Followers

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Cempedak Goreng

Hari ni CS goreng cempedak
Cari2 resepi yang best kat internet
Dan yang CS guna resepi dari periuktanah memang menjadi
Tq sebab sudi berkongsi resepi
Untuk CS selalu tengok2 gak :)

Cara yg dikongsikan adalah :
Ikut nisbah 1 : 1 : 3
1 sudu tepung beras
1 sudu tepung Adabi
3 sudu tepung gandum

Hasilnya....
Walla....tepungnya memang rangup
Dan sedap dimakan panas2
Apatah lagi di kala berbuka puasa

Monday, July 25, 2011

Bubur Durian

Hari ni CS tak sekolah
Sebab hari ni cuti ganti
Sempena larian merentas desa

Lepas hantar Haikal & Aiman pergi sekolah
HD ada bawak balik kacang hijau dengan santan
Maknanya projek buat bubur akan berjalan
Kat peti sejuk pun ada durian lagi

Cara CS buat bubur durian adalah:
1. Kacang hijau direndam dulu 1-2 jam
2. Rebus kacang hijau hingga empuk
3. Masukkan gula kabung, gula pasir dan secubit garam
4.Masukkan durian
5.Masukkan santan
6.Siappp!! Nyum..nyum sedaaaappp!!

Sunday, July 11, 2010

Ikan Siakap Stim + Terubuk Bakar

Ini menu semalam...siakap stim dan terbuk bakar..memang puas hati lah...siakap tu sesuai untuk budak ni makan, sebab tak banyak duri (?) ..HD kata tulang ya...resepi siakap stim ni adalah seperti berikut :
Bahan-bahannya : 
  • Ikan siakap
  • Asam limau
  • Asam boi putih
  • Serai
  • Halia
  • Tomato
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili api + cili merah
  • garam
Cara membuatnya : Semua bahan di atas dihiris nipis dan digaulkan, pastu tabur atas ikan dan dikukus...bila ikan dah agak masak , tuang sikit air panas supaya ia berkuah sikit...hmmm..sedap dimakan panas2...
Terubuk bakar lagi senang...lumur dengan garam dan kunyit...pastu bakar la..CS buat 2 versi satu dalam aluminium foil, satu lagi bakar direct....yang bungkus tu CS yang request ya..sebab suka dia lembab sikit...tapi memang leka la memakannya maklumler kena berhati2 supaya tak tercekik duri @ tulang...:)

Sambal pencicahnya pula CS buat camni
  • Kicap manis
  • Asam limau
  • Cili api
  • Bawang merah
  • Tomato
  • Garam 
  • Gula

Nota 1 : Kalau la hari2 ada orang bagi siakap free best nih, ...siakap ni pekerja HD yang dapat masa memancing
Nota 2 : Sedang berangan2 kalau lah ada pengukus yang besar mesti lebih menyelerakan  ikan tu dipandang..sekarang ni guna rice cooker je..kena la potong dua ikan tu...

Friday, May 21, 2010

Resepi Kerang Seafood

CS tak tau nape nama dia ada 'Seafood' tapi CS dah tengok orang masak (ada kelas memasak kat sekolah tadi lepas sekolah abis..hehe...program sembunyi2 dengan member2) dan dah rasa ..memang sedap makan panas-panas ..nak resepinya?


  • 2 kg kerang
  • cili api RM2
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 6 batang serai
  • sos tiram
  • kicap manis
  • asam jawa
  • bahan perasa
Cara membuatnya:
  1. Celur kerang dan kopek kulitnya sebelah saja..
  2. Blend 1 bawang besar, halia, serai, cili,bawang putih
  3. Bawang besar 1 lagi hiris bulat2 jek
  4. Tumis bahan di blend hingga wangi
  5. Masukkan sos tiram, kicap manis, asam jawa, sedikit air dan bahan perasa
  6. Masukkan kerang, kacau2 hingga mesra semua bahan,  siap!!!


Thursday, March 18, 2010

Cupcake


Haa..ini percubaan kedua CS buat cupcake..maklumla bebudak kecik ramai kat rumah ni...pagi sedia sarapan, tengahari masak lagi, petang nak ada gigit2 gak, last sekali makan malam sebelum diorang tidur...

So cupcake ni lebih ok lah dari yang pertama kali buat..dulu buat maniiiiisss amat..ni dah ok sikit lah. Resepinya:

  • 2 cawan tepung naik sendiri

  • 1 cawan mentega

  • 1 cawan gula halus

  • Esen vanilla

  • Serbuk coklat

  • Telur 4 biji

  • Serbuk penaik
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dengan gula sampai kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
3. Masukkan tepung , serbuk penaik dan esen vanila, sedikit demi sedikit gak tepung tu
4. Bahagi dua adunan, satu bahagian campur serbuk coklat, satu lagi biarkan kosong
5. Masukkan dalam cawan selang-seli coklat dan plain
6. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180 C

Seronok tengok diorang makan...ingat nanti resepi ni CS nak adjust letak walnut ke, carrot ke, cip coklat ke , saja nak eksperimen...

