Followers

Thursday, August 2, 2012

Berita Separa Gembira

Tadi petang hari masa CS kat dapur
 Ada orng tekan loceng bertalu2
 Macam tak sabar2 gitu
CS tengok ada beberapa lelaki kat luar
Alamak sapa tu?
Tak pernah tengok pun?
Mereka perkenalkan diri polis
CS tak percaya sangat
Maklumla masih fobia
CS takut pencuri tu saja menyamar
Kot la mereka repeat nak rompak benda2 lain pulak
Walaupun mereka tunjuk kad kuasa
Mana lah tahu kad palsu kot

So kami berkomunikasi di balik pagar jek
memang CS takut habis nak bukak pagar tu
Tapi bila polis tu cerita pasal orang yang curi barang
Dan CS tengok dalam kereta ada orang berbaju ungu
Yang CS rasa tu baju lokap
So CS baru percaya
Tapi yang kelakar masih tak bukak pagar lagi
Bila HD sampai baru CS bukak pagar tu

So polis kata pencuri dah ditangkap
Dalam keta tu ada 2 orang pencuri
Dia bawak pencuri tu untuk camkan rumah
Polis kata  diorang curi 7 buah rumah dalam satu hari
Rumah CS yang terakhir

Polis kata depa curi sambil depa lalu2 je
Sebab mereka baru je datang dari Sentul
Untuk camkan rumah yang depa masuk jugak
Rumah lain diorang ada ambik tv jugak
Rumah CS diorang ambik laptop & kamera
Rantai Anis dan cincin CS pun depa sapu

So berita gembiranya adalah
Mereka dah ditangkap
Sekurang2nya dah puas hati la depa dapat balasan
Tapi yang tak happynya
Dapat ke balik barang yang dicuri tu?......huaaaaaaaaaaaaa...



 

Saturday, July 28, 2012

Ok..Ini last

Err..rasanya CS lum puas hati dengan nama diorang
Nama timangan yang memang TAK tukar ialah
Gebu : sebab bulu dia paling gebu sekali
Panjang : telinga dia paling panjang
Putih : bulu dia ada kaler putih berbanding 2 ekor yg hitam tu
Rasanya nak panggil Cika , Coki dan Ciko...
hahah..pening diorang asyik tukar nama jek..



 

Saturday, July 21, 2012

Nama Rasmi

Setelah berfikir2 lama untuk letak nama anak kucing
Dan setelah banyak kali tukar fikiran
Ada dalam senarai seperti  Dodo, Rere, Mimi,
Charlie, Chucky,  dsbnya..
Maka hari ini CS dan decide
Dan semua orang pun setuju
Cimi, Cika dan Ciko akan jadi nama diorang
Err..ada niat nak pasang tag kat leher diorang
Memandangkan CS tengok kucing muka garang
Yang selalu datang menyibuk kat  rumah kitaorang
Tiba2 hari ni ada pakai loceng kat leher dia daa...
Nak tergelak pun ada..kehkeh..
 

Monday, July 16, 2012

Warkah Buat Pencuri Atau Pembeli Barang Curi

Buat pencuri laptop dan kamera saya
Mungkin kamu sedang bergembira dan ketawa
Mendapat habuan hasil jualan
Atau dapat membeli dengan harga murah

Tidakkah rasa bersalah bila dalam laptop dan kamera tersebut
Terpampang gambar2 insan yang kamu aniayai
Kami berdoa agar hidup kalian tak akan aman
Selama-lamanya............





 

Wednesday, July 11, 2012

Rumah Dimasuki Pencuri

semalam rumah CS dimasuki pencuri
laptop, kamera, duit syiling , barang kemas habis dikebas
yang buat CS terkilan adalah D300s tu baru je sebulan pakai
Kalau la pencuri itu on kan laptop dan baca blog CS
Ini yang CS nak kata
CS akan baca Yassin tiap2 malam
Pastu sembahyang hajat tiap2 malam
Biar kita tengok apa yang jadi kat dia...



 

Thursday, July 5, 2012

Si Montel

Budak ini kan semenjak dua menjak ni
Badan dia makin tembam bam
Tak tau sapa diikutnya..:)


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...