Followers

Saturday, July 10, 2010

Demam Bola

Dalam sibuk2 orang besar demam dengan bola, budak2 kecik kat rumah ni pun demam juga...perangai Ahmad Haikal ialah kalau dia nak sesuatu barang tu mesti mulut dia akan sebut2 sepanjang masa nak bagi peringat supaya belikan...ibu dengan ayah dia yang pening fikirkan nak pergi cari kat mana...kalau boleh nak cantik dan murah la kan...

So yang Haikal rengekkan adalah kasut bola dan bola sepak la...masa cari kat Seri Kembangan tak ada kasut saiz kecil yang muat kaki budak berdua ni..harga pun mahal...jadi masa balik Segamat hari tu ambil peluang la cari kasut bola tu ..Alhamdulillah dapat juga kasut yang cantik dan ada saiz untuk diorang..
Masalahnya sekarang adalah..bila dah dapat benda2 ni, sekejap je mainnya pun..lepas tu tersadai jer kat rak kasut tu...




Nota 1 : Nasib baik Aidit lum pandai nak mintak2 lagi...kalau tak harus nak cari untuk dia pulak..

Friday, July 9, 2010

Aidit Belum Pandai Cakap

Sekarang umur Aidit dah setahun 8 bulan..tapi dia belum nak berapa bercakap...kadang2 nak ajar bercakap dia marah kita balik...hmmm...kalau dia tengok Ultraman boleh pulak dia ikut gaya aksi kat tv tu ...tapi kat mulut dia keluar perkataan kok! kok!...

Tetapi walaupun dia tak pandai bercakap lagi dia boleh faham apa kita cakap..kalau CS kata bukak tv tengok kartun dia akan pergi kat tv tekan suis..atau CS suruh ambil bantal dia pun faham dan masuk bilik untuk ambil bantal...

Tetapi ada satu perkara yang CS tak suruh tapi dia akan buat..terharu CS jadinya...iaitu bila CS habis sembahyang dia akan panjat rak dan ambil Quran (yang ada terjemahan) atas tv dan beri pada CS...CS memang tak pernah suruh dia ambil pun , bahkan masa pertama kali dia nak ambik CS pun pelik apa dia terkial2 sangat nak panjat rak tu..rupa2nya nak ambik kan Quran walaupun dia berisiko jatuh tersemban ke lantai waktu nak turun rak tu.. CS tak ambil gambar dia lagi nantilah bila CS dah tangkap CS akan upload kan ek?

Wednesday, July 7, 2010

Taman Teman

Ini bukan Taman Teman lagu Siti Norhaliza...tapi inilah 'taman teman' (ikut gaya orang Perak bercakap ya)...sangat kecik tempatnya tapi nak juga tanam w/pun pokok tu cam tak suka nak hidup subur...nape cam panas je tangan ni kalau menanam..mesti tak menjadik...rasanya dulu2 zaman kat kampung semua yang CS tanam boleh hidup..hmmm tak tau ler ngape...

Monday, July 5, 2010

Weekend Yang Full

Hujung minggu yang baru berlalu padat dengan program...hari Jumaat ambil report card Haikal...hari Sabtu ada aktiviti memanjat bukit di Ulu Yam...Ahad pula ada sport day di sekolah Aiman...hmmm...antara ketiga2nya yang paling penat mestila acara panjat bukit tuh....dah tua2 ni dah dah larat rasanya nak memanjat lagi...cam rasa nak give up pun ada..tapi tetap teruskan sampai habis...

Antara pengalaman yang dikutip masa memanjat tu adalah tengok pacat..CS tak kenal pacat sebenarnya..nasib baik tak kena gigit sebab awal2 dah pakai stokin kat luar seluar...pastu makan buah hutan dan minum air akar...

Nota 1 : Sampai bawah semula dapat la makan durian..hmm tak lah hebat sangat tapi dapatlah rasa durian free..

Wednesday, June 30, 2010

Mancis VS Munchy's

Cuba baca dialog anak-beranak berikut :-
HD : Abang! Cepat buat kerja sekolah tu...
Haikal : Ayaaah, camana nak hilangkan ngantuk?
HD : Abang letak mancis kat mata...(sambil tangan buat demo )
Aiman : Nanti tikus gigit mata abang..
HD : Kenapa tikus gigit pulak?
Aiman : Abis letak Munchy's kat mata..
HD : ???????????....

Nota 1 : Agaknya dalam vocabulary Aiman takde perkataan mancis, sebab ayah dia guna lighter, sebab tu bila sebut mancis, dia ingat biskut Munchy's...hai! takkan nak letak biskut kat mata Aiman oiii!!...

Monday, June 28, 2010

Durian

Dalam perjalanan antara Tangkak dan Segamat, ada banyak orang jual durian...heheh..bebudak ni pun pandai nak relate dengan Geng Upin Upin..alaa kampung Durian Runtuh tu ...so on the way balik KL beli la juga ...sekilo RM4.50..setakat yang dah dimakan, semua isinya sedap dan takde yang busuk...nyum2

Gerhana Bulan

CS rasa pengalaman balik Segamat kali ni adalah yang paling istimewa..sebabnya? Sebab CS berpeluang melihat gerhana bulan dari awal ia berlaku hingga tamat sebab masa tu CS memang dalam perjalanan dari Seri Kembangan ke Segamat..bayangkan dari lepas Maghrib sampailah pukul 9 malam CS tak lepas2 dari memandang ke arah bulan tu ambil kagum dengan keindahannya..

Mulanya CS tak tau pun gerhana sedang berlaku..tapi CS dapat rasakan ada sesuatu yang pelik sebab saiz bulan tu yang sepatutnya saiz bulan mengambang penuh, tapi kenapa berbentuk bulan sabit...lagi satu CS kagum sebab CS dapat lihat bulan tu macam sebuah planet lain yang berbentuk sfera kesan dari bayang gerhana itu..Masya Allah!!! cantik dan indah sungguh...
Tetapi CS pun tak pasti sangat adakah itu gerhana kerana 'partner' sebelah tak setuju..CS pun terus melihat ke arah bulan itu dan dapat rasakan bayang hitam semakin berkurang..hinggalah sampai ke Segamat dalam pukul 9 malam, bayang hitam lansung sudah hilang..maka yakinlah CS bahawa gerhana bulan sedang berlaku..bertuah rasanya kerana CS dapat menyaksikannya dari awal hingga akhir....bila sampai rumah, abang CS pun cakap ada buat sunat gerhana bulan..makin yakinlah CS bahawa CS tak silap...
Gambar ni bukan CS yang ambik..tapi memang beginilah keadaannya semalam dan paling istimewa ialah ada lingkaran halus di bahagian yang gelap memberikan bentuk sfera bulan...Subhanallah!!

Nota 1 : Pengalaman balik ke Segamat memang indah, balik sini semula yang tak indah ...ada beberapa siri accident yang dapat dilihat dan ia berlaku beberapa saat saja di depan kami dan ianya menyelamatkan kami dari terlibat dalam kesesakan jalanraya yang semestinya berlaku selepas kami berlalu...
Nota 2 : Kemalangan itu walaupun ada banyak tapi rasanya takde kemalangan maut..hanya hentam-menghentam dari belakang..terkemek2 kereta tu semuanya..yang penting kami terselamat..Alhamdulillah..walaupuuuun nyaris2 jugak la terlibat sama, nasib baik HD ada ruang nak lari ke bahagian lorong tengah, kalau tidak cium jugak la kereta di depan yang memperlahankan ketanya agak mendadak kerana kemalangan yang berlaku di depannya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...