Followers

Wednesday, March 30, 2011

Bertukar

Tetiba je kan
Apa yang bertukar tu?
CS saje nak citer yang
Selera CS tetiba bertukar
Dulu minum Milo
Mesti letak susu kan

Tapi
Semenjak bersalin Aimi ni
CS suka mimum Milo O jek
Bila test minum yang ada susu
Macam tak leh masuk lak




Nota 1 : Mesti HD kata jimat belanja

Tuesday, March 29, 2011

Aimi Yang Comel

Aimi dah sebulan sekarang
Walaupun dah nampak makin lebar
Tapi time mandi lembik lagi badan dia

Tapi untuk CS
Waktu2 ni adalah untuk CS hargai sepenuhnya
Sebab CS dah berikrar
Tak nak mengandung lagi
Dan tak nak sakit beranak lagi

Maklumlah umur dah meningkat
CS nak menikmati kehidupan ni juga
Yang tidak diketahui berapa masa yang tinggal
Kerana CS tengok
Ramai gak orang muda yang sakit dan mati...
Tunggu Aimi besar sikit
Boleh la kita pergi jalan-jalan
Makan-makan
Kan Aimi?

Thursday, March 24, 2011

Aimi Meragam

Semalam Aimi meragam jer
Bukan sekejap 
Dari pagi sampai malam
Dia tak boleh tidur lena
Kejap2 "ek..!" Kejap2 "ek..!"

CS tension gak dibuatnya
Hari ni Alhamdulillah
Back to normal
Dia boleh tidur 
Dan bangun bila nak susu

HD janji nak beli buai elektrik
Sebab tangan CS ngan buai kat umah ni
Macam dah bersambung sebab
CS buai Aimi non-stop
Kadang mulut CS marah dia
Tapi bila tengok dia comel
CS cium dia balik
Saaaaaayang Aimi...



Thursday, March 17, 2011

Aimi - 2 Minggu


Update tentang Aimi setelah berusia 2 minggu adalah beratnya sudah 3.4kg
Masa lahir beratnya adalah 2.9kg
So masa nurse datang kali kedua Aimi kena timbang
Alhamdulillah...dia pun tak kena kuning, berat bertambah 

Cuma bila malam dia ada meragam sikit
Masa tu memang la ada sikit tension
Nak bagi susu dia dah kenyang
And dia nangis macam sakit sangat
Mungkin perut dia memulas
 Nampak tak HD kat belakang tu tengah baca Yassin nak bagi Aimi berenti nangis

Tapi CS yang tak tau nak buat camana
Yang CS mampu buat sapu minyak
Dan baca lah sikit kat perut dia
Tapi nasib baik takde la sampai pagi dia meragam


Ini gambar budak yang tak sabar-sabar suruh ibu dia keluarkan baby
dan bila dah ada baby dia punya geram sampai dipukul kepala baby tu

Wednesday, March 16, 2011

HD & Hobi

Hobi HD sekarang adalah memancing & naik moto
Memancing tu sampai tahap masuk pertandingan tu
Walaupuuunnn....setakat ni tak pernah dapat ikan @ menang hadiah
CS kadang heran jugak apa bestnya memancing
Duduk berjam-jam...seekor ikan pun tak dapat...
Bukan la tak pernah dapat (marah pulak HD baca nanti)
Kalau memancing kat kolam biasa tu ada la dapat
Siakap, rohu, patin, talapia (keciknya)

Hobi satu lagi naik moto
CS pernah la ikut 2 kali
Tapi takde la kepuasan apa pun
Rasa ngeri lagi ada
Macam nyawa di hujung tanduk
Duk ingat jatuh sebab laju sangat

Wednesday, March 9, 2011

Berpantang

Sekarang CS dalam proses berpantang
Apa yang best?
Tak payah pergi kerja
Duduk rumah dengan baby je ~aman je rasa~

Apa yang tak best?
Tak boleh makan KFC, McD, Pizza
Sebab itulah makanan diorang 
Memandangkan CS cuti dari memasak

Lagi?
Kena bertungku
Kena pakai bengkung
Makan ubat
Makan benda sama je
Bawal, sawi, bawal, sawi
Tak boleh keluar jalan2

Nota 1 : Lamanya nak tunggu 44 hari

Friday, March 4, 2011

Kelahiranmu Aimi

Di sebalik kelahiran ini
Ada lah beberapa doa CS yang termakbul
Satu : CS nak beranak hari sekolah - tercapai
Dua : CS nak anak perempuan - tercapai
Tiga : CS doa dapat anak yang sihat & sempurna - tercapai
Alhamdulillah...

Aimi lahir hari Jumaat
Sipi2 lagi nak hari Sabtu 
Walaupun CS dah rasa contraction sikit2 dua hari sebelumnya
Tapi CS pegi sekolah gak

CS suka kalau beranak hari sekolah
Sebab tak payah fikir pasal budak2 kat rumah
HD tentu dah kelam kelibut nak tengok CS

Tapi
Masa kat hospital tu
Punyalah ramai orang nak beranak
Katil pun penuh
Mesin yang letak kat perut tu pun tak sempat rehat
Lepas sorang, sorang lagi datang

Nak ceritanya
Masa CS datang pukul 10 tu
Sakit adalah 10 minit sekali
Dan ia semakin kuat
Sampaikan CS tak senang duduk
Baring pun tak boleh
"Nurse, nak mintak cucuk ubat boleh tak?"
CS kononnya nak kurangkan sakit
Nurse yang senior datang
"Meh saya tengok"
Dia pun seluk
Pastu dia dah kecoh2 suruh bawak CS ke labour room

CS?
Yahoo!!
Walaupun sakit
CS tabahkan hati
Sebab inilah masanya
Kesakitan itu akan ditamatkan
Maka CS pun bersedialah 
Mengikut je arahan2
Supaya baby dalam perut cepat keluar
dan CS pun
Merdeka!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...