebelum ni kami hanya ada gambar studio 4 orang
Iaitu HD,CS, Haikal & Aiman,
Lepas tu tiap kali nak bergambar asyik tak jadi
Lagipun asyik ada pertambahan ahli :)
So tahun ni dapatlah bergambar 7 orang
Daripada beberapa posisi dan bilangan shot
Ni la yang paling terbaik
Itupun Aimi jeling bukan main tajam lagi
Gambar yang lain lagi teruk
Ada yang pejam
Ada yang mata ke lain

Naseb naik ada gak gambar elok utk di framekan..

(Sila abaikan selipar2 itu)
CS dah cakap kat staff kedai tu jgn bagi nampak kaki
Tapi bila dapat gambar ada gak kaki2 dan selipar comel itu..:)))

Sunday, November 4, 2012

Aiman = Akhil Hayy

Semalam adalah konvokesyen di PJIK
 Haikal dan Aiman involved persembahan
CS ingat Haikal yang perform lagu Hambamu
 Lagu Mawi ngan Akhil Hayy
 Sebab dia yang dok training lagu tu
Tapi rupa2nya semalam Aiman yang nyanyi bahagian solo
 Siap pegang mikrofon
 Dia nyanyi part Akhil Hayy
kagum sekejap CS
maklumla masa tahun lepas dia terlibat lakonan
Ate dia tercangkung2 sambil termalu2 kat depan tu
Orang dok gelak
 tahun ni dia dah berani lak...

Thursday, September 13, 2012

Mainan Bebudak Lelaki Pulak

Kalau dah Anis beli mainan
Takkan yang lain tak beli pulak kan?
Inilah robot2 bebudak lelaki kat umah ni
Ada 6 semuanya
Yang nak bergambar 4 ni je
2 lagi dah nyorok kat mana ntah...

Tuesday, January 3, 2012

Depa Dah sihat

Selepas bersunat Haikal & Aiman kan tak dapat main kat luar
Tengok TV & main PS2 je la
Kadang2 merengek2 nak main basikal
Tapi bila dah 'terkepit' tu sendiri surrender

Sekarang diorang dah cergas
Main basikal , badminton dan berlari2
CS pun senang hati gak tengok diorang dah sihat
Sebab sebelum ni macam lambat pulak luka tu nak sembuh
Maklumla budak2 sekarang susah nak berpantang
Baru CS buatkan ikan stim, Aiman dah tak selera nak makan
Kena bagi makan ayam jugak








Sunday, December 11, 2011

Masuk Alam Dewasa


Ya..dua orang budak ini baru lepas bersunat
Yang nombor satu tu meraung2 time sunat
Macam potong takde bius
CS risau takut doktor bagi bius tak cukup
(HD kata doktor tambah bius jadi 3 sebab dia meraung2 tu)

yang nombor dua tu nangis la masa mula2 nak masuk bilik

Lepas kena pujuk ngan HD baru dia nak
Pastu kat dalam bilik tu senyap jek
Pengsan ker???
Keluar2 je muka selamba jer...
Ish bagi orang suspen je la...

Saturday, August 20, 2011

Haikal vs Aiman

Aiman, senyum biar nampak gigi jer..takyah bagi nampak gusi!!
Abang yang malu2 bila suruh posing
Sapa hensem?

Haikal dan Aiman
Kadang bergurau2 mesra
Kadang bergaduh2 'mesra' gak
Aiman lebih mengalah kepada Haikal
Haikal pulak perlukan Aiman sebagai peneman

Siang takut,malam takut,pagi takut,petang takut
Pendek kata sepanjang masa lah takut
Takut nak masuk bilik air
Takut nak ambil baju dalam bilik
Takut nak pergi dapur

Nasib baik Aiman baik hati
Ditemankan jugak abangnya yang seorang tu
Walaupun selalu gak Aiman kena marah
Dek abang kesayangannya itu



Saturday, August 6, 2011

Cerita Puasa

Tahun ni CS cergas sikit la
Banding puasa tahun lepas
Tahun lepas kan CS tengah loya2
Masa tu peknen Aimi

So tahun ni CS memasak hari-hari
Sebab macam malas nak bersesak2
Kat bazar ramadhan
apatah lagi HD pun 2 kali
Beli kuih tapi dah tak sedap
sebab dia guna kelapa
dan dah buat dari tengahari lagi kot
so dah masam...

