Followers

Sunday, February 27, 2011

New Born Baby

CS dah pun selamat kluarkan baby
pada tarikh 25 Februari
due sepatutnya 28 haribulan
walaupun dah no 5
kesakitan yang tak tertanggung tetap ada
nasib baik nurse yang baik hati dengar rintihan CS
memandangkan kat hospital tu
menderu2 orang datang nak beranak
CS pulak dah tak tentu arah
sakitnya macam CS tak pernah rasa sebelum ni

masuk je labour room
doktor pecahkan ketuban
CS teran 3 kali
keluarlah seorang baby girl
yang memang CS harapkan
untuk jadi kawan Anis
dan kawan CS jugak
bila time kat dapur nanti

Wednesday, February 2, 2011

Banjir di Segamat

Segamat banjir besar lagi!!! CS pulak antara yang sempat melarikan dari banjir itu..sebabnya kitaorang balik sana malam Jumaat ..hari Sabtu hujan on and off tapi malam Sabtu tu hujan memang lebat sepanjang masa...hati memang risau takut terperangkap dalam banjir dan tak dapat melarikan diri memandangkan kali ni balik naik kereta rendah ....so pagi2 lagi selepas sarapan dalam keadaan hujan lebat tu kami pun melangkah meninggalkan Segamat...

Ternyata kerisauan itu berbaloi memandangkan air banjir datang pada waktu tengahari dan adik beradik CS termasuk emak CS pun dah berpindah ke rumah mak mertua masing2....kalau dulu banjir lebih kurang 2 meter dalamnya, kali ni abang CS kata tambah 3 kaki lagi...dahsyatnya...nampak bumbung je la rumah CS tu..

Haikal kata Ustaz kat sekolah dia yang balik Segamat sampai hari ni masih terperangkap kat sana dan tidur dalam kereta ...nasib baik la ustaz tu bujang..


Monday, January 31, 2011

Anis Reject School

Hmm..nampaknya Anis dah tak nak pegi sekolah...menangis beriya2 tak mau pegi..padahal masa bulan 12 ari tu dia yg beriya2 nak beli barang sekolah...dan mulutnya hari2 kata nak sekolah..

Masa minggu awal2 hantar dia menangis masa CS jemput...pastu macam dah tak nangis dah..tapi HD kata pagi2 masa kena tinggal dia menangis lagi walaupun dah dekat sebulan bersekolah...

So keputusan yg kami ambil? Anis lum ready nak sekolah lagi...CS dah call pengetua dia untuk stopkan sekolah Anis.....maka burn la duit register dia...

Nota 1 : Nampaknya angan2 nak sekolahkan Aidit tahun depan pun dah terbatal....tak nak kena lagi camni, apatah lagi Aidit pun masih pelat lagi bercakap...


Saturday, January 15, 2011

Kembali ke Sekolah

Sekarang dah lepas 2 minggu sekolah...Aiman dah masuk darjah 1, Anis dah tadika walaupun baru 4 tahun umurnya...so dalam CS risaukan Aiman yang akan nangis bila masuk sekolah, rupa2nya dia boleh suruh ayah dia balik pulak...manakala Anis yang hari2 sebut2 nak sekolah, untuk beberapa hari bila jemput dia mesti dia tengah menangis tersedu2 ........bila CS tanya kat teacher dia , teacher dia kata Anis tak boleh kena tinggal dek teacher lansung...

CS lak buat masa ni dalam keadaan memboyot ni selalu sakit lutut bila naik kelas yang kat tingkat atas sekali...tapi yang best nya bulan 2 ni nanti cuti panjang lagi...sekarang ni CS sedang menyiapkan lah barang2 baby...sebab yang dulu dah buang2..maklum le dah berapa kali diperturunkan..so untuk yang last ni beli la yang baru....namun walaupun dah 5 4 kali beranak CS masih gak nervous menunggu saat nak melahirkan nanti...almaklumler bukan semuanya sama..

Masa Haikal dulu CS beranak hari Sabtu...HD lum balik kerja dan  CS lak takde pengalaman lagi..bila ada rasa sakit cam kena renjatan karan ,CS drive pergi umah mertua dan ajak pergi HUKM...Aiman lak kuar hari Ahad..masa tu suspen gak sebab tetiba jer rasa sakit yang sekejap2 di pagi hari...CS pun cepat2 la suruh HD mandi ...sebelum pegi sepital kena pulak hantar Haikal kat umah pengasuh...Anis ngan Aidit lak kluar masa hari sekolah...CS pegi sekolah macam biasa ..pastu masa kat sekolah ada la nampak tanda...petang tu jugak beranak...ni yang nombor lima tak tau pulak camana gayanya...harapnya semakin dipermudahkan..kalau nak beranak malam2 susah juga nak handle budak2 ni...

Wednesday, December 8, 2010

Jalan2 ke Langkawi

HD dah set nak pegi Langkawi dan bawa parents dia jalan sekali, CS ok jer, yg penting dapat berjalan dengan anak2 di musim cuti sekolah yg panjang nih..so pakej yg diambil untuk 3h2m untuk kondo apartment, flight dan kenderaan kat sana...so meronda2 la kami di sana selama 3 hari tu sambil membeli beberapa barang...
 Ni masa melawat Galeri Perdana
 Bagi arnab makan sebab boring tak dapat naik kabel car..angin kuat katanya
 On the way nak pegi tengok ikan ,helang & kelawar
 Tengok kelawar tidur
 Kat dataran Lang
 Berposing dengan ular..depa 2 orang jer yg berminat
 Aidit!Tolongla ayah pilih coklat tu...

Nak balik dah masa ni...


Monday, November 22, 2010

Jalan2 ke Melaka

Tetiba je Sabtu lepas CS terada kat Melaka...kenapa CS cakap tetiba? sebab memang takde perancangan nak ke sana pun..tetiba HD call ajak pegi Melaka sebab dia ada mesyuarat kat sana....CS apalagi, pantang orang ajak, ok jer...packing memang terbaikkk punya, cepattt jer siap w/pun satu beg bagasi penuh kena bawak...

So sementara HD bermeetingan bebudak ni mandi-manda lah di Water World kat situ...CS tengok jer, malas lak nak mandi...













Friday, November 19, 2010

Semakin Ramai Orang Tak Jujur

Kebelakangan ni CS asyik dipertemukan dengan orang2 yang x jujur...

Insiden 1: Reverse keta terlanggar lampu signal je tp dia claim sampai 700, kata bumper & lampu besar pecah juga, tapi bila husband mintak tunjuk betul ke ada repair bumper tu tak nak pulak muncul.

Insiden 2 : Pegi jusco, terdengar cashier kata total rm173 padahal cuma rm133, bila bagi rm200 dia diam je & punch rm150 pastu tak return pun 50 tu, bila dah nak pergi tertengok resit dan tanya, baru dia tersengih2 pulangkan lagi rm50..

Insiden 3 : Beli siakap sekor, sotong sikit, udang sikit dah kena rm35, dah cakap kat orang tu mahal, dia kata ikan mahal...pergi dgn rasa x puas hati tapi patah balik sbb bila dah congak2 rasanya harga cuma 25....jumpa orang tu, dia pun pulang rm10..dia kata memang ada cari nak pulangkan.... menipu  tu ada je...
(and semua tu dilakukan oleh orang melayu gak...)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...