Followers

Friday, March 4, 2011

Kelahiranmu Aimi

Di sebalik kelahiran ini
Ada lah beberapa doa CS yang termakbul
Satu : CS nak beranak hari sekolah - tercapai
Dua : CS nak anak perempuan - tercapai
Tiga : CS doa dapat anak yang sihat & sempurna - tercapai
Alhamdulillah...

Aimi lahir hari Jumaat
Sipi2 lagi nak hari Sabtu 
Walaupun CS dah rasa contraction sikit2 dua hari sebelumnya
Tapi CS pegi sekolah gak

CS suka kalau beranak hari sekolah
Sebab tak payah fikir pasal budak2 kat rumah
HD tentu dah kelam kelibut nak tengok CS

Tapi
Masa kat hospital tu
Punyalah ramai orang nak beranak
Katil pun penuh
Mesin yang letak kat perut tu pun tak sempat rehat
Lepas sorang, sorang lagi datang

Nak ceritanya
Masa CS datang pukul 10 tu
Sakit adalah 10 minit sekali
Dan ia semakin kuat
Sampaikan CS tak senang duduk
Baring pun tak boleh
"Nurse, nak mintak cucuk ubat boleh tak?"
CS kononnya nak kurangkan sakit
Nurse yang senior datang
"Meh saya tengok"
Dia pun seluk
Pastu dia dah kecoh2 suruh bawak CS ke labour room

CS?
Yahoo!!
Walaupun sakit
CS tabahkan hati
Sebab inilah masanya
Kesakitan itu akan ditamatkan
Maka CS pun bersedialah 
Mengikut je arahan2
Supaya baby dalam perut cepat keluar
dan CS pun
Merdeka!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...