Followers

Monday, June 28, 2010

Gerhana Bulan

CS rasa pengalaman balik Segamat kali ni adalah yang paling istimewa..sebabnya? Sebab CS berpeluang melihat gerhana bulan dari awal ia berlaku hingga tamat sebab masa tu CS memang dalam perjalanan dari Seri Kembangan ke Segamat..bayangkan dari lepas Maghrib sampailah pukul 9 malam CS tak lepas2 dari memandang ke arah bulan tu ambil kagum dengan keindahannya..

Mulanya CS tak tau pun gerhana sedang berlaku..tapi CS dapat rasakan ada sesuatu yang pelik sebab saiz bulan tu yang sepatutnya saiz bulan mengambang penuh, tapi kenapa berbentuk bulan sabit...lagi satu CS kagum sebab CS dapat lihat bulan tu macam sebuah planet lain yang berbentuk sfera kesan dari bayang gerhana itu..Masya Allah!!! cantik dan indah sungguh...
Tetapi CS pun tak pasti sangat adakah itu gerhana kerana 'partner' sebelah tak setuju..CS pun terus melihat ke arah bulan itu dan dapat rasakan bayang hitam semakin berkurang..hinggalah sampai ke Segamat dalam pukul 9 malam, bayang hitam lansung sudah hilang..maka yakinlah CS bahawa gerhana bulan sedang berlaku..bertuah rasanya kerana CS dapat menyaksikannya dari awal hingga akhir....bila sampai rumah, abang CS pun cakap ada buat sunat gerhana bulan..makin yakinlah CS bahawa CS tak silap...
Gambar ni bukan CS yang ambik..tapi memang beginilah keadaannya semalam dan paling istimewa ialah ada lingkaran halus di bahagian yang gelap memberikan bentuk sfera bulan...Subhanallah!!

Nota 1 : Pengalaman balik ke Segamat memang indah, balik sini semula yang tak indah ...ada beberapa siri accident yang dapat dilihat dan ia berlaku beberapa saat saja di depan kami dan ianya menyelamatkan kami dari terlibat dalam kesesakan jalanraya yang semestinya berlaku selepas kami berlalu...
Nota 2 : Kemalangan itu walaupun ada banyak tapi rasanya takde kemalangan maut..hanya hentam-menghentam dari belakang..terkemek2 kereta tu semuanya..yang penting kami terselamat..Alhamdulillah..walaupuuuun nyaris2 jugak la terlibat sama, nasib baik HD ada ruang nak lari ke bahagian lorong tengah, kalau tidak cium jugak la kereta di depan yang memperlahankan ketanya agak mendadak kerana kemalangan yang berlaku di depannya..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...