Followers

Sunday, October 24, 2010

Bosannya!!!!

Hari ni adalah hari yang agak membosankan....tak tau nak buat apa..w/pun cuaca mendung, nak tidur tak boleh...nak jalan2 malas pulak....(poket pun kosong sebenarnya..)budak2 tengok kartun jer memanjang...kalau diusik tv tu plak nanti diorang wrestling sebab bosan gak tak ada apa nak buat,...hmmmm

Saturday, October 23, 2010

Kenangan Lalu











Entri ini adalah entri mengenang kisah dulu-dulu...memandangkan CS dalam mood nak mem'frame' gambar-gambar nostalgia untuk diletak didinding, CS pun scan dulu untuk disimpan sebagai soft copy nih..Gambar kat atas nih adalah gambar masa CS dan HD masih tunang lagi...darah manis la gitu..tempat ni adalah satu restoran jepun..bos CS yang bangsa Jepun belanja..CS sebenarnya ada pengalaman menarik masa bekerja dulu sebab dapat bos Jepun yang kelakar, talkative dan friendly...selalu gak dia belanja staf makan KFC pada hari Sabtu...

Nak tau apa perbualan pertama kitaorang semasa HD call CS?
Kring! kring!
CS : Hello! S********s Automation.
HD : Hello! Boleh cakap dengan CS
CS : Siapa ni? Joe ke? (waktu tu ada la baru kenal dengan seseorang nama Joe)
HD : Bukan, ni HD.
CS : HD? 
HD : Saya dapat nombor awak dari S****i. (S****i ni ofis mate CS..dia CS dah anggap macam abang sendiri...dah kahwin dah, masa tu terfikir nape la memandai2 jer reckomen nombor CS kat orang lain)

Ituler yang CS betul2 ingat..lepas tu tak ingat  la dialognya...pastu pada petang hari yang sama gak di saat CS tengah menunggang motosikal CS untuk balik ke Kajang, HD tipon lagi...pastu malam tipon lagi....CS masa tu layan jer sebab CS waktu tu pun single and available...keesokkannya bila HD ajak keluar pertama kali CS pun tak menolak..sebabnya nak tau kenapa? sebab CS tak nak ler melayan orang tanpa CS tengok fizikalnya..manalah tau boroi ker rongak ker hehe...

So masa first time nak jumpa tu suspen gak..CS jalan kaki je dari rumah sebab tempat nak jumpa tu dekat je dengan rumah sewa CS...tapi kebetulannya masa CS jalan, tetiba ada gak seorang pempuan berjalan mendahului CS...dia mungkin nak ke kedai la...tapi badan dia besar gak...so masa tu CS pun jalan terus sampai nampak satu van...HD kata nak datang naik van ayah dia..tapi bila CS dekat, kat van tu takde orang...CS pun cari2 la juga...mana pulak HD sembunyi ni? Heheh..tetiba CS dengan machonya pergi ke satu kedai runcit dan bila CS nampak satu lelaki tengah beli air , CS pun tanya dia "HD ker?"..dan HD jawab ya...

Haha..nak tau kenapa HD lari masuk kedai tuh?..dia kata dia ingat perempuan yang jalan depan CS tu adalah CS ...maknanya dia nak lari la tu kan kalau orang tu badan besar@ gemuk..pastu kitaorang pun makan..so masa berbual tu adalah untuk masing2 menilai macamana  keserasian kitaorang  dan penerimaan pada cerita dan idea yang di ceritakan masa tuh...so dapatan yang CS peroleh adalah , "ok jugak..kira boleh layanlah berborak dengan dia, boleh gelak2, takde berlagak sangat, atau asyik nak cerita harta mak bapak dia jer "...tapi hari tu CS berlagak gak..maklumler tak pernah ada boyfriend..makan nak bayar sendiri..konon nak tunjuk la gaji besar waktu tu hehe..riak tul...and the last ayat yang CS rasa HD ada bagi hint sebelum dia balik adalah "Esok kita jumpa lagi ya?"..Maknanya HD pun suka jumpa CS gak kan ..hiii..itulah bermulanya episod hubungan kitaorang..

Nota 1 : To be continue..panjang lagi ceritanya.



Wednesday, October 13, 2010

Aiman Si Manja

Aiman sekarang dah 6 tahun..maknanya tahun depan dah darjah satu... tapi dia suka buat2 pelat kalau bercakap..sekarang ni dia bahasakan diri dia Man Man..contoh ayatnya "Man Man nak susu"

kalau Haikal lak dia panggil Bang Bang dan ayah dia Yayah...yang laen takdelak dia bahasakan...kreatif sungguh dia kan...

Friday, October 1, 2010

Kuat Makan

Sekarang ni CS dah selera makan.... rasanya macam double dari biasa.. masa tengah morning sickness dulu dengan tak seleranya, muntah lagi, puasa lagi, makanya CS punya badan pun dah macam jerangkung....kuruuussss sangat....ramai yang tegur...CS pun nak balik beraya kat kampung pun takut diorang kata CS ni tak di bagi makan...nasib baik seminggu menjelang raya CS dah hilang mabuknya..dapatla beraya sakan..so lepas raya ni dah berisi sikit la muka..takdela cengkung dan gelap...

