Followers

Thursday, December 31, 2009

Pucuk Paku Masak Lemak + Ayam


 

Tetiba rasa nak makan masak lemak nangka muda campur dengan leher ayam..so CS pegi la kat pasar borong dengan niat nak mencari nangka muda tu...mula2 cari leher ayam dulu...ok dah dapat...pastu cari nangka...cari punya cari tak dapat2..pastu ada terdengar gak sorang guy tu nak beli nangka gak..abih makcik yang jual tu kata dah pukul berapa baru nak tanya nangka...nangka satu jam je dah abis..uii! camtu ka? kena datang awal tuk dapat nangka...waktu tu baru pukul 11 pg...hmmm takde harapan la nampaknya


So apa nak ganti ni? leher ada dah..so jalan2 lagi nampak pucuk paku cantikkkk je...CS pun beli la..ok gak makan pucuk paku kan? Tapi masa nak masak leceh sikit la nak kena patahkan guna tangan..kalau guna pisau CS rasa tak boleh nak beza lembut atau keras dah pucuk paku tu...





Tuesday, December 29, 2009

Berkebun lagi



Untuk menambah koleksi pokok CS pergi nurseri kat pasar borong..CS beli pokok cempedak, betik & pokok bunga ros jepun ..kali ni yang warna pink ...CS ingat nak tanam je atas tanah biar dia merebak dan jadi banyak...lepas tu CS tempah sekali pokok bunga kertas yang warna pink + putih...harap2nya dapatlah apa yang CS idamkan..

Pokok cempedak tu akan ditanam kat belakang rumah lagi...hehe..ada la kawan pokok rambutan yang CS tanam sebelum ni...pokok betik lak nak tanam depan rumah je..sebelum ni sebenarnya dah pernah tanam dah pokok betik ni..tapi si gergasi Anis dah pijak...pokok tu kan kecik lagi mana la dia nak menampung si Anis yang besar ...maka patahlah ia sebelum sempat berbakti kepada orang yang menanamnya...isk isk



Ni pulak keadaan depan rumah yang terkini...CS sekarang agak dilanda sakit kepala sebab banyak habuk bila dia dah start potong2 dinding yang sedia ada..kat dapur tadi dia pun dah alihkan rak pinggan dan buat keje kat syiling....habuk banyak....

Nota 1 : Tadi orang yang buat rumah kata lagi 2 minggu siap la..ish betul ke? kalau betul bestnyer...


Cuti Sekolah Dah Nak Habis = Kerja,kerja,kerja...

Cuti sekolah tinggal lagi seminggu...CS dah pun pegi meeting hari ni..ini kali kedua tinggalkan Aidit kat taska & HD kata dia menangis tak nak kat pembantu taska..kepeningan belum dirasai tapi sudah ada dalam gambaran...hmmm macamana lah anak2 murid tahun 2010 nanti..harapnya tidaklah sangat mengecewakan...


Sunday, December 27, 2009

Aibang, Anin & Ashedit

Tiga2 nama ni bukan nama official dalam rumah ni tapi ianya boleh wujud. Camana boleh ujud ek?

Aibang : Aiman + Abang = Nama tergabung bila nak marah Abang (Haikal) tapi nak tersebut nama Aiman

Anin : Anis + Aiman = Nak marah Aiman tapi nak tersebut nama Anis

Ashedit = Takde gabungan , diujudkan oleh Anis sendiri sebab tak pandai panggil nama Aidit

Nota 1 : Macam-macam

Friday, December 25, 2009

Tembok Dinding


Sekarang ni renovation giat dilakukan pada bahagian depan...diorang naikkan tembok dinding..adalah privacy sikit lepas ni..takdelah CS terkejut2 bila bukak pintu and ada orang terjengul kat pagar...sebab selalu je ada orang tanya pasal rumah untuk disewa...apatah lagi kiri kanan rumah CS memang takde orang duduk..bukan setakat kiri kanan je...3 - 4 biji buah rumah di dua2 belah takde orang..tapi yang CS tau rumah tu memang belum dijual oleh pemaju..sebabnya? CS tak tau lak...so tak tau la sampai bila akan dapat jiran sebelah rumah..

Thursday, December 24, 2009

Bertungku


Hehe...CS saja je nak kongsi pasal bertungku ni ...maklumla anak dah 4...pengalaman tu lebih sikit la dari orang yang belum beranak...batu ni ada duk bawah katil lepas guna masa berpantang Aidit..actually adik ipar punya , CS pinjam sat..sekarang ada sorang lagi adik ipar yang pregnant so CS pass kat dia lak...

