Followers

Sunday, March 28, 2010

Jalan-jalan Di The Mines

Hari ni kitaorang pergi The Mines dengan niat nak menukar CD Sofware Auto Cad yang CS dah salah beli untuk HD...lepas dah tukar tu pegi makan kat Pizza Hut lak...dalam perjalanan tu CS saja je duk tangkap gambar dengan diorang ni... gambar HD ni sebenarnya gambar curi...hiiii.

Nota 1 : Masa nak balik tu ada la sorang anak murid tegur...diorang berempat...dan CS cam muka 3 orang tu budak sekolah CS
Nota 2 : Rasa tersentuh bila kita dikenali dan ditegur dengan ramah walau pun di luar sekolah...\hmmm kalau lah semua anak murid CS camtu...

Kasut Sekolah


CS rasa inilah kasut yang CS selesa nak pakai untuk ke sekolah...sebab lembut dan senang nak cuci...ni beli di JJ Balakong... yang  bestnya dapat baucer RM 20...nanti bolehlah HD beli untuk dia pula... CS pernah terpengaruh la beli kat pasar malam pastu menyesal tak sudah sebab tertipu lak dengan pembungkusannya yang ala original tu...tapi kasut tu pun HD dah bagi anak sedara dia... so CS pun cari la kasut ni tepat pada hari gaji untuk mengubati hati yang luka dan tertipu tu..huhu..



Friday, March 26, 2010

'Terima Kasih Ayah'

Malam tadi HD belikan 4 batang reket badminton ( wah banyaknya!!!) yang berharga kurang RM10 sebatang ..hehe..dengan shuttle cock yang melelong ke mana-mana ikut suka dia...tapi Haikal dan Aiman sangat2 menghargainya dan sanggup mengucapkan 'Terima kasih, ayah!'

Wah! So lovely and touching... terharu rasanya bila mereka mengucapkan kata2 yang manis dan bersopan-santun berbanding bila mereka bergaduh bila berebutkan mainan yang sama...

Nota 1 : Bila agaknya HD nak belikan untuk CS ek? Takkan yang murah2 je kot...

Tuesday, March 23, 2010

Anis Yang Petah

Ramai orang yang kagum dengan kepetahan Anis bertutur termasuk CS jugak la... dia baru hendak mencapai 3 tahun usianya tetapi dia tidak pelat dan tuturnya jelas dan lengkap perkataannya...

Sekarang dia tak pakai pampers lagi di waktu siang dan dia akan memberitahu bila ingin ke bilik air..cuma ada kalanya dia tidak sempat untuk sampai ke tandas dan menjadi kerja CS pulak nak membersihkannya...

Semalam dua kali dia 'kerja'kan CS... kali kedua dia dah 'ter'lepas dia tau la CS akan marah..so dia pun cakap .."Alamak, kencing laaagi..."

CS memang marah lah kat dia tapi yang CS terkagum dan rasa kelakar bila dia boleh keluarkan kata 'alamak' tu... macam dah besar sangat plak dia...

Sunday, March 21, 2010

Sibuk Semula

Yup..!!! Cuti sekolah dah habis...esok dah mula sekolah balik... most of the students ada exam... Haikal pun sama.. dan minggu depan yang bestnya adalah hari gaji...yeay!!!

CS dah ada perancangan nak membeli 2 barang...satu kasut, dan satu lagi baju kurung cotton..teringin plak nak pakai bila tengok orang lain pakai..ada sesiapa tau tempat nak beli baju cotton dah siap jahit lagi murah???

Thursday, March 18, 2010

Cupcake


Haa..ini percubaan kedua CS buat cupcake..maklumla bebudak kecik ramai kat rumah ni...pagi sedia sarapan, tengahari masak lagi, petang nak ada gigit2 gak, last sekali makan malam sebelum diorang tidur...

