Followers

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru

Hari ni di sekolah CS ada sambutan hari guru...di sini CS ingin menyampaikan ucapan terima kasih CS pada guru2 yang pernah mengajar CS suatu ketika dahulu.
1. First untuk cikgu sekolah rendah yang pernah berjasa memberi tunjuk ajar pada CS dan sanggup beri kelas tambahan waktu malam hingga akhirnya CS dapat 5A dalam UPSR  (tahun 1987) dan  atas saranan guru CS dapat pula masuk SM Sains Johor.
2. Secondly pada guru2 sekolah menengah iaitu SMSJ Kluang. Di sini lah CS bertungkus lumus belajar dan survive hingga ke akhirnya hingga mendapat 13 Aggregat dalam SPM (tahun1992).  
3. Dengan berbekalkan sijil SPM itulah CS mengorak langkah masuk Matrikulasi UKM di Sekolah Tengku Muhamad Faris Petra. Terima kasih juga pada guru2 yang mengajar walaupun masa tu tak perform sangat..tak tau kenapa..duduk kelas hujung jadi tak pandai lak...Masa tu ambil Matriks Sains Ekonomi

4. Terima kasih juga pada cikgu matrikulasi di Kuala Pilah. Masa tu kelas KK13... pun masa tu rasa tak pandai jek, sebab kelas lain pure sains , kelas lain ada Biologi tapi kelas CS tukar dengan Ekonomi...yang lain subjek Fizik, Kimia, B.Inggeris dan Matematik..tapi dari situ CS mengorak langkah pula ke UKM dan masuk ke Fakulti Pengurusan Perniagaan yang CS perasan gah dapat masuk fakulti bussines...

Waktu tu dah perasan bakal kerja dengan kompeni besar2...last2 selepas CS merasa kerja sebagai kerani akaun dan eksekutip akaun, rupa2nya CS tak tahan duduk di bidang tu lama2...CS cepat bosan dengan environment dan kerja yang sama tiap2 bulan...

5. CS belajar lagi kat Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit ...tahun 2001...jadi la cikgu pulak...hmm sekarang dah 8 tahun CS jadi cikgu...walaupun ada ketensionan tetap ada kepuasan kerana dapat mencurah bakti kepada masyarakat...juga dapat kenal ramai orang dan pelajar bersilih ganti... 
Inilah hadiah hari guru yang CS dapat di sekolah hari ni.

Nota 1 : Sekarang sedang menunggu hari nak jamuan makan di Hotel CyberView...23hb ni..CS mungkin bawa Haikal, Aiman & Anis...Aidit tinggal kat taska sekejap, HD ada futsal sebab tu dia tak dapat jaga Aidit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...