Apa kebaikannya ek? Apa yang CS tau ialah ia dapatlah keluarkan angin2 dalam badan tu...sebab bila kita tuam kat badan kita urat2 tu kembang la sikit so angin pun boleh keluar dan aliran darah jadi lancar...


Pastu bila tungku kat perut dia dapatlah keluarkan saki baki darah yang mungkin dah membeku kat dalam rahim..(I found it true!!) ...lagi satu dapat gak pecahkan lemak kat perut dan kecutkan rahim...


Hmmm..mana lebih baik lak yang batu ni or herba? Err..ni pendapat peribadi la ya..CS rasa yang batu lagi baik..sebab dia mampu simpan haba lebih lama...sebab kita perlukan kepanasan tu untuk tuam kat badan kita...kalau dia tak simpan haba lecehlah sikit selalu kena panaskan balik tungku tu..


Mana nak dapat benda ni? boleh dapat kat nurseri jual perhiasan taman...kalau dapat cari kat sungai pun ada kot...besar ke kecik lebih baik? CS rasa janganlah besar sangat nanti tangan yang lenguh dan tak larat nak angkat..maklumla dalam pantang kan tak boleh angkat berat2...


Bila pulak nak tungku? Lepas mandi atau sebelum mandi?..sebaiknya lepas mandi..cuba imagine kalau kita buat sebelum mandi..lepas kita dah kembang2kan urat tu tiba2 kita mandi mesti dia kecut balik...tak jadi angin tu nak keluar...

OKlah itula rasanya ilmu yang dapat CS kongsikan ya... 

Nota 1 : Lebih baik lapik daun mengkudu semasa balut batu tu sebelum dibungkus dengan kain..
Nota 2 : Kalau takde daun mengkudu lapik je la dengan surat khabar..kalau tak lapik kang perut lak yang terbakar..hikhik

Wednesday, December 23, 2009

Plaster Dinding


Bahagian dapur dah di plaster & diorang sedang buat table top kat dalam tu..lum pecah lagi la dinding asal..pada masa yang sama diorang dah start naik tiang untuk bahagian depan...sekarang depan belakang dah berpasir ..nak sidai baju pun susah ..so CS sidai dalam bilik je..nak buat camne kan?

Tuesday, December 22, 2009

Kurma Ayam


Sesekali makan ayam masak kurma selera juga nak makan...rasanya ini la first time masak kurma ni..biasa masak lemak kuning je dengan ayam...so mula2 cari rempah dia kat kedai.pandai ke nak masak ni?..nasib baik resepi ada kat pek dia...sama macam masa CS dapat job nak masak sup tulang (hehe..macam dapat tugasan lak)..mula2 cam tak confident gak ...sedap ke nanti..tapi CS follow je resepi kat bungkusan rempah tu dan hasilnya taklah mengecewakan...

Masak kurma ni pun senang je...Bahan-bahan yang kena ada :
  • Ayam
  • Kentang
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Rempah kurma
  • Halia
  • Santan
  1. Mula2 tumis bawang dan halia
  2. Masukkan serbuk kurma yang dibancuh
  3. Masukkan ayam & kentang dan sedikit air
  4. Bila ayam & kentang dah empuk masukkan santan
  5. Letak garam 
  6. Makan dengan nasik

Melepak di Belakang Rumah


Setiap petang bila pekerja2 tu dah balik kitaorang akan duduk2 kat belakang..sambil tengok hasil kerja yang dah siap sambil ambik angin petang..gambar ni Haikal yang ambik sebab tu dia takde..HD lak lum balik lagi

Nota 1 : Tengok Anis nak buat peace masih belum berjaya sebab dia tunjuk 3 jari dia..hehe....




Sunday, December 20, 2009

Ayam Salut Tepung


Resepi ini dicilok (haha!) dari kedai mamak yang kitaorang selalu makan di waktu tengahari pada hari persekolahan...Haikal memang suka ayam goreng dia...so sebelum cuti ari tu CS tanya la orang yang masak tu apa bahan dia guna sebab Haikal suka tepung dia..dia pun bagitau la...tapi mungkin la dia ada rahsia sikit2 ..

So CS beli leher ayam kat Jusco dengan niat nak goreng ala2 mamak tu buat

Bahan-bahan yang digunakan :
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Tepung ubi
  • Halia
  • Bawang merah
Cara membuatnya:
  1. Blend bawang merah dan halia (sikit je jangan banyak sangat)
  2. Bancuh ketiga2 tepung tu...tepung gandum paling banyak, yang lain tu sikit2 je
  3. Tambah garam dan gula sikit
  4. Celup ayam dan gorengkan
Hmmm...hasilnya takdelah 100% sama tapi sedap jugakla...tepung tu rangup je sambil makan dengan nasik...diorang kata sedapp!!hehe..juri awam CS kata sedap maka sedapla tu..hehe...

