Followers

Tuesday, January 12, 2010

Anak-anak & Basikal

Haikal dah mintak buangkan tayar sisi basikal dia..CS rasalah sebab dia malu kot naik basikal macam budak kecik...so dalam pada CS tukar brake & padle yang rosak, CS suruh orang tu bukak tayar tepi tu...bila balik sekolah Haikal cepat2 testing nak naik basikal...


So? hehe..terkial2 dia CS tengok...mula2 HD pegang kat belakang and kemudian lepaskan...pastu dia nak tumbang... maknanya dia lum pandai balancing..tapi Haikal sendiri kata "Takpe, Abang belajar sikit2"...bila dia cakap camtu maknanya takdelah nak kena pasang balik tayar tu walaupun CS memang ambil balik standby untuk dia kalau di anak pasang balik.. 


Malamnya, selepas dia dah siapkan homework dan kemas buku dia pun mintak izin nak naik basikal lagi..semangat betull!! CS iyakan aje...CS ngan HD kalau bab2 nak amik hati diorang memang layan je, tapi untuk permintaan yang tak melampau la... sebenarnya ada la udang di sebalik batunya...bila dah layan request diorang tu, sebagai timbal balik diorang kena la ikut cakap ibu dan ayah...terutamanya bab pelajaranlah...

Aidit sekarang pun dah ada basikal turun temurun abang dia..but HD sebenarnya ada keinginan nak belikan basikal kecik untuk dia...hui! penuh dengan basikal umah ni nanti...



Nota 1 : Ada satu harta turun temurun yang Aidit tak dapat rasa iaitu lori kecik yang boleh ditunggang dan sorong guna kaki..kalaulah ada mesti cute je dia naik lori kecik tu...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...