Followers

Friday, June 25, 2010

Anis Yang Peka

Anis memang sangat peka bila CS tersalah nak sebut nama... Contohnya camni :
CS       : Aman! Aidit nah susu...(padahal susu tu memang untuk Aidit tapi terpanggil nama   Aiman)
Anis     : Apa ibu cakap Aman?..
CS       : Ibu salah la..
Anis     : ( Tersengih2 bangga dapat tegur salah ibu dia )

Dan kesalahan itu memang kerap berulang dan Anis pun tak jemu2 nak detect kesalahan tersebut..

Wednesday, June 23, 2010

Aidit Love Dancing

Aidit memang sukaaaa joget...pantang bukak radio dalam kereta, kalau ada lagu rancak je mesti tangan dia bergoyang-goyang..yang kelakarnya dia goyang kat satu sisi je..hehe..tu yang buat CS selalu gelak..


Tuesday, June 22, 2010

Aidit Kena Cucuk

Di cuti sekolah yang baru berlalu CS amik kesempatan pergi cucuk Aidit..sebabnya CS dah lama tak bawa Aidit pi check..lagipun appointment sebelum ni takde cucuk jadi CS pun mengelat2 tak bawa dia pergi klinik...

Yang kelakarnya Aidit kan jenis berat mulut nak bercakap ...tapi bila kena cucuk dia pulak boleh cakap 'atitt..!! ..hai sakit sangat ke Dit sampai boleh bercakap..hehe..
Nota 1 : Aidit ok lagi lepas balik tu., pukul 6 petang badan dia dah panas

Friday, June 11, 2010

Limas @ Tepung Pelita

Kat rumah ni dah dua hari atas meja dapur tu penuh dengan daun pisang..nak tau kenapa? sebabnya CS baru jer terbeli buku resepi, pastu teringin la mencuba resepi tu..dan yang pertama CS nak cuba adalah kuih limas ni...

Semalam sebenarnya dah buat kali pertama, memang hampeh dan hampas jek... tak puas hati betul dengan penulis dia...ntah apa2 resepi dia bagi...lagi satu pun CS tak pandai buat kotak dia..bocor jek..hehe..nasib baik  HD tau cara2 nak membuat kotaknya...lalu diajarkannya CS membuatnya...so dah up sikit la kepandaian CS membuat kotaknya itew...

Pastu bila dah buat kali pertama, memang tak sedap, keras semacam tepung yang bahagian bawah, tapi memandangkan daun pisang masih ada dan santan pun ada lagi, CS buat lagi kali kedua...adjust sikit la sukatannya...pun ala2 fail juga...hari ni buat lagi,  nasib baik HD yang memberi galakan untuk CS cuba lagi, makllum la ini memang feveret HD time bulan pose...kalau la dia kata membazir tepung ha camne, mesti terbantut camtula ilmu nak membuat limas nih...

Hari ni dua kali cubaan...kali terakhir tukar jenis tepung lak, haaa...baru la menjadi, sedap wehh!!!..boleh meniaga ramadhan ni..hikhik..
Nota 1 : Haikal sukeeee sangat limas ni dan tak sabar2 nak memakannya masa CS tengah  memasaknya.
Nota 2 : HD pun sukeeee sangat dengan lipas eh limas ni , asyik call jer tanya ok ke tak ok... ( HD takut dengan lipas ya sebenarnya...bukan takut sangat la tapi segan silu gitu..)


Wednesday, June 9, 2010

New Citam = RM180?

Sebelum Citam mati, HD ada bagitau dia ada tengok seekor kucing yang sama pattern dengan Citam di kedai haiwan...HD ada la kata nak beli untuk jadi kawan Citam, tapi niat tu tak dilaksana...

So lepas kematian Citam CS pun berkunjung la ke kedai tu, CS tengok memang sama lah kaler dan jenis bulunya, belang hitam putihnya pun sama, yang beza muka , mata dan bulu di telinganya yang nipis sikit, CS pun tanyalah kat tauke tu..

