Followers

Thursday, September 2, 2010

Surah Amalan Semasa Mengandung

CS nak kongsikan surah -surah yang elok untuk dibaca semasa pregnant ni..Mungkin semua orang pun patut amalkannya untuk mendapat zuriat yang baik..sebab CS kadang rimas juga tengok budak yang hiper hingga tidak boleh dikawal, melawan ibu masa masih kecil lagi (bukanlah lawan cakap tapi jelir lidah, tunjuk penumbuk masa dimarah ataupun tidak peduli langsung larangan ibu bapa)

Surah yang CS amalkan adalah seperti berikut:-
1. Surah Al-Baqarah - Semoga mendapat keberkatan sepanjang mengandung dan bersalin nanti
2. Surah Yusof - Mudah-mudahan dapat anak yang cantik,bijak dan sempurna
3. Surah Maryam - Semoga diberi kekuatan seperti Maryam semasa melahirkan nanti
4. Surah Luqman- Semoga mendapat anak yang baik, beriman dan mendengar kata
5.Surah Yassin-Mendapat fadhilat daripada surah yang mulia ini
6. Surah Taubah-Semoga Tuhan ampunkan dosa2 dan kurangkan kesakitan semasa nak bersalin

Setakat mengandung 5 kali ni, InsyaAllah inilah surah yang CS amalkan..walaupun bukan baca hari2 tapi CS akan pastikan seminggu 2-3 kali membaca surah ini...Alhamdulillah berkat bacaan surah2 ini CS mendapat zuriat yang sempurna , baik dan mendengar kata, (bukanlah dengar sangat- biasalah budak)..tapi sekurang-kurangnya mereka tidak hiperaktif hingga tidak boleh dikawal..

Nota 1 : CS kalau bersalin memang senang, pagi pergi sekolah, petang pukul 4.30 dah beranak..
Nota 2 : Masa bersalin Haikal je susah..sebab anak sulung kot..
Nota 3 : Diorang ni paling suka mintak izin kalau nak buat apa2..nak tengok tv, main kat luar, main komputer, sampaikan CS pun tak terlayan..dah kalau nak kencing pun siap cakap ,"Ibuuu, May I go to toilet?"( Ni Aiman yang selalu buat sebab dah terbiasa mintak izin kat teacher)..tapi bagus juga mintak izin takdelah CS tak tau apa diorang nak buat..
Nota 4 : Paling tak tahan lagi, buat salah pun bagitau..tu saja nak buat CS marah je la kan...ni Anis selalu buat "Ibuuu, Anis kacau Aidit"..
Nota 5 : Banyaknya nota...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...