Followers

Saturday, January 15, 2011

Kembali ke Sekolah

Sekarang dah lepas 2 minggu sekolah...Aiman dah masuk darjah 1, Anis dah tadika walaupun baru 4 tahun umurnya...so dalam CS risaukan Aiman yang akan nangis bila masuk sekolah, rupa2nya dia boleh suruh ayah dia balik pulak...manakala Anis yang hari2 sebut2 nak sekolah, untuk beberapa hari bila jemput dia mesti dia tengah menangis tersedu2 ........bila CS tanya kat teacher dia , teacher dia kata Anis tak boleh kena tinggal dek teacher lansung...

CS lak buat masa ni dalam keadaan memboyot ni selalu sakit lutut bila naik kelas yang kat tingkat atas sekali...tapi yang best nya bulan 2 ni nanti cuti panjang lagi...sekarang ni CS sedang menyiapkan lah barang2 baby...sebab yang dulu dah buang2..maklum le dah berapa kali diperturunkan..so untuk yang last ni beli la yang baru....namun walaupun dah 5 4 kali beranak CS masih gak nervous menunggu saat nak melahirkan nanti...almaklumler bukan semuanya sama..

Masa Haikal dulu CS beranak hari Sabtu...HD lum balik kerja dan  CS lak takde pengalaman lagi..bila ada rasa sakit cam kena renjatan karan ,CS drive pergi umah mertua dan ajak pergi HUKM...Aiman lak kuar hari Ahad..masa tu suspen gak sebab tetiba jer rasa sakit yang sekejap2 di pagi hari...CS pun cepat2 la suruh HD mandi ...sebelum pegi sepital kena pulak hantar Haikal kat umah pengasuh...Anis ngan Aidit lak kluar masa hari sekolah...CS pegi sekolah macam biasa ..pastu masa kat sekolah ada la nampak tanda...petang tu jugak beranak...ni yang nombor lima tak tau pulak camana gayanya...harapnya semakin dipermudahkan..kalau nak beranak malam2 susah juga nak handle budak2 ni...

2 comments:

ida khairani said...

salam perkenalan,

ANak saya pun 4 thn actually baru 3thn sebulan. last year, gi sekolah suka sangat. thn ni sekolah baru, monyok ja masa hantar. kat rumah ckp 'no' ja masa dok siap2. kesian sangat nk tinggal. aduh.. sekolah tu tak berapa nk fun ka untuk his age.

bila due? terror la anak dah nak masuk 5. anak baru 2 dah terkial-kial nak jaga.

ibusayangkamu said...

To Ida,
Thanx sudi masuk blog usang ni....thats why la pelik kan kadang benda yang berlaku x seperti yg kita jangka..macam CS ingatkan Aiman akan nangis macam abang dia tapi x pulak...dia boleh happy jer balik sekolah...Anis ni yang hari2 cakap nak sekolah & kita pulak dah invest jauh lebih mahal dr abang2 dia, alih2 dia pulak menangis2 x nak pegi sekolah...dilema betul..

tentang anak nak masuk 5 tu, actually itu pun rancangan Tuhan...memang kita rancang untuk belum bersedia nak menambah..tapi kalau dah tiba2 period x dtg, x boleh nak buat apa dah...terima aje lah..nasib baik kami ni jenis suka melayan budak2...so terima seadanya yang Tuhan bagi dan buat terbaik untuk diorang termasuklah ayah dia kena kerja kuat lagi sebab tanggungan dan bertambah...dengan harapan dah tua2 nanti diorang datanglah menjengok bertanyakan sakit pening kita...

p/s : panjang nya CS komen hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...