Nota 1 : Yang mamak tu masak cam warna merah sikit, dia bubuh pewarna ke ek?
Nota 2 : CS dah try goreng ngan cendawan, sedaaapppp...bangat!!tapi CS adjust2 sikit letak serbuk kari sket..heheh..eksperimentasi..


Saturday, December 19, 2009

Ayam Masak Merah


Ntah kenapa CS rasa tiba2 je CS pandai masak sekarang ni..hakhak...perasan!Tapi dah pandai la sikit..diorang pun dok puji sedap...cuti sekolah yang panjang ni dan diorang pun dah pandai makan maka CS pun kenalah hari2 fikir apa nak masak supaya diorang ada selera nak makan..taklah nanti balik taska & sekolah diorang kurus kering lak macam mak dia tak bagi makan..

Ni bukan resepi masak hari ni la..hari ni CS masak kurma ayam..pun sedap gak tapi ceritanya akan dikongsi kemudian..hari ni CS nak cerita la CS masak ayam masak merah..sedap dan best!! Resepi CS seperti berikut:

Bahan-bahannya:

  • Ayam la..
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Sos cili
  • Air asam jawa
  1. Langkah pertama cuci ayam bersih2,pastu goreng la separuh masak dengan kunyit dan garam
  2. Blend cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia
  3. Tumiskan bahan diblend tadi hingga wangi
  4. Masukkan kayu manis,serai dan pelaga, sos cili juga
  5. Masukkan ayam dan sedikit air
  6. Tutup kuali dan biarkan hingga kuah pekat sedikit.
  7. Perasakan..
  8. Makan dengan nasi
Semalam sebenarnya CS masak ketam masak lemak kuning dengan nenas muda..pergh! best ! sampaikan tak sempat nak amik gambar..dah abis dah..tapi kos agak mahal gak sekarang...satu kilo RM18...CS beli 2 kilo, nak bagi puas makan sikit..ate satu kilo dapat empat ekor je, CS beli le 2 kilo dapat 9 ekor...beli nenas RM2..

Tapi CS puas hati dapat tunaikan hajat Aiman sebab dia yang sebut2 nak makan ketam..masa kat pasar borong tu pun dia dah terjerit2 tunjuk ketam setiap kali nampak ketam kat situ..

Friday, December 18, 2009

Bumbung Rumah


Sekarang rumah pada stage pasang bumbung...jadi gelap la dapur yang tertutup tu...tak tau diorang akan pecah bila..sama ada dah plaster nanti ke? CS tunggu je..takdelah nak menanya2...tapi part pecah dinding nanti yang suspen...camne CS nak masak..tak kan orang tengah buat kerja2 CS lak nak memasak sama...masak dalam bilik ke? errr...semuanya lum ada jawapan...kita tungguuu...

Thursday, December 17, 2009

Paceri Terung





Ni cerita semalam la...CS masak paceri terung..one of the favourite kat umah ni turun temurun dari keluarga HD...maksudnya resepi ni selalu menjadi hidangan kat umah mak mertua.

Resepi yang CS nak kongsikan :
Bahan-bahannya :
  • Terung / Nenas 
  • Serbuk kari 
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Udang kering
  • Santan
1. Langkah pertama, blend bawang merah dan putih
2. HIris halus halia
3. Tumis bawang & halia
4. Masukkan serbuk kari yang dibancuh terlebih dahulu
5. Masukkan santan dan sedikit air
6. Bila dah mendidih masukkan terung
7. Masak hingga terung lembut dan masukkan bahan perasa


Nota 1: Makan paceri pun sedap dengan ikan masin atau telur masin

Nota 2 : Paceri ini dapat juga dijamu pada adik ipar dan biras yang datang untuk tengok2 dapur yang nak dibuat wiring

Wednesday, December 16, 2009

Desa Waterpark

Pada hari Ahad lepas kitaorang pergi ke Desa Waterpark..sebenarnya acara ini tak dirancang...HD kata ada orang datang kilang jual kupon masuk ke Desa Waterpark...kena bayar RM30 dan dia bagi la kupon2 tu..ada banyak...so kupon tu adalah kupon bayar 1 percuma satu untuk 1 kupon....senang crita CS dengan HD bayar RM20, Haikal ngan Aiman RM 14 dan bebudak kecik free...rasa cam murah la kan...tapi bila kira2 dah bayar RM30 tu cam sama je mahalnya...sebab bukan nak datang slalu pun and validity pun sampai Jun je..tapi tengoklah kalau family CS datang masa cuti tahun baru cina dalam bulan Februari nanti mungkin boleh bawa diorang ke sini

