Followers

Tuesday, August 16, 2011

Bertemu Jua...

Selama ni CS menangis sendiri depan laptop
Bukan sikit2
Kadang bercucuran
Bila baca tentang kisahnya di blog moon

Di sekolah
Bila terjumpa Zila
Iaitu kawan baiknya
Semasa posting cikgu
Di Johor
Namanya akan tersebut di bibir kami

Kisahnya memang cukup menyentuh
Apatah lagi mengenangkan baby Rafiq
Yang tidak berupaya mendapat kasih ibu dan ayah sejati
Walaupun mereka masih ada di dunia ini

Tentunya CS membayangkan Rafiq seperti Aimi
Yang perlukan peluk cium ibu dan ayah
Sayangnya ibunya sedang diuji
Dengan kanser otak 

Dan ayahnya pula
Harus menyara kehidupan mereka
Yang memerlukan perbelanjaan yang banyak
Maka Rafiq terpaksa dititip ke kampung
Menerima kasih sayang datuk dan neneknya

Dan
Bila Zila menyatakan hasrat untuk menziarahi
CS bercadang untuk mengirim sesuatu
Yang tak seberapa
Untuk kegunaan membeli apa2

Tetapi bila Zila mengajak CS pergi bersama
CS tak mampu menolak
Betapa tidak
Inilah peluang bertemunya
Kerana CS pun hari2 mengikuti perkembangannya

Maka selepas habis sekolah
CS menuruti Zila dari belakang
Sampai di sana
Ibu dan suaminya menyambut
Dan tangannya CS sentuh
Betapa selama ini CS hanya membayangkan
Apa yang diceritakan
Tapi kali ini CS dapat menyentuh tubuhnya
Merasai genggamannya
Dan mendengar batuk dan gerakan mulutnya
Yang seperti mahu berkata2

Sebelum CS pergi
CS mampu bersendiri dengannya
CS ucapkan semoga dia sembuh
Kerana apa yang CS fikirkan masa itu
Kasihannya si comel Rafiq....
Dan air mata pun mengalir laju
Kali ini di depan sekujur tubuh itu yg layu

Norma,
CS doakan moga ada keajaiban..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...