Followers

Friday, December 25, 2009

Tembok Dinding


Sekarang ni renovation giat dilakukan pada bahagian depan...diorang naikkan tembok dinding..adalah privacy sikit lepas ni..takdelah CS terkejut2 bila bukak pintu and ada orang terjengul kat pagar...sebab selalu je ada orang tanya pasal rumah untuk disewa...apatah lagi kiri kanan rumah CS memang takde orang duduk..bukan setakat kiri kanan je...3 - 4 biji buah rumah di dua2 belah takde orang..tapi yang CS tau rumah tu memang belum dijual oleh pemaju..sebabnya? CS tak tau lak...so tak tau la sampai bila akan dapat jiran sebelah rumah..

Thursday, December 24, 2009

Bertungku


Hehe...CS saja je nak kongsi pasal bertungku ni ...maklumla anak dah 4...pengalaman tu lebih sikit la dari orang yang belum beranak...batu ni ada duk bawah katil lepas guna masa berpantang Aidit..actually adik ipar punya , CS pinjam sat..sekarang ada sorang lagi adik ipar yang pregnant so CS pass kat dia lak...

Apa kebaikannya ek? Apa yang CS tau ialah ia dapatlah keluarkan angin2 dalam badan tu...sebab bila kita tuam kat badan kita urat2 tu kembang la sikit so angin pun boleh keluar dan aliran darah jadi lancar...


Pastu bila tungku kat perut dia dapatlah keluarkan saki baki darah yang mungkin dah membeku kat dalam rahim..(I found it true!!) ...lagi satu dapat gak pecahkan lemak kat perut dan kecutkan rahim...


Hmmm..mana lebih baik lak yang batu ni or herba? Err..ni pendapat peribadi la ya..CS rasa yang batu lagi baik..sebab dia mampu simpan haba lebih lama...sebab kita perlukan kepanasan tu untuk tuam kat badan kita...kalau dia tak simpan haba lecehlah sikit selalu kena panaskan balik tungku tu..


Mana nak dapat benda ni? boleh dapat kat nurseri jual perhiasan taman...kalau dapat cari kat sungai pun ada kot...besar ke kecik lebih baik? CS rasa janganlah besar sangat nanti tangan yang lenguh dan tak larat nak angkat..maklumla dalam pantang kan tak boleh angkat berat2...


Bila pulak nak tungku? Lepas mandi atau sebelum mandi?..sebaiknya lepas mandi..cuba imagine kalau kita buat sebelum mandi..lepas kita dah kembang2kan urat tu tiba2 kita mandi mesti dia kecut balik...tak jadi angin tu nak keluar...

OKlah itula rasanya ilmu yang dapat CS kongsikan ya... 

Nota 1 : Lebih baik lapik daun mengkudu semasa balut batu tu sebelum dibungkus dengan kain..
Nota 2 : Kalau takde daun mengkudu lapik je la dengan surat khabar..kalau tak lapik kang perut lak yang terbakar..hikhik

Wednesday, December 23, 2009

Plaster Dinding


Bahagian dapur dah di plaster & diorang sedang buat table top kat dalam tu..lum pecah lagi la dinding asal..pada masa yang sama diorang dah start naik tiang untuk bahagian depan...sekarang depan belakang dah berpasir ..nak sidai baju pun susah ..so CS sidai dalam bilik je..nak buat camne kan?

Tuesday, December 22, 2009

Kurma Ayam


Sesekali makan ayam masak kurma selera juga nak makan...rasanya ini la first time masak kurma ni..biasa masak lemak kuning je dengan ayam...so mula2 cari rempah dia kat kedai.pandai ke nak masak ni?..nasib baik resepi ada kat pek dia...sama macam masa CS dapat job nak masak sup tulang (hehe..macam dapat tugasan lak)..mula2 cam tak confident gak ...sedap ke nanti..tapi CS follow je resepi kat bungkusan rempah tu dan hasilnya taklah mengecewakan...

