Followers

Sunday, June 6, 2010

Birthday HD

Hari ni hari lahir HD yang ke ???? Nak cakap ke? ...Err.. kami lahir pada tahun yang sama iaitu 1975...Selamat Hari Lahir Hubby Tersayang!!
 
Alhamdulillah nampaknya apa yang dirancang dari awal perkahwinan sudah nampak hasilnya pada usia ini... CS doakan HD akan terus berjaya dalam bidangnya supaya CS pun boleh tumpang kemanisannya...CS hanya akan beri sokongan dan bantuan sekadar  yang CS mampu..

Tapi CS bukan orang yang pertama wish kat dia..abis tu sapa? jeng..jeng..jeng...agen insuran dia yang hantar mesej kul 12 malam tadi..CS belikan kek supaya kami dapatlah meraikannya walaupun kecil-kecilan saja..
Apalah yang HD doa dalam hati ya?

 
 Acara potong kek beramai2

 Gambar yang diambil oleh Haikal...
 
 

Saturday, June 5, 2010

Citam....Kami Merinduimu

Pagi tadi sememangnya berbeza dari hari yang lainnya...biasanya Citam akan bising di luar pintu sekitar pukul 6 pagi dan CS akan buka pintu untuk membenarkan dia masuk...dia mungkin tau CS akan bangun untuk ke sekolah pada waktu itu...

Tapi pagi tadi tiada ngiauannya seperti biasa dan bila CS buka pintu depan dia pun tak meluru masuk .... CS ingat dia dah merajuk sebab HD ada marah dia sebab dia kencing dalam rumah...masa tu pun tak jangka perkara buruk...

Tapi, masa nak pergi klinik, HD panggil nama Citam, CS tak kisah lagi masa tu...rupa-rupanya HD sebut nama Citam sebab dia nampak Citam dah terbaring kaku di selekoh jalan sebelum sampai ke rumah kami...Haikal yang paling sedih sekali..dulu dia pernah menangis sepanjang jalan balik dari sekolah bila HD bergurau cakap Citam dah mati, tapi sekarang bila dah mati betul2 memang dia paling sedih...Aiman sedih masa Citam nak ditanam..

Kini kepulangan kami ke rumah tidak lagi  disambut...walaupun kadang dia menggigit dengan kuat tapi kami sayangkannya...punca kematiannya pun kami tak pasti sebab malam tadi dia masih cergas berlari dan jika dilanggar kereta pula tidak ada kesan darah pun pada tubuhnya...

Nota 1 : CS baru je belikan Friskis semalam petang dan masih belum dibuka lagi plastiknya..
Nota 2 : Hari ni kena bersihkan semua tempat makanan dan minum dia ...sedih..
Nota 3 : Baca kisah Citam di sini untuk kenangan...

Monday, May 31, 2010

Aidit Belajar Bercakap

Semalam buat pertama kalinya CS ajar Aidit bercakap...wah comelnya suara dia...maklumlah Aidit ni jenis cepat berjalan tapi lambat bercakap..sebelum ni dia pandai sebut cicak dengan Citam...itupun dia sebut Cita jer..'m' dia dah buang ke mana...

Selain dari tu dia hanya bercakap bahasa jerman dia di mana hanya dia je yang faham...kalau nak susu dia sebut 'sss..' je..dah macam ular, sambil tangannya menunjuk2 ke dapur...air pun dia boleh sebut tapi ada pause kat tengah..'aa...ir'...

Semalam Aidit cakap Ibu, Abang, mama, papa, dan beberapa perkataan lain..walaupun ada kejanggalan cara dia menyebut tapi it was so cute...setiap kali dia dapat ikut CS akan gosok kepala dia dan cakap "Pandai!!!" 

Monday, May 24, 2010

Cyberview Lodge Resort

Semalam jamuan Hari Guru diadakan... CS bawa semua kanak2 ini dan bapa mereka makan..suppose kena bayaran juga tapi memandangkan tak semua guru hadir , maka free la mereka sume...yeay!!!

Yang CS suka kat situ, makanan dia ok la... pastu pemandangan nya pun cantik...dan seperti yang dapat dilihat ada kolam untuk diorang mandi-manda...tuala disediakan ya..baju je kena sedia sendiri...


Friday, May 21, 2010

Resepi Kerang Seafood

CS tak tau nape nama dia ada 'Seafood' tapi CS dah tengok orang masak (ada kelas memasak kat sekolah tadi lepas sekolah abis..hehe...program sembunyi2 dengan member2) dan dah rasa ..memang sedap makan panas-panas ..nak resepinya?


  • 2 kg kerang
  • cili api RM2
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 6 batang serai
  • sos tiram
  • kicap manis
  • asam jawa
  • bahan perasa
Cara membuatnya:
  1. Celur kerang dan kopek kulitnya sebelah saja..
  2. Blend 1 bawang besar, halia, serai, cili,bawang putih
  3. Bawang besar 1 lagi hiris bulat2 jek
  4. Tumis bahan di blend hingga wangi
  5. Masukkan sos tiram, kicap manis, asam jawa, sedikit air dan bahan perasa
  6. Masukkan kerang, kacau2 hingga mesra semua bahan,  siap!!!


Thursday, May 20, 2010

Dulu dan Sekarang

Gambar kenangan...dulu VS sekarang...







Wednesday, May 19, 2010

Cantik Tak???

Buat beberapa hari CS terpanjat-panjat kat dapur tu...hehe..konon2nya nak hias birai tingkap dapur tu ..nampak kosong jer, so CS pun belilah bunga2 ni dan campur2kan warnanya...ermm..cantik tak?
Nota 1 : CS dah buat make over dengan pokok2 yang CS tanam, pokok ulam raja, kunyit dan pandan yang CS letak kat depan rumah dah alih ke balakang..pastu replace dengan pokok bunga yang lain...nanti CS upload yek..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...