Masa pergi Pulau Perhentian pun dah minggu kedua raya... dah tak muntah2 ...HD  lak ambil pakej dengan makan skali..makanya tiba time makan je CS layang paling aktif ambik makanan....orang dah berhenti CS kunyah2 lagi..nak cover balik saat2 tak boleh makan sebelum ni...

Nyum2x... anak beranak makan sampai tak sedar gambar kena ambik...

Saturday, September 25, 2010

Bercuti

Salam Aidilfitri,
Lama betul CS tak update kan? Virus kemalasan melanda sekian lama...kali ni CS nak tulis pasal trip pergi ke Pulau Perhentian...ada beberapa pengalaman pertama yang dilalui, inilah kali pertama CS naik kapal terbang..ha jangan tak percaya...gayat je rasanya CS duk atas tu... asyik nak tengok awan jer..pastu bila gegar sikit dan seriau semacam...ini juga pengalaman pertama main2 kat pulau..dulu pernah pergi pulau Langkawi la tapi pi rumah kawan jer...so sangat excited belajar snorkeling sampai tersedak2 air laut  walaupun air tak sampai paras pinggang pun...tapi best main2 dengan ikan belang harimau tu..

 Aidit kena tanam dengan Uncle Cem
 Diorang mandi ramai2 , CS duk atas je amik gambar
 On the way nak ke pulau
 Anis yang terbaring je kena angin

 Nak balik dah...tengok ikan kali terakhir

 Boleh pulak depa main2 dengan burung yang dah mati ni..
 Dalam flight..KLIA- KB
Bye Pulau Perhentian!!! Nak datang sini lagi ke? Err..pulau lain la pulak kot..

Monday, September 6, 2010

Biskut Sarang Semut


Inilah biskut pertama yang CS buat, macam la nak buat banyak jenis kan? Saja je buat syarat..biar bebudak ni rasa sikit suasana nak menyambut raya..dalam planning nak buat 3 kan? yang dah jadi sekarang 2 je..satu lagi cam terbengkalai je..yang kedua dah buat cornflakes madu..yang agak2 tertunda tu popia mini..bukan apa CS dah beli dah kulit popia tapi cam tebal je kalau guna yang paling lebar..bila goreng tak berapa rangup..


Thursday, September 2, 2010

Surah Amalan Semasa Mengandung

CS nak kongsikan surah -surah yang elok untuk dibaca semasa pregnant ni..Mungkin semua orang pun patut amalkannya untuk mendapat zuriat yang baik..sebab CS kadang rimas juga tengok budak yang hiper hingga tidak boleh dikawal, melawan ibu masa masih kecil lagi (bukanlah lawan cakap tapi jelir lidah, tunjuk penumbuk masa dimarah ataupun tidak peduli langsung larangan ibu bapa)

Surah yang CS amalkan adalah seperti berikut:-
1. Surah Al-Baqarah - Semoga mendapat keberkatan sepanjang mengandung dan bersalin nanti
2. Surah Yusof - Mudah-mudahan dapat anak yang cantik,bijak dan sempurna
3. Surah Maryam - Semoga diberi kekuatan seperti Maryam semasa melahirkan nanti
4. Surah Luqman- Semoga mendapat anak yang baik, beriman dan mendengar kata
5.Surah Yassin-Mendapat fadhilat daripada surah yang mulia ini
6. Surah Taubah-Semoga Tuhan ampunkan dosa2 dan kurangkan kesakitan semasa nak bersalin

Setakat mengandung 5 kali ni, InsyaAllah inilah surah yang CS amalkan..walaupun bukan baca hari2 tapi CS akan pastikan seminggu 2-3 kali membaca surah ini...Alhamdulillah berkat bacaan surah2 ini CS mendapat zuriat yang sempurna , baik dan mendengar kata, (bukanlah dengar sangat- biasalah budak)..tapi sekurang-kurangnya mereka tidak hiperaktif hingga tidak boleh dikawal..

Nota 1 : CS kalau bersalin memang senang, pagi pergi sekolah, petang pukul 4.30 dah beranak..
Nota 2 : Masa bersalin Haikal je susah..sebab anak sulung kot..
Nota 3 : Diorang ni paling suka mintak izin kalau nak buat apa2..nak tengok tv, main kat luar, main komputer, sampaikan CS pun tak terlayan..dah kalau nak kencing pun siap cakap ,"Ibuuu, May I go to toilet?"( Ni Aiman yang selalu buat sebab dah terbiasa mintak izin kat teacher)..tapi bagus juga mintak izin takdelah CS tak tau apa diorang nak buat..
Nota 4 : Paling tak tahan lagi, buat salah pun bagitau..tu saja nak buat CS marah je la kan...ni Anis selalu buat "Ibuuu, Anis kacau Aidit"..
Nota 5 : Banyaknya nota...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...