CS      : Tauke, berapa harga kucing ni?
Tauke : Mana satu?
CS      : Ni, hitam punya.
Tauke : RM 180
CS      : Mak aii! Mahalnya!
Tauke : Mana ada mahal. You ingat berapa harga?
CS      : Ingat RM 60
Tauke : Mana boleh dapat. Ini Siam mari. Saya angkat pun tak dapat itu harga.

Masa tu CS terpikir betul ke ambik dari Siam nih? Kitaorang ambil dari kampung je, pattern tu juga, free pulak tu. Hmmm...kalau dicongak2, RM180 untuk beli klon Citam ni, kalau kena langgar sekali lagi, camner? Berbaloi ke?..so jadi nya tak beli kucing tu...

Tapi Si Aidit la..merengek2 dalam kereta...sampai ke rumah dia mengamuk2, tendang2 kaki dia..CS rasa dia nak kucing tu cuma tak pandai cakap je ...  nak buat camner Dit, mahal sangat..
Nota 1 : Haikal hari2 pegi kubur Citam, siap bawak muqaddam dia..sayang betul dia pada Citam

Sunday, June 6, 2010

Birthday HD

Hari ni hari lahir HD yang ke ???? Nak cakap ke? ...Err.. kami lahir pada tahun yang sama iaitu 1975...Selamat Hari Lahir Hubby Tersayang!!
 
Alhamdulillah nampaknya apa yang dirancang dari awal perkahwinan sudah nampak hasilnya pada usia ini... CS doakan HD akan terus berjaya dalam bidangnya supaya CS pun boleh tumpang kemanisannya...CS hanya akan beri sokongan dan bantuan sekadar  yang CS mampu..

Tapi CS bukan orang yang pertama wish kat dia..abis tu sapa? jeng..jeng..jeng...agen insuran dia yang hantar mesej kul 12 malam tadi..CS belikan kek supaya kami dapatlah meraikannya walaupun kecil-kecilan saja..
Apalah yang HD doa dalam hati ya?

 
 Acara potong kek beramai2

 Gambar yang diambil oleh Haikal...
 
 

Saturday, June 5, 2010

Citam....Kami Merinduimu

Pagi tadi sememangnya berbeza dari hari yang lainnya...biasanya Citam akan bising di luar pintu sekitar pukul 6 pagi dan CS akan buka pintu untuk membenarkan dia masuk...dia mungkin tau CS akan bangun untuk ke sekolah pada waktu itu...

Tapi pagi tadi tiada ngiauannya seperti biasa dan bila CS buka pintu depan dia pun tak meluru masuk .... CS ingat dia dah merajuk sebab HD ada marah dia sebab dia kencing dalam rumah...masa tu pun tak jangka perkara buruk...

Tapi, masa nak pergi klinik, HD panggil nama Citam, CS tak kisah lagi masa tu...rupa-rupanya HD sebut nama Citam sebab dia nampak Citam dah terbaring kaku di selekoh jalan sebelum sampai ke rumah kami...Haikal yang paling sedih sekali..dulu dia pernah menangis sepanjang jalan balik dari sekolah bila HD bergurau cakap Citam dah mati, tapi sekarang bila dah mati betul2 memang dia paling sedih...Aiman sedih masa Citam nak ditanam..

Kini kepulangan kami ke rumah tidak lagi  disambut...walaupun kadang dia menggigit dengan kuat tapi kami sayangkannya...punca kematiannya pun kami tak pasti sebab malam tadi dia masih cergas berlari dan jika dilanggar kereta pula tidak ada kesan darah pun pada tubuhnya...

Nota 1 : CS baru je belikan Friskis semalam petang dan masih belum dibuka lagi plastiknya..
Nota 2 : Hari ni kena bersihkan semua tempat makanan dan minum dia ...sedih..
Nota 3 : Baca kisah Citam di sini untuk kenangan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...