Followers

Thursday, December 24, 2009

Bertungku


Hehe...CS saja je nak kongsi pasal bertungku ni ...maklumla anak dah 4...pengalaman tu lebih sikit la dari orang yang belum beranak...batu ni ada duk bawah katil lepas guna masa berpantang Aidit..actually adik ipar punya , CS pinjam sat..sekarang ada sorang lagi adik ipar yang pregnant so CS pass kat dia lak...

Apa kebaikannya ek? Apa yang CS tau ialah ia dapatlah keluarkan angin2 dalam badan tu...sebab bila kita tuam kat badan kita urat2 tu kembang la sikit so angin pun boleh keluar dan aliran darah jadi lancar...


Pastu bila tungku kat perut dia dapatlah keluarkan saki baki darah yang mungkin dah membeku kat dalam rahim..(I found it true!!) ...lagi satu dapat gak pecahkan lemak kat perut dan kecutkan rahim...


Hmmm..mana lebih baik lak yang batu ni or herba? Err..ni pendapat peribadi la ya..CS rasa yang batu lagi baik..sebab dia mampu simpan haba lebih lama...sebab kita perlukan kepanasan tu untuk tuam kat badan kita...kalau dia tak simpan haba lecehlah sikit selalu kena panaskan balik tungku tu..


Mana nak dapat benda ni? boleh dapat kat nurseri jual perhiasan taman...kalau dapat cari kat sungai pun ada kot...besar ke kecik lebih baik? CS rasa janganlah besar sangat nanti tangan yang lenguh dan tak larat nak angkat..maklumla dalam pantang kan tak boleh angkat berat2...


Bila pulak nak tungku? Lepas mandi atau sebelum mandi?..sebaiknya lepas mandi..cuba imagine kalau kita buat sebelum mandi..lepas kita dah kembang2kan urat tu tiba2 kita mandi mesti dia kecut balik...tak jadi angin tu nak keluar...

OKlah itula rasanya ilmu yang dapat CS kongsikan ya... 

Nota 1 : Lebih baik lapik daun mengkudu semasa balut batu tu sebelum dibungkus dengan kain..
Nota 2 : Kalau takde daun mengkudu lapik je la dengan surat khabar..kalau tak lapik kang perut lak yang terbakar..hikhik

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...