So cupcake ni lebih ok lah dari yang pertama kali buat..dulu buat maniiiiisss amat..ni dah ok sikit lah. Resepinya:

  • 2 cawan tepung naik sendiri

  • 1 cawan mentega

  • 1 cawan gula halus

  • Esen vanilla

  • Serbuk coklat

  • Telur 4 biji

  • Serbuk penaik
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dengan gula sampai kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
3. Masukkan tepung , serbuk penaik dan esen vanila, sedikit demi sedikit gak tepung tu
4. Bahagi dua adunan, satu bahagian campur serbuk coklat, satu lagi biarkan kosong
5. Masukkan dalam cawan selang-seli coklat dan plain
6. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180 C

Seronok tengok diorang makan...ingat nanti resepi ni CS nak adjust letak walnut ke, carrot ke, cip coklat ke , saja nak eksperimen...

 

Wednesday, March 17, 2010

Langsir Nilai 3


Ni la langsir yang dibeli & ditempah di Nilai 3...  tapi lum pasang habis lagi ( boleh pasang separuh2 pulak ek..) bahagian kepala lum pasang sebab tak beli rail lagi...

Sesiapa yang berniat nak tempah di sana kena duduk kira betul2 sebab CS rasa CS pilih kain yang murah jek, tapi mahal juga time nak membayarnya, tapi disebabkan tak nak fikir banyak2 agree je la dengan harga tu...asalkan betul siap dalam masa 1 jam... 

Tuesday, March 16, 2010

Aidit & Spagheti

Amboi2x...tengoklah gelagat Si Aidit ni..bukan main sedap agaknya spagheti ibu dia buat, sampai menjilat pinggan...hehe..

Dulu sebenarnya CS tak pandai makan benda ni...rasanya tahun lepas je CS start suka, sebabnya sebelum2 tu CS rasa spagheti ni rasa masam semacam, tak nikmat lansung nak makan..tapi sejak akak satu sekolah masak untuk pot luck. eh, sedap jugak rasa spagheti  dia, tak masam sangat..so CS pun cubalah menuntut ilmu dari dia...first time buat termasam gak CS buat...tapi CS tak putus asa , buat lagi sampai jadi sedap..

So sekarang ni budak2 ni dah suka makan , HD je macam tersegan2 nak makan...maklumle lidah Perak, kalau berperisa tempoyak lagi sedapp..hehe..gurau je yang!

Sunday, March 14, 2010

HD & DMax

Alhamdulillah, HD dah pun mendapat idaman hatinya... hari ni hari kedua dah...semalam pun dah pergi Nilai 3, tapi perjalanan hari pertama DMax ni tak begitu menarik, sebab ia dah menyaksikan 2 kemalangan jalanraya di highway... sampai sekarang CS terbayang2 lagi keadaan lori kecik warna hijau terhoyong-hayang ke kiri dan kanan jalan dengan ada seorang penumpang duduk di belakang lori tu... nasib baik dia tak terpelanting atas jalan dan dilanggar oleh kereta lain...

Kemudian CS terpandang pemandu kereta Citra yang dah kena langgar dari belakang berdarah di mukanya...tapi dia dalam keadaan sedar..yang CS seriau sebab ada kanak2 sebaya Aiman dalam kereta tu, terpinga2 je dalam keadaan macam tu...dia mungkin tak tau macam mana nak tolong ayah dia yang cedera...

Tak tau punca eksiden tu camana, tapi HD kata lori tu langgar bas lepas tu dia tak stabil  dan langgar Citra , lepas tu dia langgar divider kat tengah lepas tu baru ke kiri..CS duduk belakang jadi tak nampak la mula2 ia berlaku...

Tapi CS bersyukur la kami tak terlibat sama... maklumla HD ni sebenarnya kalau bawak kereta memang tak ingat..sebab tu semalam CS pun heran kenapa dia bawak perlahan je DMax dia ni...sebab baru sangat ke... macam pelik je dia bawak 110 cam tu...bila CS cakap nasib baik dia bawak perlahan , HD kata DMax ni takleh nak lasak macam kereta nanti enjin cepat rosak..oooo camtu ke? Bagus la.. kiranya dia akan berhati2 naik DMax dia... ingatkan cc besar bawak lagi laju rupanya tidak ya..

