Followers

Monday, July 26, 2010

Why They Lie?

Semalam CS ada di Segamat... cuba nasib nak makan durian kat kampung..malangnya dah abiss...sebab abang CS cakap memang ada sikit je dan banyak ditebuk tupai pun...jadi untuk hilangkan kempunan HD singgah di depan masjid ...kat situ ada orang berkopiah yang jual durian..mungkin atas dasar kepercayaan dan nak cepat HD percaya je cakap orang tu bahawa semua durian tu ok...dari luaran memang ok, takde kena tebuk...tapi nak kopek sikit punya liat...dah tu paling mengecewakan semuanya mentah rasanya 20% jer boleh makan..itupu yang isi nipis2 je....
 
CS kesian dekat budak2 ni (anak sendiri dan anak saudara) yang setia menanti ..hai!!! kenapalah macam gitu punya perangai manusia... mereka tentu lebih arif tentang durian tu... kami ni lain la..sesekali je pegang durian...adakah kepuasan bagi mereka dapat wang dengan kekecewaan orang lain...Ya Allah jauhkanlah kami dari sikap mementingkan diri seperti mereka..

Nota 1 : Dah beberapa kali terkena , tapi tetap terkena lagi...

Sunday, July 11, 2010

Ikan Siakap Stim + Terubuk Bakar

Ini menu semalam...siakap stim dan terbuk bakar..memang puas hati lah...siakap tu sesuai untuk budak ni makan, sebab tak banyak duri (?) ..HD kata tulang ya...resepi siakap stim ni adalah seperti berikut :
Bahan-bahannya : 
  • Ikan siakap
  • Asam limau
  • Asam boi putih
  • Serai
  • Halia
  • Tomato
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili api + cili merah
  • garam
Cara membuatnya : Semua bahan di atas dihiris nipis dan digaulkan, pastu tabur atas ikan dan dikukus...bila ikan dah agak masak , tuang sikit air panas supaya ia berkuah sikit...hmmm..sedap dimakan panas2...
Terubuk bakar lagi senang...lumur dengan garam dan kunyit...pastu bakar la..CS buat 2 versi satu dalam aluminium foil, satu lagi bakar direct....yang bungkus tu CS yang request ya..sebab suka dia lembab sikit...tapi memang leka la memakannya maklumler kena berhati2 supaya tak tercekik duri @ tulang...:)

Sambal pencicahnya pula CS buat camni
  • Kicap manis
  • Asam limau
  • Cili api
  • Bawang merah
  • Tomato
  • Garam 
  • Gula

Nota 1 : Kalau la hari2 ada orang bagi siakap free best nih, ...siakap ni pekerja HD yang dapat masa memancing
Nota 2 : Sedang berangan2 kalau lah ada pengukus yang besar mesti lebih menyelerakan  ikan tu dipandang..sekarang ni guna rice cooker je..kena la potong dua ikan tu...

Saturday, July 10, 2010

Demam Bola

Dalam sibuk2 orang besar demam dengan bola, budak2 kecik kat rumah ni pun demam juga...perangai Ahmad Haikal ialah kalau dia nak sesuatu barang tu mesti mulut dia akan sebut2 sepanjang masa nak bagi peringat supaya belikan...ibu dengan ayah dia yang pening fikirkan nak pergi cari kat mana...kalau boleh nak cantik dan murah la kan...

So yang Haikal rengekkan adalah kasut bola dan bola sepak la...masa cari kat Seri Kembangan tak ada kasut saiz kecil yang muat kaki budak berdua ni..harga pun mahal...jadi masa balik Segamat hari tu ambil peluang la cari kasut bola tu ..Alhamdulillah dapat juga kasut yang cantik dan ada saiz untuk diorang..
Masalahnya sekarang adalah..bila dah dapat benda2 ni, sekejap je mainnya pun..lepas tu tersadai jer kat rak kasut tu...




Nota 1 : Nasib baik Aidit lum pandai nak mintak2 lagi...kalau tak harus nak cari untuk dia pulak..

Friday, July 9, 2010

Aidit Belum Pandai Cakap

Sekarang umur Aidit dah setahun 8 bulan..tapi dia belum nak berapa bercakap...kadang2 nak ajar bercakap dia marah kita balik...hmmm...kalau dia tengok Ultraman boleh pulak dia ikut gaya aksi kat tv tu ...tapi kat mulut dia keluar perkataan kok! kok!...

Tetapi walaupun dia tak pandai bercakap lagi dia boleh faham apa kita cakap..kalau CS kata bukak tv tengok kartun dia akan pergi kat tv tekan suis..atau CS suruh ambil bantal dia pun faham dan masuk bilik untuk ambil bantal...

Tetapi ada satu perkara yang CS tak suruh tapi dia akan buat..terharu CS jadinya...iaitu bila CS habis sembahyang dia akan panjat rak dan ambil Quran (yang ada terjemahan) atas tv dan beri pada CS...CS memang tak pernah suruh dia ambil pun , bahkan masa pertama kali dia nak ambik CS pun pelik apa dia terkial2 sangat nak panjat rak tu..rupa2nya nak ambik kan Quran walaupun dia berisiko jatuh tersemban ke lantai waktu nak turun rak tu.. CS tak ambil gambar dia lagi nantilah bila CS dah tangkap CS akan upload kan ek?

Wednesday, July 7, 2010

Taman Teman

Ini bukan Taman Teman lagu Siti Norhaliza...tapi inilah 'taman teman' (ikut gaya orang Perak bercakap ya)...sangat kecik tempatnya tapi nak juga tanam w/pun pokok tu cam tak suka nak hidup subur...nape cam panas je tangan ni kalau menanam..mesti tak menjadik...rasanya dulu2 zaman kat kampung semua yang CS tanam boleh hidup..hmmm tak tau ler ngape...

Monday, July 5, 2010

Weekend Yang Full

Hujung minggu yang baru berlalu padat dengan program...hari Jumaat ambil report card Haikal...hari Sabtu ada aktiviti memanjat bukit di Ulu Yam...Ahad pula ada sport day di sekolah Aiman...hmmm...antara ketiga2nya yang paling penat mestila acara panjat bukit tuh....dah tua2 ni dah dah larat rasanya nak memanjat lagi...cam rasa nak give up pun ada..tapi tetap teruskan sampai habis...

Antara pengalaman yang dikutip masa memanjat tu adalah tengok pacat..CS tak kenal pacat sebenarnya..nasib baik tak kena gigit sebab awal2 dah pakai stokin kat luar seluar...pastu makan buah hutan dan minum air akar...

Nota 1 : Sampai bawah semula dapat la makan durian..hmm tak lah hebat sangat tapi dapatlah rasa durian free..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...