Followers

Saturday, January 16, 2010

95% Complete



CS rasa rumah ni dah 95% siap..hari ni dah pasang lampu, tapi pun tak sempat buat habis juga...lampu kat luar lum pasang lagi... ni la keadaannya kat dapur...dah ada kipas ,lampu, dapur & sinki...still missing adalah kitchen kabinet dan langsir..

Kat bawah pulak keadaan kat hall...dah pasang kipas dan lampu..err lampu cantik tak dapat pasang lagi sebab tak tau nak pasang camne...takde la cantik mana..murah je, asalkan ada,..nampaknya kena gi kedai tu balik dan ambil gambar kat display...



Nota 1 : Almari tu sebenarnya akan diangkat ke dapur kat tepi kitchen kabinet.



Friday, January 15, 2010

Latest Update- House Renovation


Tak dan nak tulis,..tengok gambar je lah...

Wednesday, January 13, 2010

Faizal Tahir & AJL 24

Disebabkan kerja2 renovation yang belum selesai dan kuali ASTRO still di bawah, makanya CS tak dapat nak tengok tv..Upin-Ipin dah tentu tengok tiap kali ada kat rumah...jadinya CS tak dapat nak tengok AJL 24...so sekarang ni klik2 kat you tube nak tengok lagu2 pada malam tu..

Apa yang CS frust lak video Faizal Tahir takde dalam youtube...lagu Yuna ada, Hafiz ada..CS nak tengok Faizal Tahir lak tapi nampaknya tak de...frustnya... untuk mengurangkan kehampaan CS tengok video ni...walaupun dulu CS cam tak setuju je bila dia cam tukar pendirian dari nasyid ke rock tapi CS tak dapat nafikan suara dia best dan lagu dia maveles...


Nota 1 : Semoga Faizal Tahir cepat sembuh...Amin

Tuesday, January 12, 2010

Anak-anak & Basikal

Haikal dah mintak buangkan tayar sisi basikal dia..CS rasalah sebab dia malu kot naik basikal macam budak kecik...so dalam pada CS tukar brake & padle yang rosak, CS suruh orang tu bukak tayar tepi tu...bila balik sekolah Haikal cepat2 testing nak naik basikal...


So? hehe..terkial2 dia CS tengok...mula2 HD pegang kat belakang and kemudian lepaskan...pastu dia nak tumbang... maknanya dia lum pandai balancing..tapi Haikal sendiri kata "Takpe, Abang belajar sikit2"...bila dia cakap camtu maknanya takdelah nak kena pasang balik tayar tu walaupun CS memang ambil balik standby untuk dia kalau di anak pasang balik.. 


Malamnya, selepas dia dah siapkan homework dan kemas buku dia pun mintak izin nak naik basikal lagi..semangat betull!! CS iyakan aje...CS ngan HD kalau bab2 nak amik hati diorang memang layan je, tapi untuk permintaan yang tak melampau la... sebenarnya ada la udang di sebalik batunya...bila dah layan request diorang tu, sebagai timbal balik diorang kena la ikut cakap ibu dan ayah...terutamanya bab pelajaranlah...

Aidit sekarang pun dah ada basikal turun temurun abang dia..but HD sebenarnya ada keinginan nak belikan basikal kecik untuk dia...hui! penuh dengan basikal umah ni nanti...



Nota 1 : Ada satu harta turun temurun yang Aidit tak dapat rasa iaitu lori kecik yang boleh ditunggang dan sorong guna kaki..kalaulah ada mesti cute je dia naik lori kecik tu...


Saturday, January 9, 2010

Tiles Dinding & Porch

 
Sekarang ni bahagian dapur dah pasang tiles pada dinding & lantai...tapi lum 100%...kat bilik stor dan bawah table top lum siap lagi...hasil kerja diorang memang kemas dan berkualiti...sapa2 nak renovate? bagitaulah CS ya?


Kat porch dah pasang tiles...untuk match dengan kaler dinding yang akan berwarna kelabu nanti, tiles pun pasang warna kelabu gak..

Nota 1 : Hari ni diorang tak datang sebab nak bagi laluan untuk buat wiring dan sehingga pukul 3.30 wiring dah pun dibuat (biras CS yang buat)
Nota 2 : Semalam CS ngan HD dah beli 2 kipas dan 1 lampu gantung, HD dah pun beli downlight & lampu kat pagar ... kesimpulannya..duit keluar macam air..
Nota 3 : Dahlah duit nak beli barang2 rumah banyak, baju yang CS tempah lak dah siap... duit laaagi..tapi yang bestnya dapatlah pakai baju baru gi sekolah hehe..





Thursday, January 7, 2010

Busy!Busy!

Dalam kesibukan memulakan sesi persekolahan tak banyak masa nak update blog...weekend ni baru boleh naikkan gambar rumah...sekarang tiles depan dah pasang.... dapur dah pasang tiles kat dinding& table top... lepas ni katanya nak cat... rumah dah memang berhabuk semacam sebab tu lepas sekolah CS lepak kat ofis HD jek sampai 5.30 untuk amik Aiman dan adik2nya...


Tuesday, January 5, 2010

Sekolah Dah Mula

Sesi sekolah dah mula balik...disebabkan dah cuti lama sangat, naik je sekolah ligat turun  naik tangga balik...akibatnya? malam tak dapat tidur..otot2 terkejut kot tiba2 kena kerja kuat2..

Haikal dah darjah 2 & di sesi petang...CS jenguk dia jugak  ...bergegas dari sekolah CS ke sekolah dia...HD yang kalut sekali, CS relax sikit dari dia...alkisahnya adalah masalah sikit dengan pengangkutan dia ke sekolah so Haikal lewat sampai...ayah & ibu sampai dulu dari dia... hmmm nak buat camne...inilah namanya kehidupan, apa yang kita rancang kadang2 ada la masalah sikit, tapi semuanya tetap ada penyelesaiannya kan?

Waktu balik CS lak amik dia..uiii sesak betul...tu pun nasib baik dapat parking... nasib baik nak cari Haikal senang..hehe..dia suka membeli kat penjaja kat tepi sekolah..haa..kat situ ler CS dapat cari dia...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...