Followers

Wednesday, December 9, 2009

Sudah Bermula

HD dah nak mulakan kerja2 merenovate rumah ni...diorang dah hantar barang2 tapi kerja2 hanya bermula esok...hmmm nampaknya esok akan ada orang2 asing di sekitar rumah..agak hilang la privacy sekejap..nanti diorang pun tengok CS hadap komputer jek...

CS hadap komputer sekarang ni sebab tengok Facebook, blog dan key in pendaftaran PMR online...baru je ok website dia ..sebelum ni ada masalah..CS belum pun separuh jalan lagi...ambik mood nak mula lambat sangat...



Monday, December 7, 2009

Tempah Baju


Semalam CS ajak HD beli kain pasang di Tewah...sambar 3 pasang, mula2 ingat nak ambik 4 tapi cam tamak je...ituler perangai CS bila membeli...last2 ambik 3 ni dulu..hehe macam nak beli lagi la tu kan? ye lah ada rezeki lain boleh le pegi lagi..sekarang fikir nak tempah pulak kat mana ni? Nak murah tapi berkualiti..

Petang ni kalau tak hujan nak pergi riki kedai jahit baju...tapiiii...mengenangkan nak kena angkut 4 orang ni kadang malas nak gi mana2...





Masak Perut Lembu


Hari ni nak masak perut lembu yang ada dalam peti sejuk ni...ada banyak sebab HD dapat masa korban hari tu...dulu masa kat Segamat CS ada tolong basuhkan masa abang CS bawak balik sikit...tapi tak ingat sebab apa masa tu....cumanya nak kata seksa juga nak mencucinya...

So kali ni HD yang bawak balik so dia lah yang cuci...CS tolong2 sikit je..itupun masa dah putih dah...tau tak cara nak bersihkan? CS baru tau sebenarnya...guna kapur makan...

Rendam lama2 lepas itu senang je nak cuci...kalaulah CS tau dulu kan senang...

Nota 1 : CS tau nak masak lemak cili api je dengan perut ni


Friday, December 4, 2009

Hadiah Dari Hubby

CS baru je menerima hand phone baru dari HD...mekaseh!! taklah mahal mana...CS terima aja.. mula2 HD tanya CS nak yang touch skrin ke? Bila pikir2 susah plak nak menekan2 ni... so masa kat The Mines HD beli dua satu untuk dia dan satu untuk CS

HD ambil Nokia, CS dapat Sony Ericsson ni ..model G705 





Sup Cendawan


Hari ni CS masak sup cendawan tuk makan tengah hari... simple2 je..lagi pun budak2 ni je yang makan...HD mesti makan dekat tempat kerja dia ...lagipun cendawan ni beli dah lama... ada gak hari tu nak goreng dengan tepung tapi masa tu teringin spaghetti lak...

Resepi sup ni pun sempoi jek, tak tau le orang lain masak camana...
Bahan yang CS guna :
  • Cendawan
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serbuk sup
  • Bahan perasa
1. Pastu tumisla bawang2 tu
2. Masukkan serbuk sup
3. Tuang air panas
4. Masukkan cendawan
5. Bubuh perasa
6.  Siap!!

Nota 1 : Bila masak sup ni kena la padankan dengan sesuatu yang masin cam telur masin ke, ikan masin ke, bilis tamban ke kan best!..telur dadar pun cukup rasanya...hehe itulah yang CS buat...



Kastard Jagung


Hari ni CS bercadang nak masak kastard jagung..favourite tu!..bahan dah ada tunggu nak buat aja...
Resepinya :

  • 1 cawan tepung kastard
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan susu cair
  • 3 cawan air
  • 1 cawan krim jagung
Caranya :
1. Campur je semua bahan dalam periuk hingga sebati.
2. Letak atas api
3. Gaul sepanjang masa hingga pekat dan berkilat
4. Siapp!!

Nota 1 : Kastard ni sedap di makan sejuk.. betul tak?


Thursday, December 3, 2009

Funny Kids Contest


Haha...CS pun nak organise satu contest...untuk suka2 je...nama dia Funny Kids Contest...dah kalau namanya funny kenalah kelakar sampai CS guling2 ketawa semasa mengadilinya...

Syarat dia mudah saja..
  • Post gambar anak2 yang kelakar dalam entry dengan tajuk Funny Kids Contest, tuliskan juga cerita paling kelakar pernah terjadi pada anak.
  • Copy and paste gambar di atas pada sidebar blog anda (sehingga tarikh akhir sahaja)
  • Tuliskan link blog anda pada comment
  • Add blog ni dalam list anda
  • Sorang blogger boleh hantar SATU gambar beserta nama penuh, nama panggilan, tarikh lahir dan umur anak
Contest ini akan bermula hari ini 3 Disember 2009 dan berakhir pada 31th Disember 2009 pukul 12 a.m
Peserta yg berjaya akan menerima hand bag berikut:




Sedikit tentang hand bag ni:
Material : Jeans
Warna : Biru ada kilat2 sikit


Haa..!!! Suka tak?
Silalah hantar ye? Kita berkenal-kenalan sambil ketawa2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...