 

Thursday, December 31, 2009

Pucuk Paku Masak Lemak + Ayam


 

Tetiba rasa nak makan masak lemak nangka muda campur dengan leher ayam..so CS pegi la kat pasar borong dengan niat nak mencari nangka muda tu...mula2 cari leher ayam dulu...ok dah dapat...pastu cari nangka...cari punya cari tak dapat2..pastu ada terdengar gak sorang guy tu nak beli nangka gak..abih makcik yang jual tu kata dah pukul berapa baru nak tanya nangka...nangka satu jam je dah abis..uii! camtu ka? kena datang awal tuk dapat nangka...waktu tu baru pukul 11 pg...hmmm takde harapan la nampaknya


So apa nak ganti ni? leher ada dah..so jalan2 lagi nampak pucuk paku cantikkkk je...CS pun beli la..ok gak makan pucuk paku kan? Tapi masa nak masak leceh sikit la nak kena patahkan guna tangan..kalau guna pisau CS rasa tak boleh nak beza lembut atau keras dah pucuk paku tu...





Tuesday, December 22, 2009

Kurma Ayam


Sesekali makan ayam masak kurma selera juga nak makan...rasanya ini la first time masak kurma ni..biasa masak lemak kuning je dengan ayam...so mula2 cari rempah dia kat kedai.pandai ke nak masak ni?..nasib baik resepi ada kat pek dia...sama macam masa CS dapat job nak masak sup tulang (hehe..macam dapat tugasan lak)..mula2 cam tak confident gak ...sedap ke nanti..tapi CS follow je resepi kat bungkusan rempah tu dan hasilnya taklah mengecewakan...

Masak kurma ni pun senang je...Bahan-bahan yang kena ada :
  • Ayam
  • Kentang
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Rempah kurma
  • Halia
  • Santan
  1. Mula2 tumis bawang dan halia
  2. Masukkan serbuk kurma yang dibancuh
  3. Masukkan ayam & kentang dan sedikit air
  4. Bila ayam & kentang dah empuk masukkan santan
  5. Letak garam 
  6. Makan dengan nasik

Sunday, December 20, 2009

Ayam Salut Tepung


Resepi ini dicilok (haha!) dari kedai mamak yang kitaorang selalu makan di waktu tengahari pada hari persekolahan...Haikal memang suka ayam goreng dia...so sebelum cuti ari tu CS tanya la orang yang masak tu apa bahan dia guna sebab Haikal suka tepung dia..dia pun bagitau la...tapi mungkin la dia ada rahsia sikit2 ..

So CS beli leher ayam kat Jusco dengan niat nak goreng ala2 mamak tu buat

Bahan-bahan yang digunakan :
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Tepung ubi
  • Halia
  • Bawang merah
Cara membuatnya:
  1. Blend bawang merah dan halia (sikit je jangan banyak sangat)
  2. Bancuh ketiga2 tepung tu...tepung gandum paling banyak, yang lain tu sikit2 je
  3. Tambah garam dan gula sikit
  4. Celup ayam dan gorengkan
Hmmm...hasilnya takdelah 100% sama tapi sedap jugakla...tepung tu rangup je sambil makan dengan nasik...diorang kata sedapp!!hehe..juri awam CS kata sedap maka sedapla tu..hehe...

Nota 1 : Yang mamak tu masak cam warna merah sikit, dia bubuh pewarna ke ek?
Nota 2 : CS dah try goreng ngan cendawan, sedaaapppp...bangat!!tapi CS adjust2 sikit letak serbuk kari sket..heheh..eksperimentasi..


Saturday, December 19, 2009

Ayam Masak Merah


Ntah kenapa CS rasa tiba2 je CS pandai masak sekarang ni..hakhak...perasan!Tapi dah pandai la sikit..diorang pun dok puji sedap...cuti sekolah yang panjang ni dan diorang pun dah pandai makan maka CS pun kenalah hari2 fikir apa nak masak supaya diorang ada selera nak makan..taklah nanti balik taska & sekolah diorang kurus kering lak macam mak dia tak bagi makan..

Ni bukan resepi masak hari ni la..hari ni CS masak kurma ayam..pun sedap gak tapi ceritanya akan dikongsi kemudian..hari ni CS nak cerita la CS masak ayam masak merah..sedap dan best!! Resepi CS seperti berikut:

Bahan-bahannya:

  • Ayam la..
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Sos cili
  • Air asam jawa
  1. Langkah pertama cuci ayam bersih2,pastu goreng la separuh masak dengan kunyit dan garam
  2. Blend cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia
  3. Tumiskan bahan diblend tadi hingga wangi
  4. Masukkan kayu manis,serai dan pelaga, sos cili juga
  5. Masukkan ayam dan sedikit air
  6. Tutup kuali dan biarkan hingga kuah pekat sedikit.
  7. Perasakan..
  8. Makan dengan nasi
Semalam sebenarnya CS masak ketam masak lemak kuning dengan nenas muda..pergh! best ! sampaikan tak sempat nak amik gambar..dah abis dah..tapi kos agak mahal gak sekarang...satu kilo RM18...CS beli 2 kilo, nak bagi puas makan sikit..ate satu kilo dapat empat ekor je, CS beli le 2 kilo dapat 9 ekor...beli nenas RM2..

