Followers

Monday, October 24, 2011

Belajar Basic Fotografi

CS telah menghadiri kursus fotografi kat Putrajaya

Sebab sebelum ni dok baca manual je
Rasa tak puas jugak tak tau fungsi button2 tu
Kursus tu dihadiri oleh sepuluh orang

Ada 2 orang cikgu termasuk CS
Ada student IPT
Ada Sister IJN
Ada surirumah
Ada pekerja2 swasta
Tapi yang penting kelas tu adalah enjoy

Hari pertama ada teori dan praktikal sikit
Hari kedua dimulakan dengan sesi outdoor dan kemudian presentation
Yeay! rasanya CS berpuas hati
Walaupun adalah komen2 membina yang telah diberikan
Dapat sijil dipenghujungnya

Inilah gambar yang CS pilih untuk present
gambar ni cikgu puji...dia kata dia pun ambik gambar benda ni

ini pun cantik..

ini pun dipuji..yeh

heheh..ke'blur'an bunga di hadapan mengkagumkan cikgu

Depth of Field yang menjadik..yes!

Ayu, peserta kursus yg jadi model..sbb dia cantik

gambar ini sharp cuma cikgu kata kubah tu x center..huhu

yg ini cikgu pun suka

CS cuba hentikan air yg mengalir

yg ni pulak nak jadikan air tu bersambung

yg ni cikgu kata takde subjek yang difokuskan..hmmm terlampau banyak benda dalam gambar

yg ini cantik tapi ada peserta lain buat lg cantik sebab garisan pada bumbung lebih menyerlah

yg ni tangkap muat je...sbb kejarkan bot tu yg bergerak, so jambatan tu tak menyerlah

Dalam kelas ni ditekankan dengan teknik sharpness dan blur
Lepas ni CS nak register untuk kelas photoshop lak
Godeh2 sendiri tak marvelous lak gambar2 tu

Thursday, October 20, 2011

Makan-makan Di Menara KL

Sekolah CS adakan jamuan Akhir Tahun di Menara KL
CS bawa semuaaaa sekali ikut sama
Nak bagi diorang rasa duk atas tu

Sebelum pergi tu terfikir camna la
Makan kat restoran berputar tu ya?
Masa dah sampai tengok seriau jugak ya
Sebab memang nampak pergerakan berpusing tuh

Tapi persepsi yang salah ialah
CS ingat semua pusing sekali
Rupa-rupanya hanya tempat yang ada meja makan tu je yang pusing
Kaunter ambik makanan tak pusing pun
Maka banyak la wujud kejadian
Kesusahan mencari meja lepas bangun ambik makanan..hehe


Ibu saya yang suruh posing sambil baring ni ya...

Nyum2...sedappp...

Apa saya boleh makan ni? makan angin je ker?

Saya suka mi...

Oiii..nanti jatuh ke bawah baru tau!!!

Meh kita amik gambar buat kenangan..

Peace!!

Arghh..tingginya...tak nampak apa pun??? (ate awak tengok arah langit ngape?)

Posing untuk membuktikan dah datang sini





Friday, October 14, 2011

Editing Gambar


CS sekarang tengah belajar edit gambar
Tapi masih tak pandai jugak
Jeles tengok gambar orang lain yang cantik2

Sunday, October 9, 2011

19 Tahun

19 tahun lalu
Pada tahun 1992
Sekolah Menengah Sains Johor
Telah CS tinggalkan
Setelah 5 tahun menggalas tekanan
Menjadi seorang pelajar asrama penuh
Yang miskin, naif dan tiada apa...

Setelah itu
Tidak diketahui di mana rakan2 berada
Apa mereka lakukan
Atau ke mana mereka pergi
Untuk mencapai cita-cita

CS meneruskan perjalanan
Tanpa panduan siapa-siapa
Seperti di zaman persekolahan
CS mendaki puncak menara gading
Seperti yang diimpikan semua orang

UKM menjadi pilihan
Bertemu jua beberapa rakan lama
Semasa di Matrikulasi

Selepas alam pekerjaan ditempuh
Maka semuanya tidak pernah ditemui lagi
Bahkan apa pekerjaan mereka
Tidak jua diketahui

Dengan adanya facebook
Maka mereka telah pun ditemui

Dan pada tahun ini
Pada jamuan hari raya di rumah
CS berjaya menjemput dua rakan
Dan semalam dapatlah menyertai
Majlis muhibbah Sains Johor Alumni
Terubatlah lagi rindu 19 tahun...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...