Haikal setakat ni puasa masih full
Aiman sehari je kot full
yang lain dah berlobang2
ada dia makan tengahhari
ada dia makan waktu dah pukul 4
tapi sahur di tak pernah miss lagi

Yang penting baju raya dah settle ~ yahooo!!!
Tak macam tahun2 sebelum ni
Bulan posa la baru nak cari baju
Letih la jawapnya
Tahun ni dah beli awal2
Terima kasih kat kedai2 yang buat offer raya awal2



Saturday, July 23, 2011

Tengok Bola

Haikal yang berbaju biru tapi sokong kuning

Diorang pegi stadium untuk tengok bola
Diorang tu bermaksud HD, Haikal & Aiman
Lepas sekolah terus je pegi stadium
Tinggallah kami ; CS,Anis, Aidit & Aimi kat rumah

Tapi yang kelakarnya
Bila HD cerita
Aiman boleh lak tidur 
Dalam keadaan orang bersorak2
Hmmm...Aiman, Aiman..

Tuesday, May 31, 2011

Ibu! ULA tambah NG jadi apa?

Malam tadi Aiman saja nak test kesabaran kepandaian CS
Masa tu dalam bilik
"Ibu, 'ula' tambah 'ng' jadi apa?"
CS, dalam hati "ular tambah ng? ularng?"
CS, jawab kat mulut "ulang"
Aiman, "ula tambah ng jadi apa?"
CS, "ulang"
Aiman, "ula tambah ng jadi apa?"
CS, "Ish budak nih..ulang la"
Aiman "ula tambah ng jadi apa?"
CS, "Dahlah..malas nak layan...ibu kata ulang, ulang la"
Aiman, "Ibu suruh ulang , Aiman ulang la soalan dia"
CS, "Eiih, pekenakan ibu ya..."






Wednesday, October 13, 2010

Aiman Si Manja

Aiman sekarang dah 6 tahun..maknanya tahun depan dah darjah satu... tapi dia suka buat2 pelat kalau bercakap..sekarang ni dia bahasakan diri dia Man Man..contoh ayatnya "Man Man nak susu"

kalau Haikal lak dia panggil Bang Bang dan ayah dia Yayah...yang laen takdelak dia bahasakan...kreatif sungguh dia kan...

Wednesday, April 14, 2010

Aiman Cedera

Benda ni dah berlaku sejak Jumaat lepas sebenarnya...Aiman telah accident dengan kawannya semasa berlari2 menghantar pinggan ke belakang di tadikanya... dua2 terbalik  dan dua2 luka kat dahi dan dua2 pun bertampal kat kepala..tapi kalau ikut cerita teacher dia, luka Aiman lagi besar sebab dia terhantuk kat longkang,... ouchh!!!

Masa CS basuh baju dan seluar dia memang ada banyak darah...camana la dia nangis waktu jatuh tu...sebab masa CS sampai kat klinik dah berjahit dah dahinya...mm tak hensem lah lepas ni sebab ada parut atas kening...ada bekas jahit...
Nota 1 : Dulu masa Haikal kat tadika dia pun pernah cedera gak.. jari tersepit pintu bila kawan dia tutup pintu tu semasa tangannya sedang memegang daun pintu...ouchh lagi!!(eh berapa banyak pintu daaa..)
Nota 2 : Waktu tu nampak jarinya bengkak sikit dan kulitnya tersiat..sampai kena x-ray lah! Tapi nasib baik tak patah...doktor bagi ubat je...


Thursday, February 11, 2010

Anak-anak Ibu Solat

Ini gambar mereka solat...nasib baik la diorang ni ada tunjuk minat nak solat walaupun tak sepenuhnya...tapi perasan tak beza 2 gambar ni? Gambar ni diambil masa solat Marghrib yang sama...Ya tengok songkok dan kopiah mereka..camana boleh bertukar ek? Sebabnya diorang boleh bertukar2 lak masa solat..ish ish ish..

Nota 1 : Selalu sangat tengok Upin-Ipin, perangai pun dah agak2 sama dah..:)
Nota 2: Kalau la HD pusing belakang masa tu mesti kena jerkah dah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...