Followers

Wednesday, November 25, 2009

Hadiah RM 20 000

Ha! Siapa nak RM 20 000? Kepada yang suka mencabar dirinya dan nak mencuba nasib bolehlah masuk Peraduan Nombor 1 Mister Potato di www.misterpotato.com.my!

Caranya mula-mula kena daftarkan diri di laman web tu dan main la game puas2 untuk menjadi Nombor 1 di dalam empayar Mister Potato!

Bila dah berjaya , muat naikkan gambar pulak sebagai Mister Potato. Hahaha!!..Kenalah jadi kreatif nak bagi menang...lepas tu, suruhlah kawan-kawan dan family vote gambar kita tu.

Sekiranya kita dapat undian yang tertinggi, kita akan dijemput menyertai Mister Potato Fiesta 2009 dan pemenang bertuah yang akan disurprisekan dengan hadiah wang tunai kat situ juga. Kalau berminat dan ada bakat , kenalah layari laman www.misterpotato.com.my sekarang!!!




Tarikh tutup peraduan adalah sehingga 27 haribulan November 2009. Cepattt!!


Bunga Ros Jepun


Haha..nak baca satu cerita lawak? Kalau lawak gelak la ye..kalau tak lawak pun senyum pun cukup...macam ni, masa CS pergi kat nursery di Puncak Jalil, CS berkenan la kat bunga ni...masa berbual2 dengan orang jual tu barulah CS tau nama bunga ni bunga ros Jepun ...selama ni jeling2 kat rumah orang lain dan teringin nak tanam juga...so orang tu pun kata baja yang paling bagus adalah baja taik ayam..Ayoo!!! masa tu CS terfikir adakah CS akan menggunakan tangan untuk meletakkan benda tu...ishh! kan najis tu..

Nota 1 : Harga masa beli bunga ni RM 10 untuk 3 pokok tapi CS beli 2 je...cam tamak lak nak beli banyak2

Kerang Rebus


Kerang rebus adalah antara benda favourite untuk dimakan sambil2 masak main dish...faham maksud CS? CS rebus je untuk ratah..bukan untuk makan dengan nasik pun... Selalunya beli dalam 1/2 kilo camtu...

Camna nak hilangkan bau kekerangan tu? Ha! CS guna serai je...Kebaikan makan kerang ni untuk tambah darah...Keburukan masa makan ni ialah tak dapat detect mana kerang yang busuk...huaaa!!!
Pencicah dia? Kicap manis + cili api + bawang + garam...Mmmm..best !!!

Nota 1 :  Kerang ni haiwan yang tak boleh berenang jadi kalau dia duduk di tempat tercermar maka dia menyerap la semua benda2 tercemar gak...jadi takleh la makan kerap sangat





Tuesday, November 24, 2009

Buat Blog 3 Kolum

CS nak kongsi pengalaman sikit masa nak buat kolum jadi 3 ni...sengsara la juga sebab awak bukannya pandai baca bahasa komputer nih..tapi nak cuba gak...sehari suntuk mengadap...mula2 buat tak berapa menjadi...pastu cuba la baca2 benda2 dalam tu kot boleh diubahsuai...Nah! Akhirnya blog ini jadi juga kepada 3 column...kalau nak cuba bolehla pergi ke web ini.

Lepas tu edit sikit saiz pixel (px) dan tambah kod warna...kalau ada keinginan boleh lah cuba ya!
Selamat berjaya!


Nota 1 : Kalau agak2 pening tak payah la buat ye!


Lempeng + Sardin


Harhar...zaman moden orang makan KFC dan McDonald ni ada ke orang makan lempeng lagi...alah omputeh pun makan lempeng gak kan cuma nama je tukar jadi pancake...So pagi ni inilah sarapan kitaorang.
Nak tau resepi dia?

Lempeng:
Tepung dibancuh dengan sedikit garam,telur dan banyak gula ( ada manis sikit)

Sardin:
  • Sardin tin kecik
  • Bawang besar dipotong dadu
  • Bawang putih diracik halus
  • Cili merah didadu juga
  • Asam jawa
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Perasa
  1. Tumis bawang dan cili.
  2. Masukkan sos.
  3. Masukkan sardin yang sudah dihancurkan dengan garpu.
  4. Masukkan air asam jawa.
  5. Perasakan.
  6. Campur sedikit air.
  7. Siaap!!!
Nota 1 : Untuk mencantikkan pandangan letak pewarna merah sedikit

