Followers

Friday, October 14, 2011

Editing Gambar


CS sekarang tengah belajar edit gambar
Tapi masih tak pandai jugak
Jeles tengok gambar orang lain yang cantik2

Sunday, October 9, 2011

19 Tahun

19 tahun lalu
Pada tahun 1992
Sekolah Menengah Sains Johor
Telah CS tinggalkan
Setelah 5 tahun menggalas tekanan
Menjadi seorang pelajar asrama penuh
Yang miskin, naif dan tiada apa...

Setelah itu
Tidak diketahui di mana rakan2 berada
Apa mereka lakukan
Atau ke mana mereka pergi
Untuk mencapai cita-cita

CS meneruskan perjalanan
Tanpa panduan siapa-siapa
Seperti di zaman persekolahan
CS mendaki puncak menara gading
Seperti yang diimpikan semua orang

UKM menjadi pilihan
Bertemu jua beberapa rakan lama
Semasa di Matrikulasi

Selepas alam pekerjaan ditempuh
Maka semuanya tidak pernah ditemui lagi
Bahkan apa pekerjaan mereka
Tidak jua diketahui

Dengan adanya facebook
Maka mereka telah pun ditemui

Dan pada tahun ini
Pada jamuan hari raya di rumah
CS berjaya menjemput dua rakan
Dan semalam dapatlah menyertai
Majlis muhibbah Sains Johor Alumni
Terubatlah lagi rindu 19 tahun...




Tuesday, September 27, 2011

Taman orkid & taman burung

Hujung minggu berjalan2 di taman orkid dan taman burung
Sebenarnya ada tujuan lain ke sana
Tapi niat yg awal dah terbatal
Ingat nak pergi taman rama-rama
Tapi sebab Haikal nak masuk taman burung gak
Maka masuklah kami ke sana
Walaupun ini kali kedua












Wednesday, September 21, 2011

Ciki Pergi Jua

Ciki dah tak ada
Sebelum ni dia ok je kalau kena tinggalkan kat luar rumah
Tapi pada hari Isnin selepas balik dari ambik Haikal & Aiman
Lebih kurang pukul 7.00 ptg dia dah hilang terus dari rumah
Biasanya dia hilang sekejap je
Tapi kali ni lansung tak balik
Hari Selasa masa nak pegi sekolah
Haikal dah sedih2
Dia kata dia nak Ciki

Ciki kucing yang baik
Dia pandai pergi bilik air bila nak buang air
Tidur pun sama2 ngan kami semua
Walaupun selalu gak kena buli dengan Aidit

Namun, hakikatnya Ciki sudah tiada..

Monday, September 12, 2011

Main basikal di waktu petang
Sambil tangkap2 gambar








Friday, September 9, 2011

Aimi , Anis & Ciki

Eh, apa lain bunyinya ya
Ciki tu adik beradik siapa?
Oh, dia tu ahli keluarga baru daaa...

Ciki hanyalah seekor kucing jalanan
seperti yang diulang2 cakap oleh haikal dan aiman
dan CS pun dah kata kat mereka
Ciki bukan kucing jalanan lagi
Dia dah jadi kucing peliharaan pulak




Aimi senyum pada orang yang dia kenal sahaja
sekarang dah pandai menyusur ke depan dan kutip2 barang
saya sukaaa kucing!!!
Ciki menggantikan tempat Citam...adakah sejarah akan berulang?

Tuesday, September 6, 2011

Editing

Buat beberapa ketika
CS asyik terbelek2 kat benda ni
Ada je tak puas hati
Dah tambah geng bagi meriah sikit






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...