Tapi CS puas hati dapat tunaikan hajat Aiman sebab dia yang sebut2 nak makan ketam..masa kat pasar borong tu pun dia dah terjerit2 tunjuk ketam setiap kali nampak ketam kat situ..

Wednesday, November 25, 2009

Kerang Rebus


Kerang rebus adalah antara benda favourite untuk dimakan sambil2 masak main dish...faham maksud CS? CS rebus je untuk ratah..bukan untuk makan dengan nasik pun... Selalunya beli dalam 1/2 kilo camtu...

Camna nak hilangkan bau kekerangan tu? Ha! CS guna serai je...Kebaikan makan kerang ni untuk tambah darah...Keburukan masa makan ni ialah tak dapat detect mana kerang yang busuk...huaaa!!!
Pencicah dia? Kicap manis + cili api + bawang + garam...Mmmm..best !!!

Nota 1 :  Kerang ni haiwan yang tak boleh berenang jadi kalau dia duduk di tempat tercermar maka dia menyerap la semua benda2 tercemar gak...jadi takleh la makan kerap sangat





Tuesday, November 24, 2009

Lempeng + Sardin


Harhar...zaman moden orang makan KFC dan McDonald ni ada ke orang makan lempeng lagi...alah omputeh pun makan lempeng gak kan cuma nama je tukar jadi pancake...So pagi ni inilah sarapan kitaorang.
Nak tau resepi dia?

Lempeng:
Tepung dibancuh dengan sedikit garam,telur dan banyak gula ( ada manis sikit)

Sardin:
  • Sardin tin kecik
  • Bawang besar dipotong dadu
  • Bawang putih diracik halus
  • Cili merah didadu juga
  • Asam jawa
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Perasa
  1. Tumis bawang dan cili.
  2. Masukkan sos.
  3. Masukkan sardin yang sudah dihancurkan dengan garpu.
  4. Masukkan air asam jawa.
  5. Perasakan.
  6. Campur sedikit air.
  7. Siaap!!!
Nota 1 : Untuk mencantikkan pandangan letak pewarna merah sedikit

Monday, November 23, 2009

Kari Telur Rebus


Kari telur rebus adalah antara menu favourite di rumah ni...budak2 pun teramat suka dengan telur..jadi lauk ni akan menyebabkan mereka makan dengan banyak...
Nak tau menu CS? Senang je..
Bahan-bahannya adalah :
  • Telur yang sudah direbus
  • Kari ayam + ikan
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Santan
  • Halia 
  • Asam jawa
  1. Ok, langkah pertama blend sajalah bawang merah dan putih.
  2. Kedua tumiskan dengan sedikit minyak.
  3. Pastu masukkan halia dan daun kari..
  4. Tumis sampai naik bau.
  5. Bancuh kari dengan sedikit air dan tumis bersama.
  6. Masukkan air asam jawa, santan dan air.
  7. Tunggu hingga mendidih dan masukkan bahan perasa.
  8. Masukkan telur.
  9. Siapp!!
Nota 1 : Daun kari tu yang memberi rasa kaww kari...CS mesti letak..dah kering pun bubuh jugak..hehe..
Nota 2 : Dalam gambar telur dah tinggal satu sebab dah kena makan.. : )
 

Sunday, November 22, 2009

Mihun goreng


Hari ni CS goreng mi hun untuk sarapan pagi. Nampaknya sambal lagi menu pagi ni. Tengah hari kenalah sesuatu yang bukan sambal pulak kan? Dalam otak dah terfikir sesuatu. Nanti di lain entri akan dituliskan.
Menu untuk mihun goreng CS adalah seperti berikut:

  • Mihun cap bintang (direndam dahulu)
  • Cili kering - dipotong & rendam
  • Bilis / udang kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap
  • Air asam jawa
  • Telur
  • Garam,gula, perasa
  • Minyak
Cara memasak pun lebih kurang sama dengan masak sambal sotong seperti entri sebelum ni, tapi biarlah CS tuliskan juga ya!
  1. Blend kan cili, bawang besar dan bawang putih.
  2. Tumiskan dengan minyak hingga perang.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.
  5. Masukkan semua bahan perasa.
  6. Pecahkan telur dan kacau.
  7. Masukkan mihun.
  8. Siap!!
Nota 1 :  Bila memasak mihun, pastikan semua bahan diperasakan masin sedikit supaya apabila mihun sudah dimasukkan tidaklah rasanya tawar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...