Followers

Wednesday, February 2, 2011

Banjir di Segamat

Segamat banjir besar lagi!!! CS pulak antara yang sempat melarikan dari banjir itu..sebabnya kitaorang balik sana malam Jumaat ..hari Sabtu hujan on and off tapi malam Sabtu tu hujan memang lebat sepanjang masa...hati memang risau takut terperangkap dalam banjir dan tak dapat melarikan diri memandangkan kali ni balik naik kereta rendah ....so pagi2 lagi selepas sarapan dalam keadaan hujan lebat tu kami pun melangkah meninggalkan Segamat...

Ternyata kerisauan itu berbaloi memandangkan air banjir datang pada waktu tengahari dan adik beradik CS termasuk emak CS pun dah berpindah ke rumah mak mertua masing2....kalau dulu banjir lebih kurang 2 meter dalamnya, kali ni abang CS kata tambah 3 kaki lagi...dahsyatnya...nampak bumbung je la rumah CS tu..

Haikal kata Ustaz kat sekolah dia yang balik Segamat sampai hari ni masih terperangkap kat sana dan tidur dalam kereta ...nasib baik la ustaz tu bujang..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...