Entri ini adalah entri mengenang kisah dulu-dulu...memandangkan CS dalam mood nak mem'frame' gambar-gambar nostalgia untuk diletak didinding, CS pun scan dulu untuk disimpan sebagai soft copy nih..Gambar kat atas nih adalah gambar masa CS dan HD masih tunang lagi...darah manis la gitu..tempat ni adalah satu restoran jepun..bos CS yang bangsa Jepun belanja..CS sebenarnya ada pengalaman menarik masa bekerja dulu sebab dapat bos Jepun yang kelakar, talkative dan friendly...selalu gak dia belanja staf makan KFC pada hari Sabtu...
Nak tau apa perbualan pertama kitaorang semasa HD call CS?
Kring! kring!
CS : Hello! S********s Automation.
HD : Hello! Boleh cakap dengan CS
CS : Siapa ni? Joe ke? (waktu tu ada la baru kenal dengan seseorang nama Joe)
HD : Bukan, ni HD.
CS : HD?
HD : Saya dapat nombor awak dari S****i. (S****i ni ofis mate CS..dia CS dah anggap macam abang sendiri...dah kahwin dah, masa tu terfikir nape la memandai2 jer reckomen nombor CS kat orang lain)
HD : Saya dapat nombor awak dari S****i. (S****i ni ofis mate CS..dia CS dah anggap macam abang sendiri...dah kahwin dah, masa tu terfikir nape la memandai2 jer reckomen nombor CS kat orang lain)
Ituler yang CS betul2 ingat..lepas tu tak ingat la dialognya...pastu pada petang hari yang sama gak di saat CS tengah menunggang motosikal CS untuk balik ke Kajang, HD tipon lagi...pastu malam tipon lagi....CS masa tu layan jer sebab CS waktu tu pun single and available...keesokkannya bila HD ajak keluar pertama kali CS pun tak menolak..sebabnya nak tau kenapa? sebab CS tak nak ler melayan orang tanpa CS tengok fizikalnya..manalah tau boroi ker rongak ker hehe...
So masa first time nak jumpa tu suspen gak..CS jalan kaki je dari rumah sebab tempat nak jumpa tu dekat je dengan rumah sewa CS...tapi kebetulannya masa CS jalan, tetiba ada gak seorang pempuan berjalan mendahului CS...dia mungkin nak ke kedai la...tapi badan dia besar gak...so masa tu CS pun jalan terus sampai nampak satu van...HD kata nak datang naik van ayah dia..tapi bila CS dekat, kat van tu takde orang...CS pun cari2 la juga...mana pulak HD sembunyi ni? Heheh..tetiba CS dengan machonya pergi ke satu kedai runcit dan bila CS nampak satu lelaki tengah beli air , CS pun tanya dia "HD ker?"..dan HD jawab ya...
Haha..nak tau kenapa HD lari masuk kedai tuh?..dia kata dia ingat perempuan yang jalan depan CS tu adalah CS ...maknanya dia nak lari la tu kan kalau orang tu badan besar@ gemuk..pastu kitaorang pun makan..so masa berbual tu adalah untuk masing2 menilai macamana keserasian kitaorang dan penerimaan pada cerita dan idea yang di ceritakan masa tuh...so dapatan yang CS peroleh adalah , "ok jugak..kira boleh layanlah berborak dengan dia, boleh gelak2, takde berlagak sangat, atau asyik nak cerita harta mak bapak dia jer "...tapi hari tu CS berlagak gak..maklumler tak pernah ada boyfriend..makan nak bayar sendiri..konon nak tunjuk la gaji besar waktu tu hehe..riak tul...and the last ayat yang CS rasa HD ada bagi hint sebelum dia balik adalah "Esok kita jumpa lagi ya?"..Maknanya HD pun suka jumpa CS gak kan ..hiii..itulah bermulanya episod hubungan kitaorang..
Nota 1 : To be continue..panjang lagi ceritanya.
No comments:
Post a Comment