Followers

Friday, June 1, 2012

Perkembangan Aimi

Sekarang Aimi dah berusia 1 tahun 3 bulan
Dia dah faham apa kita cakap
Contohnya Aimi , jom mandi!
Dia pun pergi masuk bilik air
Kalau CS suh ambik pampers pun
Dia akan masuk bilik dan bawak keluar pampers

Aimi suka menyanyi
Kalau compare dengan Aidit dulu
Aidit lebih suka joget kalau dengar lagu
Aimi plak dengan nada tinggi akan keluarkan bunyi
Yaaaaaa....yaya


Lagi satu dia pandai ikut gaya nak semayang
kalau bentang sejadah dia angkat tangan terus sujud..
kalau nak makan plak dia paling bagus sekali
Orang lain suap tak ingat
Aimi tadah tangan baca doa dulu
Kitaorang yang malu tau!!
kalau kitaorang baca doa kuat2
Dia akan goyang2 badan dia
 
Oh dia pun dah pandai sebut Ayah!Ayah! bila HD balik rumah
Tapi dia tak sebut Ibu!Ibu pun bila CS balik rumah huhu..

 

Tuesday, May 29, 2012

Oh my English!!

Aidit sekarang dalam kecelaruan..
CS pun celaru juga nak marah dia atau nak gelak
Dia terpengaruh nak ikut cakap Aiman
Jika ada insiden berlaku instead kata Ya Allah, dia nak kata Oh My God
 Tapi yang keluar dari mulut dia Oh My English!!
Sambil tutup2 mulut
CS pun nak marah tapi sebab dia pun salah sebut
 Makanya tersenyum2 je la CS dengan gelagat dia tu... :)))))







Saturday, April 28, 2012

Aimi Lagi

Susahnya dengan Blogger nih
Nak edit2 entry yang sebelum cam susah plak
Ish3x...

Aimi yang Susah Nak Senyum Depan Kamera

Panjangnya tajuk kan? Tapi begitulah.. Nak suruh Aimi senyum depan kamera memang ler susah...

Tuesday, April 24, 2012

Sekarang blogger.com dah guna features baru yang agak mengkompiuskan

Monday, April 23, 2012

Aimi + Belon

Aimi posing dengan belon kakak Anis punya
 Dia sekarang petang2 dah pandai ajak main kat luar
 Diam2 kaki dia duduk luar pagar kalau kita leka




 

Tuesday, April 17, 2012

Anis Si Beruang Comel


CS teringin nak amik gambar Anis tengah tiup belon
Tapi belon yang keluar kecik2
Dan berterbangan sangat cepat
So gambar ini yang dapat dipublish
Iaitu anis menjadi beruang comel
Penangan tengok Super Spontan la nih...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...