Followers

Tuesday, April 27, 2010

Story of Citam

Sekarang ni lepas sekolah je kena pikir hal Citam gak..maklumla dia tinggal sorang2 eh sekor2 kat rumah...tapi seb baik dia pandai kluar untuk mem'buang'... tak macam awal2 dulu masuk rumah je 'haruman' yang tak menyenangkan menyambut CS tatkala masuk rumah...satu kerja gak nak mop lantai..seb baik CS rajin mengemop ni..hiii..puji diri sendiri lak..

Awal2 dulu pun tak tau nak bagi makan apa kat dia... mula2 CS masak nasik la pagi2 spesel untuk dia...gaul dengan bilis..tengok2 dia asyik muntah je...beli Friskies gak pun tak laju sangat tengok dia makan...bahan 'buangan' dia pun cair jek dan badannya kurus dan susut..alahai sian dia..rindu susu mak dia kot...
So HD pun telefon la kakak ipar kat Kuala Kangsar nun iaitu tempat Citam diambil semata2 nak tanya nak bagi Citam makan apa..hik2..maklum la first time jaga kucing...kalau jaga anak dah 4 kali dah pengalaman..

Hoho..rupa2nya Citam kena bagi makan ikan rebus...jadi sekarang ni kat peti sejuk kena ada stok ikan untuk Citam...sampaikan Anis pun bila tengok CS siang ikan untuk makan tengahari kitaorang dia boleh tanya.."Ibu, itu untuk Citam ke?"..Ish3x.... 

Nota 1 : Bila siang Citam duk dalam rumah, bila malam dia duduk luar rumah...ha kenapa?
Nota 2 : Jawapannya : Sebab dia suka kacau orang tidur...dia akan gigit kaki, telinga dan main2 rambut ....Siapa2 pun boleh jadi mangsa...kalau Aidit yang kena lagi la kesian...merengek2 dia dalam keadaan matanya pejam kemengantukan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...