Masak kurma ni pun senang je...Bahan-bahan yang kena ada :
  • Ayam
  • Kentang
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Rempah kurma
  • Halia
  • Santan
  1. Mula2 tumis bawang dan halia
  2. Masukkan serbuk kurma yang dibancuh
  3. Masukkan ayam & kentang dan sedikit air
  4. Bila ayam & kentang dah empuk masukkan santan
  5. Letak garam 
  6. Makan dengan nasik

Melepak di Belakang Rumah


Setiap petang bila pekerja2 tu dah balik kitaorang akan duduk2 kat belakang..sambil tengok hasil kerja yang dah siap sambil ambik angin petang..gambar ni Haikal yang ambik sebab tu dia takde..HD lak lum balik lagi

Nota 1 : Tengok Anis nak buat peace masih belum berjaya sebab dia tunjuk 3 jari dia..hehe....




Sunday, December 20, 2009

Ayam Salut Tepung


Resepi ini dicilok (haha!) dari kedai mamak yang kitaorang selalu makan di waktu tengahari pada hari persekolahan...Haikal memang suka ayam goreng dia...so sebelum cuti ari tu CS tanya la orang yang masak tu apa bahan dia guna sebab Haikal suka tepung dia..dia pun bagitau la...tapi mungkin la dia ada rahsia sikit2 ..

So CS beli leher ayam kat Jusco dengan niat nak goreng ala2 mamak tu buat

Bahan-bahan yang digunakan :
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Tepung ubi
  • Halia
  • Bawang merah
Cara membuatnya:
  1. Blend bawang merah dan halia (sikit je jangan banyak sangat)
  2. Bancuh ketiga2 tepung tu...tepung gandum paling banyak, yang lain tu sikit2 je
  3. Tambah garam dan gula sikit
  4. Celup ayam dan gorengkan
Hmmm...hasilnya takdelah 100% sama tapi sedap jugakla...tepung tu rangup je sambil makan dengan nasik...diorang kata sedapp!!hehe..juri awam CS kata sedap maka sedapla tu..hehe...

Nota 1 : Yang mamak tu masak cam warna merah sikit, dia bubuh pewarna ke ek?
Nota 2 : CS dah try goreng ngan cendawan, sedaaapppp...bangat!!tapi CS adjust2 sikit letak serbuk kari sket..heheh..eksperimentasi..


Saturday, December 19, 2009

Ayam Masak Merah


Ntah kenapa CS rasa tiba2 je CS pandai masak sekarang ni..hakhak...perasan!Tapi dah pandai la sikit..diorang pun dok puji sedap...cuti sekolah yang panjang ni dan diorang pun dah pandai makan maka CS pun kenalah hari2 fikir apa nak masak supaya diorang ada selera nak makan..taklah nanti balik taska & sekolah diorang kurus kering lak macam mak dia tak bagi makan..

Ni bukan resepi masak hari ni la..hari ni CS masak kurma ayam..pun sedap gak tapi ceritanya akan dikongsi kemudian..hari ni CS nak cerita la CS masak ayam masak merah..sedap dan best!! Resepi CS seperti berikut:

Bahan-bahannya:

  • Ayam la..
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Sos cili
  • Air asam jawa
  1. Langkah pertama cuci ayam bersih2,pastu goreng la separuh masak dengan kunyit dan garam
  2. Blend cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia
  3. Tumiskan bahan diblend tadi hingga wangi
  4. Masukkan kayu manis,serai dan pelaga, sos cili juga
  5. Masukkan ayam dan sedikit air
  6. Tutup kuali dan biarkan hingga kuah pekat sedikit.
  7. Perasakan..
  8. Makan dengan nasi
Semalam sebenarnya CS masak ketam masak lemak kuning dengan nenas muda..pergh! best ! sampaikan tak sempat nak amik gambar..dah abis dah..tapi kos agak mahal gak sekarang...satu kilo RM18...CS beli 2 kilo, nak bagi puas makan sikit..ate satu kilo dapat empat ekor je, CS beli le 2 kilo dapat 9 ekor...beli nenas RM2..

Tapi CS puas hati dapat tunaikan hajat Aiman sebab dia yang sebut2 nak makan ketam..masa kat pasar borong tu pun dia dah terjerit2 tunjuk ketam setiap kali nampak ketam kat situ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...