Followers

Sunday, April 18, 2010

Cerita Untuk Beberapa Hari

1. Aidit & Anis Tak Sihat
Hari Khamis Anis muntah2....masa dalam kereta dia dah cakap dia muntah kat taska...pastu masa kat rumah pun dia muntah sampai 3 kali...paling maksimum dia muntah atas badan CS yang tengah duduk tengok tv...adooyaaii...terus CS bawak dia gi klinik

Masa kat klinik doktor kata ini disebabkan virus..dan ia boleh berjangkit..cirit-birit pun boleh kena...masa tu CS terpikir adakah Aidit akan kena juga sebab sebelum ni dia pernah kena sampai seminggu...Sampai je rumah CS tengok Aidit dah cirit...

Dan perut Aidit pun dah meragam sampai la hari Sabtu , hari ni dia belum buang apa2 lagi...harapnya dah ok..

2. HD pergi Pangkor
HD pergi Pangkor dengan kawan2 je..tinggallah kami kat rumah...pegi Subuh2 Sabtu dan balik hari ni...Haikal merajuk dan menangis masa cakap kat telefon dengan HD...CS jeles gak ...tapi nak buat camne kan?
Gambar ini sekadar gambar hiasa..HD lum balik lagik

Nota 1 : Sebagai ganti tak dapat ikut, HD janji kat Haikal nak gi Sunway Lagoon...betul ke niii????(Ayat macam tak berapa nak percaya..hik2x)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...