Followers

Friday, February 26, 2010

Sukernya CS...


CS suka betul tengok pokok2 yang ditanam membesar..maklumla sebelum ni pernah mengalami kegagalan semasa menanam bunga ros..sob!sob!..tu la, gelojoh sangat, CS selalu letak baja 2 minggu sekali..akibat ke'panas'an semua pokok bunga ros dah meninggal dunia...

So sekarang CS beralih arah, CS jaga bunga ros jepun ni, pokok cili yang CS ambil dari Segamat dan pokok ulam raja yang diambil dari Kuala Kangsar...dapat gak hasilnya bila dah besar pokok ni nanti...



Tuesday, February 23, 2010

Gembiranya Mereka


Gambar ni diambil hari Ahad lepas, kat Jusco Equine...Aidit first time dapat naik ni...tengok tu bukan main lagi dia, terlonjak2 dengan gembiranya...dia tak nak kongsi dengan kakak dia kalau ada satu stereng

Anis pun sangat gembira sampai tak nak berhenti ... dia nak suruh ibu dah ayah dia masukkan token lagi dan lagi...

Mana abang2 dia ek? CS tak ambil gambar diorang la sebab HD yang jaga diorang, depa main game yang tembak2 tu la...

Monday, February 22, 2010

Potpouri

Dalam CS mengemas2 barang untuk dimasukkan dalam kabinet, CS terjumpa teko teh yang dibuat dari kaca disarung separuh badannya dengan plastik ...hadiah kawin kot, CS pun tak ingat dah..hmm kalau hadiah kawin maknanya dah 9 tahun benda ni terperap...

CS rasa kalau bancuh air teh mau pecah terus kacanya sebab nipis sangat...so CS pun bertekad cewahh..cabut kaca ni dari bahagian plastiknya..dan akhirnya CS tuang bunga potpouri yang memang CS dah beli dan letak haruman yang ada cam kat kedai kat Jusco Equine..erk lupa nak tengok nama pewangi tu...tapi memang best la bau dia...




Tuesday, February 16, 2010

Cuaca Panas

CS sekeluarga baru balik dari Kuala Kangsar menghadiri majlis perkahwinan adik kepada biras CS...panas betul cuaca kat sana....CS ingat kat kampung ada banyak pokok sejuk la sikit, nampaknya dah terbalik...kat KL ni panas gak...tapi kat sana lagi panas...rasa nak mandi banyak2 kali je..

Hari ni setelah melepaskan penat @ tidur sepanjang pagi, dah cuci baju, petangnya CS dah keluar pergi Jusco, beli apa2 yang patut , stok untuk 5 hari lagi...maklumla CS cuti sampai hari Ahad..hari2 nak kena masak...

Untuk aktiviti menyejukkan badan CS izinkan diorang main2 air sambil HD mencuci kusyen..CS? duk dalam rumah je..tulis blog ni...:)



,

Friday, February 12, 2010

Naluri Wanita

Nafsu Naluri kewanitaan yang cintakan kecantikan..cewahh!! tadi lepas balik sekolah CS termasuk lak kat kedai bunga...hikhik...lepas tu terbeli lak bunga ni...bukan bunga hidup la...bunga tipu senang nak jaga ....saja je membazir2 kan duit...bila la nak beringat CS oiii!!!

Thursday, February 11, 2010

Anak-anak Ibu Solat

Ini gambar mereka solat...nasib baik la diorang ni ada tunjuk minat nak solat walaupun tak sepenuhnya...tapi perasan tak beza 2 gambar ni? Gambar ni diambil masa solat Marghrib yang sama...Ya tengok songkok dan kopiah mereka..camana boleh bertukar ek? Sebabnya diorang boleh bertukar2 lak masa solat..ish ish ish..

Nota 1 : Selalu sangat tengok Upin-Ipin, perangai pun dah agak2 sama dah..:)
Nota 2: Kalau la HD pusing belakang masa tu mesti kena jerkah dah...

Wednesday, February 10, 2010

Enterframe Sendiri..

Haha..hari ni saja je nak enterframe sendiri...CS memang selalu pergi ofis HD lepas sekolah...siapkan kerja2 sekolah dulu..kalau balik rumah nanti kena siapkan kerja2 rumah lak...sambil2 buat kerja sambil bertenet..eh, mana lebih lama ek?



Tuesday, February 9, 2010

Ni La Pagarnya...

Ni last update tentang renovation rumah...pagar dah pasang dari hari Rabu lagi...yang belum siap adalah nak menjadikannya auto...yang itu lum pasang lagi
 
Gambar dari bahagian dalam
   
Gambar dari luar

Monday, February 8, 2010

Haikal & His Teeth

Haikal request supaya gigi depan dia dicabut sebab dia kata dah goyang....HD pun konon2nya tak nak gigi Haikal bersimpang siur kalau gigi permanent dia tumbuh sebelum gigi susu ni tercabut...

So sekarang ni dia dah takde gigi kat depan...hehe..CS mula2 usik dia jugak..sekarang tak larat nak usik dah..


Sunday, February 7, 2010

Meng'edit' Ros Jepun

Projek CS hari ni ialah mengemas2 barang2 pinggan mangkuk masuk dalam kabinet..tapi masalahnya nak kena basuh dulu semuanya...sebenarnya semuanya selama ni duduk dalam kotak2 dan tidak digunakan ..so rasanya kena pilih2 juga ..kalau tak penting tu maknanya akan dibuang ajelah...

Projek kedua adalah meng'edit' pokok bunga ros jepun yang semakin uzur ....dah tak berapa nak berbunga dah..so CS cantas2 la mana2 yang dah tak elok..tinggalkan daun yang muda jek dan tukar tanah baru..harap2nya lepas ni akan berbunga dengan banyaknya...
Ini sebelum di'edit'

Ini selepas di'edit'

Thursday, February 4, 2010

Baby Crystal

Benda ni dedicated to Haikal sebab dia memang suka sangat bila nampak kristal...dia pernah ambik beberapa biji dari rumah abang CS kat Segamat dan bawa balik Seri Kembangan...Haikal panggil baby kristal dan disebabkan ke'baby'an itu dia kata dia nak jaga  benda ni...hehe..macam la benda ni membesar dan terus membesar..

Pokok bunga tu lak untuk HD sebab dia kata dia nampak kat rumah kawan dia kristal yang diletak daun hijau cam ni..pokok ni CS ambil dari Segamat juga...minggu lepas CS baru balik kampung dan ada ambil pokok bunga ni , pokok pandan dan cili api, harap2nya semuanya akan membesar dengan sihat..:)

Nota 1 : Bekas ni dapat masa cabutan bertuah jamuan sekolah, sekarang ni je baru gunakan...
Nota 2 : Kristal tu CS letak 4 warna- merah,kuning,hijau & oren  

Tuesday, February 2, 2010

Aidit & His Vehicle

Sekarang Aidit dah ada kenderaan sendiri..hehe yang dia boleh naik lah...HD dah belikan untuk dia...tapi Aiman & Anis selalu kacau2 nak jugak naik menda ni...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...