Saturday, March 13, 2010

Bunga Kertas

Inilah satu-satunya pokok bunga kertas yang CS ada dan sangat sayang...warnanya pink bercapuk putih...CS pun dah ada pokok ros jepun warna pink, putih & pink campur putih..tapi lum banyak lagi bunganya ..nanti kalau dah banyak CS upload gambarnya ya...

Friday, March 12, 2010

Cuti Sekolah

Cuti sekolah selama 1 minggu sudah bermula... lega sekejap dari kesibukan kerja , kepala boleh refresh sekejap... sibuk kat rumah je pulak dengan diorang .... takde plan nak ke mana2 pun... mungkin bawa Haikal ke Aquaria sebab dia sangat jeles  dengan Aiman yang baru pergi sana anjuran tadika dia...

Thursday, March 11, 2010

Idaman HD

HD sedang menunggu2 DMax dia... hmmm, lepas ni bolehlah tunaikan hajat Haikal nak bawa basikal balik kampung...selama ni dia merengek2 nak suruh bawa basikal ..kat kampung memang ada basikal masalahnya semuanya besar2 ...budak2 kat kampung biasalah, basikal besar pun diorang boleh naik...budak2 bandar ni je manja sikit...

Nota 1 : Katanya Jumaat ni dapat..betul ke?
Nota 2 : Kalau betul tempat nak dituju ialah Nilai 3..nak cari langsir baru

Sunday, March 7, 2010

Bayam Masak Lemak

Hari ni CS masak sotong masak sambal, bayam masak lemak & sambal belacan...dah macam popeye lak asyik makan bayam jek..minggu lepas kat Segamat  masak bayam gak tapi tumis jek...hari ni nak makan yang lemak plak... tapi sedapppp...diorang pun asyik mintak nak tambah jek...

Saturday, March 6, 2010

Anis & Spray

Anis masih belum dapat memisahkan diri dari tin spray...gambar ini dah cukup membuktikannya...instead dah ada 4 ekor bear kat rumah tapi dia rela usung spray lagi..nape ek?

Thursday, March 4, 2010

The Sport Day is Coming

Sabtu ni di sekolah CS akan diadakan Sukan Tahunan, which is best juga untuk berseronok2 sekali-sekala...tapi kan baik kalau buat school day kan? ahaks..maklumla bila hari Sabtu kene kerja, maknanya akan penatlah sebab weekend dah pendek...

CS dah cakap kat HD pasal nak panggil orang yang cuci rumah on weekend... kitaorang dah ada contact number cuma tak pernah panggil lagi... sebabnya dah banyak kali bila weekend kitaorang takde di rumah, pergi Perak la, balik Segamat la..nak buat camne kan? it's a part to fulfill request dari orang2 yang kita hormati... tanpa mereka siapalah kita..

Dilema sekarang adalah nak bawa siapa masa sukan nanti? Haikal, Aiman @ Anis? CS plak ada tugas sedikit..nak bawa semua takut nanti mengganggu tugas2 CS, tapi kalau bawa tiga2 mesti seronok...Anis lum pernah tengok brass band dan perbarisan sukan..Hmm.. biarkanlah dulu dilema ini bersama berlalunya masa...
 

Tuesday, March 2, 2010

Sigh...

Kadang2 hidup kita tak seperti yang kita harapkan... perjalanan hidup sebagai pendidik yang sepatutnya dipandang mulia kadang kala menuntut kesabaran.. CS tak faham budak2 yang umurnya jauh beza dari kita tapi tak ada rasa hormat pada kita... bukan suruh puji pun... bukan suruh senyum pun... cuma hormatlah kita yang ada di depan dan membuat teguran atas kelakuan mereka..but at the end kita yang dijeling & disindir... oohh dunia...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...