Followers

Friday, July 9, 2010

Aidit Belum Pandai Cakap

Sekarang umur Aidit dah setahun 8 bulan..tapi dia belum nak berapa bercakap...kadang2 nak ajar bercakap dia marah kita balik...hmmm...kalau dia tengok Ultraman boleh pulak dia ikut gaya aksi kat tv tu ...tapi kat mulut dia keluar perkataan kok! kok!...

Tetapi walaupun dia tak pandai bercakap lagi dia boleh faham apa kita cakap..kalau CS kata bukak tv tengok kartun dia akan pergi kat tv tekan suis..atau CS suruh ambil bantal dia pun faham dan masuk bilik untuk ambil bantal...

Tetapi ada satu perkara yang CS tak suruh tapi dia akan buat..terharu CS jadinya...iaitu bila CS habis sembahyang dia akan panjat rak dan ambil Quran (yang ada terjemahan) atas tv dan beri pada CS...CS memang tak pernah suruh dia ambil pun , bahkan masa pertama kali dia nak ambik CS pun pelik apa dia terkial2 sangat nak panjat rak tu..rupa2nya nak ambik kan Quran walaupun dia berisiko jatuh tersemban ke lantai waktu nak turun rak tu.. CS tak ambil gambar dia lagi nantilah bila CS dah tangkap CS akan upload kan ek?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...