Followers

Sunday, January 3, 2010

Pecah Dinding Dapur & Depan


Inilah keadaan dapur setelah dinding asalnya dipecahkan..sekarang ni diorang sedang pasang tiles pada dinding..hmmm tak sabar nak tengok bila dah ada kitchen kabinet nanti




Ni pulak ruang tamu yang sudah dipanjangkan..sliding door yang tinted dan belum berlangsir ni agak seksi di waktu malam...kena tempah langsir pulak lepas ni...langsir yang sedia ada tersangat labuh untuk dipasang....





Saturday, January 2, 2010

Jambu Batu vs Asam Pak Cu



Buat sementara waktu kat umah ni ada stok jambu batu..sebabnya? HD ada beli sebungkus serbuk asam Pak Cu yang sedap tu...jadi untuk nak menikmatinya kenalah ada buah jambunya...bila gi pasar borong tu CS pun belilah buah jambu yang takde biji...sedapnya!!! CS suka potong nipis2 sebelum makan...



Friday, January 1, 2010

Daftar Sekolah Aiman

Hari ni pegi daftar sekolah tadika Aiman.... walaupun namanya tadika , tapi macam nak masuk universiti bayarannya..takpelah asalkan kita puas hati dengan pelaburan yang kita buat kan? yang penting kita happy gi keja dan dia happy belajar di sana...disebabkan baru beli baju sekolah Haikal , makanya sekarang dalam planning adalah untuk jahit badge kat baju sekolah tu...lambat betul mood nak datang...

Pagi2 lagi sebelum daftar Aiman tadi CS dah balutkan buku teks Haikal... haaii!!..semuanya ibu yang kena buatkan kan? Bila la dia boleh berdikari.. 


Nota 1 : CS ada terlupa sesuatu ni, semalam patutnya ambil nametag dan cop nama yang CS tempah, tapi lupa lak...hari ni tentu tutup kedai tu kan? Dah tua berumur, lupaaaa je...



Thursday, December 31, 2009

Pucuk Paku Masak Lemak + Ayam


 

Tetiba rasa nak makan masak lemak nangka muda campur dengan leher ayam..so CS pegi la kat pasar borong dengan niat nak mencari nangka muda tu...mula2 cari leher ayam dulu...ok dah dapat...pastu cari nangka...cari punya cari tak dapat2..pastu ada terdengar gak sorang guy tu nak beli nangka gak..abih makcik yang jual tu kata dah pukul berapa baru nak tanya nangka...nangka satu jam je dah abis..uii! camtu ka? kena datang awal tuk dapat nangka...waktu tu baru pukul 11 pg...hmmm takde harapan la nampaknya


So apa nak ganti ni? leher ada dah..so jalan2 lagi nampak pucuk paku cantikkkk je...CS pun beli la..ok gak makan pucuk paku kan? Tapi masa nak masak leceh sikit la nak kena patahkan guna tangan..kalau guna pisau CS rasa tak boleh nak beza lembut atau keras dah pucuk paku tu...





Tuesday, December 29, 2009

Berkebun lagi



Untuk menambah koleksi pokok CS pergi nurseri kat pasar borong..CS beli pokok cempedak, betik & pokok bunga ros jepun ..kali ni yang warna pink ...CS ingat nak tanam je atas tanah biar dia merebak dan jadi banyak...lepas tu CS tempah sekali pokok bunga kertas yang warna pink + putih...harap2nya dapatlah apa yang CS idamkan..

Pokok cempedak tu akan ditanam kat belakang rumah lagi...hehe..ada la kawan pokok rambutan yang CS tanam sebelum ni...pokok betik lak nak tanam depan rumah je..sebelum ni sebenarnya dah pernah tanam dah pokok betik ni..tapi si gergasi Anis dah pijak...pokok tu kan kecik lagi mana la dia nak menampung si Anis yang besar ...maka patahlah ia sebelum sempat berbakti kepada orang yang menanamnya...isk isk



Ni pulak keadaan depan rumah yang terkini...CS sekarang agak dilanda sakit kepala sebab banyak habuk bila dia dah start potong2 dinding yang sedia ada..kat dapur tadi dia pun dah alihkan rak pinggan dan buat keje kat syiling....habuk banyak....

Nota 1 : Tadi orang yang buat rumah kata lagi 2 minggu siap la..ish betul ke? kalau betul bestnyer...


Cuti Sekolah Dah Nak Habis = Kerja,kerja,kerja...

Cuti sekolah tinggal lagi seminggu...CS dah pun pegi meeting hari ni..ini kali kedua tinggalkan Aidit kat taska & HD kata dia menangis tak nak kat pembantu taska..kepeningan belum dirasai tapi sudah ada dalam gambaran...hmmm macamana lah anak2 murid tahun 2010 nanti..harapnya tidaklah sangat mengecewakan...


Sunday, December 27, 2009

Aibang, Anin & Ashedit

Tiga2 nama ni bukan nama official dalam rumah ni tapi ianya boleh wujud. Camana boleh ujud ek?

Aibang : Aiman + Abang = Nama tergabung bila nak marah Abang (Haikal) tapi nak tersebut nama Aiman

Anin : Anis + Aiman = Nak marah Aiman tapi nak tersebut nama Anis

Ashedit = Takde gabungan , diujudkan oleh Anis sendiri sebab tak pandai panggil nama Aidit

Nota 1 : Macam-macam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...