Monday, November 23, 2009

Kari Telur Rebus


Kari telur rebus adalah antara menu favourite di rumah ni...budak2 pun teramat suka dengan telur..jadi lauk ni akan menyebabkan mereka makan dengan banyak...
Nak tau menu CS? Senang je..
Bahan-bahannya adalah :
  • Telur yang sudah direbus
  • Kari ayam + ikan
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Santan
  • Halia 
  • Asam jawa
  1. Ok, langkah pertama blend sajalah bawang merah dan putih.
  2. Kedua tumiskan dengan sedikit minyak.
  3. Pastu masukkan halia dan daun kari..
  4. Tumis sampai naik bau.
  5. Bancuh kari dengan sedikit air dan tumis bersama.
  6. Masukkan air asam jawa, santan dan air.
  7. Tunggu hingga mendidih dan masukkan bahan perasa.
  8. Masukkan telur.
  9. Siapp!!
Nota 1 : Daun kari tu yang memberi rasa kaww kari...CS mesti letak..dah kering pun bubuh jugak..hehe..
Nota 2 : Dalam gambar telur dah tinggal satu sebab dah kena makan.. : )
 

Beli Baja Pokok


Hari ni CS pergi nursery..ingat nak beli pokok bunga kertas pink + putih yang CS ada tengok sebelum ni...alamak nampaknya CS kecewa sikit sebab pokok yang CS nak tu dah tak ada....CS tanya pokok2 lain yang CS nak pun semua tak ada..last2 beli baja untuk untuk pokok pisang mas dan rambutan yang CS tanam kat belakang rumah tu...

Baja ni CS diberitahu kurang panas sikit sebab campur dengan bahan organik..ada satu lagi baja yang dia suggest  dia kata lebih panas dah letak sedikit saja...kalau panas maknanya pokok tu akan mati...

Tak sabar nak tunggu pokok2 tu besar...letak baja ni cepat sikit dia besar kot..Baja ni kena letak 2 minggu sekali...sambil2 tu riki juga kat pokok bunga ros jepun..ingat nak tambah collcetion..tapi yang ada kat situ semua spesis bunga kecik2..CS suka yang besar...dan nak warna putih...nampaknya apa yang CS nak semua tak ada...tapi bagus juga no..takde la terbang duit CS..hehe..


 Nota 1 : Bunga kertas yang warna pink + putih dan daun hijau + kuning tu namanya vanila ..pengetahuan baru hari ni..






Sunday, November 22, 2009

Mihun goreng


Hari ni CS goreng mi hun untuk sarapan pagi. Nampaknya sambal lagi menu pagi ni. Tengah hari kenalah sesuatu yang bukan sambal pulak kan? Dalam otak dah terfikir sesuatu. Nanti di lain entri akan dituliskan.
Menu untuk mihun goreng CS adalah seperti berikut:

  • Mihun cap bintang (direndam dahulu)
  • Cili kering - dipotong & rendam
  • Bilis / udang kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap
  • Air asam jawa
  • Telur
  • Garam,gula, perasa
  • Minyak
Cara memasak pun lebih kurang sama dengan masak sambal sotong seperti entri sebelum ni, tapi biarlah CS tuliskan juga ya!
  1. Blend kan cili, bawang besar dan bawang putih.
  2. Tumiskan dengan minyak hingga perang.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.
  5. Masukkan semua bahan perasa.
  6. Pecahkan telur dan kacau.
  7. Masukkan mihun.
  8. Siap!!
Nota 1 :  Bila memasak mihun, pastikan semua bahan diperasakan masin sedikit supaya apabila mihun sudah dimasukkan tidaklah rasanya tawar.


Saturday, November 21, 2009

Resepi sambal sotong


Fuhh! Hari ni CS masak sotong masak sambal. Memang sedap! Anak CS cukup suka...nak tau resepinya?
Meh CS tuliskan.

  • Sotong (10 ekor) - dibersihkan dan dipotong
  • Cili kering ( 7 biji)  - digunting dan direndam air panas
  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • Sedikit air asam jawa (anggaran 3 sudu makan)
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Garam, gula, dan bahan perasa
  • Minyak untuk menumis
  1. Pertamanya, bawang besar, bawang putih, cili kering diblend bersama.
  2. Tumiskan bahan yang sudah diblend sehingga berbau wangi. ( Cili mestilah cukup masak untuk mengelakkan sakit perut di kemudian hari ya!)
  3. Bila minyak dah naik, masukkan sos tiram, sos cili dan air asam jawa.
  4. Masukkan sotong dan bahan perasa.
  5. Siapp!!  hat
Haa! Itu saja resepinya. Mudah kan? Bolehlah cuba ya!!

Sekian & salam takzim.

Nota 1 : Air asam jawa biar lah yang belum dibuang biji. Itulah air tangan penambat hati suami!

Salam perkenalan

Assalamualaikum!!
Salam perkenalan. Blog ini adalah kesinambungan blog terdahulu yang mana kini lebih berkonsepkan perkongsian ilmu, maklumat dan pengalaman untuk dimanfaatkan kepada pembaca yang sudi mengunjungi blog ini.

Sekian dan salam takzim.

Nota 1 : Semangat baru dengan blog baru ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...