Followers

Saturday, September 25, 2010

Bercuti

Salam Aidilfitri,
Lama betul CS tak update kan? Virus kemalasan melanda sekian lama...kali ni CS nak tulis pasal trip pergi ke Pulau Perhentian...ada beberapa pengalaman pertama yang dilalui, inilah kali pertama CS naik kapal terbang..ha jangan tak percaya...gayat je rasanya CS duk atas tu... asyik nak tengok awan jer..pastu bila gegar sikit dan seriau semacam...ini juga pengalaman pertama main2 kat pulau..dulu pernah pergi pulau Langkawi la tapi pi rumah kawan jer...so sangat excited belajar snorkeling sampai tersedak2 air laut  walaupun air tak sampai paras pinggang pun...tapi best main2 dengan ikan belang harimau tu..

 Aidit kena tanam dengan Uncle Cem
 Diorang mandi ramai2 , CS duk atas je amik gambar
 On the way nak ke pulau
 Anis yang terbaring je kena angin

 Nak balik dah...tengok ikan kali terakhir

 Boleh pulak depa main2 dengan burung yang dah mati ni..
 Dalam flight..KLIA- KB
Bye Pulau Perhentian!!! Nak datang sini lagi ke? Err..pulau lain la pulak kot..

Monday, September 6, 2010

Biskut Sarang Semut


Inilah biskut pertama yang CS buat, macam la nak buat banyak jenis kan? Saja je buat syarat..biar bebudak ni rasa sikit suasana nak menyambut raya..dalam planning nak buat 3 kan? yang dah jadi sekarang 2 je..satu lagi cam terbengkalai je..yang kedua dah buat cornflakes madu..yang agak2 tertunda tu popia mini..bukan apa CS dah beli dah kulit popia tapi cam tebal je kalau guna yang paling lebar..bila goreng tak berapa rangup..


Thursday, September 2, 2010

Surah Amalan Semasa Mengandung

CS nak kongsikan surah -surah yang elok untuk dibaca semasa pregnant ni..Mungkin semua orang pun patut amalkannya untuk mendapat zuriat yang baik..sebab CS kadang rimas juga tengok budak yang hiper hingga tidak boleh dikawal, melawan ibu masa masih kecil lagi (bukanlah lawan cakap tapi jelir lidah, tunjuk penumbuk masa dimarah ataupun tidak peduli langsung larangan ibu bapa)

Surah yang CS amalkan adalah seperti berikut:-
1. Surah Al-Baqarah - Semoga mendapat keberkatan sepanjang mengandung dan bersalin nanti
2. Surah Yusof - Mudah-mudahan dapat anak yang cantik,bijak dan sempurna
3. Surah Maryam - Semoga diberi kekuatan seperti Maryam semasa melahirkan nanti
4. Surah Luqman- Semoga mendapat anak yang baik, beriman dan mendengar kata
5.Surah Yassin-Mendapat fadhilat daripada surah yang mulia ini
6. Surah Taubah-Semoga Tuhan ampunkan dosa2 dan kurangkan kesakitan semasa nak bersalin

Setakat mengandung 5 kali ni, InsyaAllah inilah surah yang CS amalkan..walaupun bukan baca hari2 tapi CS akan pastikan seminggu 2-3 kali membaca surah ini...Alhamdulillah berkat bacaan surah2 ini CS mendapat zuriat yang sempurna , baik dan mendengar kata, (bukanlah dengar sangat- biasalah budak)..tapi sekurang-kurangnya mereka tidak hiperaktif hingga tidak boleh dikawal..

Nota 1 : CS kalau bersalin memang senang, pagi pergi sekolah, petang pukul 4.30 dah beranak..
Nota 2 : Masa bersalin Haikal je susah..sebab anak sulung kot..
Nota 3 : Diorang ni paling suka mintak izin kalau nak buat apa2..nak tengok tv, main kat luar, main komputer, sampaikan CS pun tak terlayan..dah kalau nak kencing pun siap cakap ,"Ibuuu, May I go to toilet?"( Ni Aiman yang selalu buat sebab dah terbiasa mintak izin kat teacher)..tapi bagus juga mintak izin takdelah CS tak tau apa diorang nak buat..
Nota 4 : Paling tak tahan lagi, buat salah pun bagitau..tu saja nak buat CS marah je la kan...ni Anis selalu buat "Ibuuu, Anis kacau Aidit"..
Nota 5 : Banyaknya nota...

Wednesday, September 1, 2010

Menjelang Syawal

Sekarang ni sume orang mesti tengah bersiap-siap nak menyambut raya kan?...CS lum settle lagi bab baju,...pastu planning masa cuti seminggu adalah nak buat kuih raya..almaklumlah cuti sekolah  kan lama..tapi tak pasti la planning menjadi ke tidak...pertama nak buat biskut corn flakes la..satu yang bubuh madu jek..satu lagi yang bubuh tepung, pastu popia mini..hikhik ntah larat nak duduk gulung pun tak tau lagi..dan satu lagi sarang semut...ini jer yang ada dalam senarai menunggu..harap2nya semua tercapai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...