19 tahun lalu
Pada tahun 1992
Sekolah Menengah Sains Johor
Telah CS tinggalkan
Setelah 5 tahun menggalas tekanan
Menjadi seorang pelajar asrama penuh
Yang miskin, naif dan tiada apa...
Setelah itu
Tidak diketahui di mana rakan2 berada
Apa mereka lakukan
Atau ke mana mereka pergi
Untuk mencapai cita-cita
CS meneruskan perjalanan
Tanpa panduan siapa-siapa
Seperti di zaman persekolahan
CS mendaki puncak menara gading
Seperti yang diimpikan semua orang
UKM menjadi pilihan
Bertemu jua beberapa rakan lama
Semasa di Matrikulasi
Selepas alam pekerjaan ditempuh
Maka semuanya tidak pernah ditemui lagi
Bahkan apa pekerjaan mereka
Tidak jua diketahui
Dengan adanya facebook
Maka mereka telah pun ditemui
Dan pada tahun ini
Pada jamuan hari raya di rumah
CS berjaya menjemput dua rakan
Dan semalam dapatlah menyertai
Majlis muhibbah Sains Johor Alumni
Terubatlah lagi rindu 19 tahun...
No comments:
Post a Comment