Seronok ke? Eiii..seronok la bermain2 air..mula2 tu CS cam segan2 je nak mandi..yela dengan Aidit tu rasa cam susah lak nak mandi..pastu terpercik sikit dengan orang lari2 kat tepi air...lepas tu? Haha...dengan T-shirt tebalnya CS pun berenang masuk gak dalam air..Aidit pun sama ...baju siap ada kolar..sebabnya memang tak plan nak mandikan dia..mula2 main2 kat tepi 'pantai' ni...lepas tu pergi simpan handphone dalam locker dan kami pun menjelajah la pelosok Desa Waterpark ni...gelongsor pun CS masuk gak dengan si Aidit..hakhak...

Ada gak satu peristiwa tak best....mula2 HD dengan bebudak naik gelongsor dulu...lepas tu tak tau diorang turun kat mana dan kitaorang terpisah..CS dengan Aidit pun membawa la diri...sambil main2 air sambil mata cari 4 beranak yang hilang dari pandangan...lama gak la, sampai CS risau camana nak balik kalau tak jumpa2...


Setelah puas mencari dan CS pun dah dapat naik buaya barulah nampak kelibat diorang..tapi masa tu diorang tak nampak CS...nampak gaya macam HD mencari2 jugak la...pastu diorang duduk di tangga mengadap air yang mengalir cam sungai..CS pun datang dan duduk perlahan2 kat belakang diorang..hehe..pastu Haikal pandang belakang dan terkejut "Eh! Ibu!!!..."









Nota 1 : Penangan Kenangan paling tak best sampai kini adalah kena gatal2 kat badan..eeiii!! kotor ke air dia ek?


Monday, December 14, 2009

Basikal Baru Anis







Anis dapat basikal baru.... abang2 dia loceng je dapat baru, basikal masih yang lama...HD belikan sorang satu loceng harga RM3 sebutir...tapi nampaknya Anis lebih suka bawak basikal lama dia sebab yang tu rendah sikit dan dia boleh boleh tolak kaki..(Anis lum pandai kayuh lagi)..Kalau naik yang lama Aidit boleh tumpang sekaki atau sorong dari belakang..



Sunday, December 13, 2009

Renovation Works



 Bahagian Depan -Sebelum (Jarak Dekat)




 Depan - Jarak jauh sikit




 Bahagian dapur - sebelum diapa-apakan




Ni la gambar terkini rumah yang sedang under renovation...dia naikkan dinding dulu..pastu baru pecahkan yang asal..hiiii!!!mesti berterabur keadaan rumah nanti


 Nota 1 : Nak siapkan ni 2 bulan jugak tu..lamanya..


Saturday, December 12, 2009

Roti Celup Telur


Ni pun antara menu yang disukai kanak2 di rumah ni...tapi kena pastikan ada roti la kat rumah and masih cukup untuk dimakan beramai2..kalau satu dua keping je nanti berebut lak kan...

Resepi dia....
  • Roti
  • Planta
  • Telur
  • Garam
1. Pecahkan telur..hehe
2. Campur garam sikit
3. Sapu roti dengan planta
4. Potong roti jadi 4
5. Goreng atas kuali leper
6. Makan dengan sos!!

Nota 1 : Makan panas2 memang sedap
Nota 2 : Makan dengan jem strawbery boleh juga




Friday, December 11, 2009

Convo Aiman - 5 Tahun

Konvo Aiman dibuat di Kompleks 3C Subang Jaya...sama tempatnya dengan Haikal convo dulu...CS nak upload gambar tapi cam biasalah mesti ada masalah..tak tau nape..ada masa senang..ada masa susah sangat...nantilah CS akan upload gambar-gambarnya..




Tiap2 kali konvo anak, mesti dukung baby...sebelum ni dukung Anis, tahun ni dukung Aidit lak...

Macam nak menunjuk2 lak ni Anis ni kasut Crocs dia...




 Haikal kalau jadi cameraman mesti senget2 gambonya...

 
 
Aiman's presentation : Nasyid sambil berlawak...dia asyik goyang2 dan bukak mulut luas2 ..semua orang ketawa tengok dia...CS je geleng kepala..ish..ish..ish..anak sapa la ni..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...