Followers

Wednesday, July 27, 2011

Anis vs Aimi

Anis memang sayang Aimi
Buat masa ni la
Sementara Aimi lum pandai rebut barang
Anis selalu mintak nak dukung baby
Yang mana CS tak bagi
Sebab Anis tak kuat lagi
So untuk tak selalu menghampakan Anis
Bagi la peluang baby duduk atas riba dia

Monday, July 25, 2011

Bubur Durian

Hari ni CS tak sekolah
Sebab hari ni cuti ganti
Sempena larian merentas desa

Lepas hantar Haikal & Aiman pergi sekolah
HD ada bawak balik kacang hijau dengan santan
Maknanya projek buat bubur akan berjalan
Kat peti sejuk pun ada durian lagi

Cara CS buat bubur durian adalah:
1. Kacang hijau direndam dulu 1-2 jam
2. Rebus kacang hijau hingga empuk
3. Masukkan gula kabung, gula pasir dan secubit garam
4.Masukkan durian
5.Masukkan santan
6.Siappp!! Nyum..nyum sedaaaappp!!

Saturday, July 23, 2011

Tengok Bola

Haikal yang berbaju biru tapi sokong kuning

Diorang pegi stadium untuk tengok bola
Diorang tu bermaksud HD, Haikal & Aiman
Lepas sekolah terus je pegi stadium
Tinggallah kami ; CS,Anis, Aidit & Aimi kat rumah

Tapi yang kelakarnya
Bila HD cerita
Aiman boleh lak tidur 
Dalam keadaan orang bersorak2
Hmmm...Aiman, Aiman..

Friday, July 22, 2011

Aidit vs Anis

Aidit tengah nangis sebab marahkan kakak
Aidit dan Anis agak2 sebaya
Anis lahir Mei 2007
Aidit pulak November 2008
So diorang ni sama naik je perangainya

Suka bergaduh
Dan rebut barang
Aidit dah tentu adik
Mestilah dia kena menang
Terutamanya dengan tangisan dia
Anis pulak belum layak jadi kakak
Sebab tu dia pun nak menang jugak

Paling Aidit nak menang sekali ialah
Dia nak jadi yang pertama dalam segala hal
Nak pertama masuk kereta
Nak pertama masuk rumah
Nak pertama bukak pintu pagar

Masalahnya...
Anis pun ada naluri nak jadi pertama jugak
Hasilnya?
Akan adalah tangisan dan marah-marah dari mulut Aidit
"kakaaaaakkkkk!!!!!!"
"kakakk niiiiii...!!!

Gambar kat atas tu membuktikan
Aidit tengah sakit hati 
Sebab Anis dah bukak pintu pagar depan
Lepas turun dari kereta...

Walaupun marah tetap kiut
Dengan cermin mata tu
Walaupun dia marah jugak kena ambik gambar
Oleh HD yang suka menyakat
CS pun tumpang gelak gak
Bila tengok dia silang tangan dan duduk kat depan pintu tu
Sambil marah2 kakak...

Tiap-tiap hari
Masa ambik kat taska 
Pun sama jugak
Kadang kelakar tengok Aidit lari cam sprinter
Sebab nak sampai dulu kat kereta
Kadang Anis menyakat jugak
Dia pun lari cuba potong Aidit

Dan Aidit lak
"kakaaaaakkkkk!!!!!!"
"kakakk niiiiii...!!!

CS nak marah pun tak boleh dah
Takkan hari2 nak marah
Tengok je la gelagat diorang tu
Sambil geleng2 kepala...
Dan bagitau Aidit
"Aidit!!Jangan lari...nanti jatuh"


Monday, July 11, 2011

Balik kampung...

Minggu lepas balik Segamat
Best ooo... balik kampung ni
Dapat hilangkan stress sekejap
HD pun mesti hepi sangat2
Sebab dapat pancing ikan besar 
Dekat sungai kat rumah CS
Kakak ipar CS siap masakkan kari lagi
Senyum sampai ke telinga tu...
Bila balik sini 
Tup..tup nampak gambar Aimi kat facebook
E-eh...sejak bila Aimi ada facebook nih?
Oh..anak sedara CS yang masukkan rupanya...
CS pun cilok la gambar ni ..
Apsal bila CS amik gambar dia tak putih pun??


Nota 1 : Errk...Aimi pinjam bantal bucuk sape tu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...